Unexpected Trip To Hatyai

Assalamualaikum...

It's already the second week of new year!

Apa khabar everyone? Hari ini saya nak throwback sikit about my travel pergi Hatyai.




.

Kami pergi Hatyai around Mac last year. Sekejap sangat nak rancang ke sana pun. Orang lain dah selalu sangat pergi rasanya. Tapi untuk saya, ini pengalaman yang pertama. Trip ke dua rasanya lepas empat tahun stuck kerja tak pergi travel mana-mana ( haha, nampak gigih kan?)

.
so, first and foremost, saya pergi trip ni dengan geng-geng hospital. Trip kedua MO Kebabom hospital kitaorang. Haha. Pergi ber lapan. Kali ni T the Phramasict join sekali. So 7 girls with 1 bodyguard.  Bajet murah je. Rm400 dah cukup banyak untuk 3 hari 2 malam. Kami book hotel kat Crystal Hotel, Hatyai. Location hotel ni memang tiptop! Dekat dengan every place. Even ada sesetengah market and mall boleh reach by walking alone. Senang nak ambil teksi atau tuktuk. Dekat dengan main road.



We started our journey using ETS to Padang Besar, Perlis around 230pm. Sampai sana, just jalan kaki pergi border and cop passport. Takdelah lama sangat. Setengah jam je rasanya. Bila semua selesai, kami ambil van dari border terus ke Hatyai. Van yang ada kat situ boleh tahan selesa la jugak. Tak ingat pulak berapa harga dia tapi memang tak mahal. Bayar guna duit malaysia pun tak apa.



Dalam sejam, sampai hotel. Kena bayar deposit RM500 kalau tak silap seblum check in. Part ni je lah yang kureng sikit. Hotel ni strict weh. Takleh merokok, tak leh memasak, tak boleh bagi rosak barang diaorang. Kalau takde masalah, diaorang akan pulangkan balik deposit tu. Tapi selesa lah hotel dia. Cukup serba serbi. Cuma satu je - toilet dia lutsinar la pulak. segan sikit ah kalau ada partner. hehe (>_<)


okay, since D1 tu free and easy, lepas rehat-rehat hotel, kami pergi merayau sekejap sementara matahari masih terang. So, pertama sekali kita pergi Central Festival Mall. Why a mall? Sebab pertamanya hotel ni 3 minit je jalan kaki dari mall tu. Kedua sebab this is the biggest mall in Hatyai. Cuci mata la jom! hehe.. Kebetulan waktu tu ada macam food festival jugak la kat area sini, so kita makan-makan dulu isi perut.







Rambang mata tengok makanan-makanan yang ada dekat sini. Banyak jugak la yang lain sikit dari malaysia. So, mana-mana yang ada lambang halal tu, kita try lah. Jus buah di Hatyai memang tip top. Sedap sangat. Memang kenyang la kalau datang sini. 

Habis makan, kita pergi pulak Asean Night Market. Ini pun dekat je daripada mall ni. Jalan kaki 20 minit. Tapi sebab semua perut kenyang and malas nak jalan, kami nak tuktuk besar yang boleh buat 8 orang. Jalan-jalan cuci mata dulu je kat sana sambil tengok-tengok apa yang ada sampai malam.



Dipendekkan cerita, disebabkan tutktuk yang kami ambil petang tu selesa sangat, kitaorang terus book tuktuk yang sama untuk 2 hari. Senang kan? Murah pun murah. Driver pun baik boleh tolong adjust tentatif and boleh faham bahasa isyarat - kalau dia tak faham, saya bukak Thai app language untuk bagi dia dengar saya nak apa. Semuanya senang and selesa. Alhamdullillah.. Berapa tambang dia ambil, saya lupa. Tapi series la murah gila.





Hari kedua, seawal jam 8 kami dah keluar lepas sarapan. Sebabnya nak pergi Chang Puak Camp. Target utama nak naik gajah. So, untuk mengelakkan jammed teruk atau kena beratur panjang as listed in internet, so kitaorang pergi awal pagi untuk jadi orang pertama masuk bila diaorang bukak pagar nanti. hehe.. Tapi betul weh, memang datang as pelanggan pertama terus naik gajah. Takyah beratur langsung. Seetengah jam naik gajah lalu hutan memang incredible. First experience. Gayat sebenarnya tapi nasib baik naik berdua-dua. Kalau sorang, memang tak la huhu. (at first tak tahu rupanya naik gajah tu x elok untuk gajah sendiri. Kesian la pulak bila baca balik. Sorry gajah! Warui )







Habis naik gajah, orang ramai dah mula memenuhi kawasan camp. Pack sangat-sangat. Kami just ronda-ronda. layan gajah makan pisang, ambil gambar dan keluar. Oh ya, sebelum balik diaorang ada jual gambar kita yang diambil waktu naik gajah. Satu perkara yang unik sikit dekat sini, frame yang dia letak untuk gambar kita tu actually frame yang diperbuat daripada fiber-fiber dalam tahi gajah. Omg! Lol. Nasib abah yang bagitau lepas balik, kalau tau awal-awal rasanya tak beli kot. lol But yeah, people in Hatyai ada kemahiran untuk menggunapakai kembali tahi gajah untuk dikitar semula dari kertas weh. Awesome kan?


Around 10, kami menuju pulak ke Cable Car Hatyai. Saja nak try tengok view dari atas. Cable Car sini dia menghubungkan dua buah temple kat atas bukit. Kira macam temple ke temple la pemandangan dia. Tapi no worries, we can do a lot of activities up there. Tengok ceremony temple yang unik pun can be one of our learning process about their culture right? Nothing else.








Habis pusing taman dan temple. We are so hungry. Perut teringin nak makan benda-benda yang mengenyangkan tapi nak kena cari kedai halal la pulak kat tengah-tengah ni. Market pun xde waktu siang. So, our alternative is pakai language app to inform our driver sebelum dia sambung jalan-jalan lagi. Lapaq bai. Alhamdulillah maybe sebab dia dah biasa dgn tourist, dia bawak kitaorang pergi makan dekat KaitoDeccha - kedai makanan halal yang sangat besar dan penuh dengan orang malaysia. lol. okayla. Satu benda i super love about this kedai makan is dia ada surau yang selesa dan toilet dia super cantik weh. Bersih bermozek, luas selesa dan cute la senang cakap. Lupa pulak nak ambil gambar. Ni kami sayang driver lebih ni. tau-tau je kitaorang nak apa. hehe





Next, our destination is Samilla Beach. Tapi pakcik ni bawak singgah Chalatat Beach dulu. Singgah minum air kelapa sejuk kaw-kaw di tengah rembang tengahari yang panas menggila -fuh, kesejukkan air yang kitaorang minum time hangat panas terik tu memang awesome. Terasa macam jumpa salji dia punya seronok lega hilang dahaga. Kebetulan tokey kelapa tepi jalan tu kawan driver so kami dapat murah and extra kelapa free. yeay~ Sambil-sambil minum, kami melepak ambil gambar dengan batu nama Chalatat Beach.




Waktu sampai dekat Samilla beach, semua dah letih. Pakat-pakat sewa lapik lantai, then masing-masing lena lepas main batu seremban dan bergambar sama-sama. Halloooo? Tinggal Ezza and me saja yang cannot sleep waktu travel macam ni. hehe. Tau la best kena hembus udara pantai tapi i cannot la sleeping like this. haha.. so, sambil menunggu semua orang bangun tidur, Ezza and I pergi merayau pusing pantai and pergi tengok tugu Ikan Duyung (The Golden Mermaid). Haaaa ini baru main attraction nak ambil gambar.









Lewat petang, sebelum balik hotel, kitaorang singgah dulu Songkhla Lake untuk ambil gambar dengan The Dragon Head dekat muara dia. Saya tak berapa paham why exactly diaorang bina kepala, badan, dan ekor berpisah-pisah dekat merata tempat. But still, it's beautiful! kena pancur air dari mulut naga macam ala-ala dekat Singapore jugak rasanya. Kebetulan kami ada jumpa a group of malaysian youth kat sana, so this is the only chance nak ambil gambar our whole clan togther. huhu.



Dalam pukul 630 macam tu, kita bertolak pula ke Floating Market...~!

This is a heaven of food. Banyak betul makanan-makanan dia. Jenuh nak try satu-satu. Dulu I thought we need to naik bot also haha so naive of me. Rupanya tak la, kita duduk kat jeti je sambil membeli. lol. Ada banyak juga pasar-pasar baranga round here. And there was a pertunjukan tarian also waktu kami datang. Nice. Tapi kan, yang lawakknya, kiri kanan depan belakang kau semuanya orang malaysia je weh. haha. Dah macam kat Malaysia je ni. Penuh Malaysia merata. hehe






Habis kenyang makan, kita balik! Eh belum.belum.belum... Malam masih muda lah. So, kami pergi merayau dulu dekat Lee Garden Plaza. Pusing memusing tengok barang, cuci mata. Banyak sangat benda-benda best ada dekat sini. And the fruits, oh dear super manis and murah. Kami siap borong satu bakul mangga weh nak bawak balik malaysia . Poyo kan? Macam malaysia xde mangga ( Tapi sebenarnya one of my friend kesian makcik tua tu jual manga tengah-tengah malam, so dia beli je semua nak suruh makcik tu balik. rupanya habis sebakul, dia kluar lagi sebakul weh. hahahaa lol)



Kami banyak beli souvenir dekat sini lah. Very cheap. Lagi murah dari beli dekat tempat yang betul-betul hot spot tourist attraction. Macam-macam boleh dapat degan harga yang sangat murah, siap boleh tawar menawar lagi. Best la senang cerita. Sakan berpusing sampai habis setip inci kawasan tu kami ronda, kami decide untuk balik.





Tapi sebelum balik tu, singgah dulu Greenway Market and Asean Night Market lagi sekali nak buat second round memusing and food testing. hehe. Banyak sebenarnya new food kat Hatyai ni yang unik-unik. Berani atau tak berani je nak try. For me, i love to try everything new. hehehe..After that, sampai night market nak tutup barulah kitaorang balik. And of course after that, memang pengsan terus  huhu









so, our last day in Hatyai, kami just pusing-pusing around sahaja. Mula-mula pergi KimYong Market, saja la nak tengok market siang macam mana. Rupanya macam market malaysia je. nothing much. So, lepas beli tiket KTM balik malaysia, we pusing-pusing around Central Festival Mall yang besar gabak tak habis round lagi tu. Kebetulan ada festival baru pulak dalam tu -Southern Border Pracharath Market. Best sangat market dalam mall kalini sebab dia ada a lot of cultural booth to see and to learn. Unik weh. Nasib baik duit dah habis je so sis boleh beli sikit-sikit saja tinggal. Kalau tak, banyak la lagi nak memborong haha.




oh ya, sempat jumpa satu kedai buku dalam mall tu nama ? Nalin. I love to see how the reading cultural in a place. so, dari kedai ni, nampaknya diaorang cuma ada buku-buku bahasa Thai sahaja. ala... bosannya. The biggest mall only had these? Its okay, maybe the tourist here doesnt like books. Or maybe the people itself prefer their own language reading material. never mind.



last but not least kami pun memulakan perjalanan balik naik KTM pergi padang besar. Sistem nak balik Malaysia tak serapi sistem nak keluar Malaysia. Diaorang punya berebut tu nak naik keretapi aduiiii pening kepala. Bertolak-tolak. Rakyat Malaysia ke bukan, saya tak pasti sebab semuanya muka asia. huhu. Then nak lepas kastam dekat Padang Besar pun ya ampun punya lah lama. Dua jam beratur nak scan bag sahaja. Penat beratur dari penat berjalan. Dah la beg berat-berat. Letih la senang cerita. Mana-mana duit baki Baht yang ada tu, boleh lah nak habiskan dekat Padang Besar nanti. Diaorang accept je. Dari Padang Besar baru bertolak naik ETS balik rumah.



Alhamdulillah.....

selesai juga trip ke Hatyai. Dari dulu teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Lagipun area-area border ni kan selalu berantakan, jadi macam cuak-cuak sikit lah nak pergi sana. Nasib baik kali ni pergi ramai-ramai, dapat la jugak kebenaran.

Pergi dengan geng kawan sekerja ni, dekat hatyai pun cakap pasal hospital. Adoi. Haha. Tapi diaorang ni bila tengok sikit, tak macam doktors or pharmasict pun, riuh ya ampun. Kaki berjalan semuanya, Kaki tak sempat nak jejak Malaysia lagi, dah plan next trip pergi mana. Im glad dapat jumpa kawan-kawan sempoi macam ni dekat tempat kerja. Hopefully, we can continue our journey to the end of the world together.

so, stay tune for the next trip this year! ^_^/

bye!


6 comments

Mijoe | January 12, 2019 at 9:37 AM

assalam doc/sis :)

ingatkan baru balik dari hatyai...
saya pun tak pernah sampai lagi hatyai tu...
nanti ainul letak la caption kat bawah gambar2 tu, boleh gak saya tahu tu gambar apa..specially makanan... he he

anyway, tq for sharing sis..
i wonder berapa lama sis amik masa nak siapkan entry ni
dan saya jeles sebab sis dah buat travel entry :p

Mijoe | January 12, 2019 at 9:40 AM

...dan saya tak akan naik gajah..
tq sis for the info.. :)

Ain Mardhiah | January 14, 2019 at 3:59 PM

mijoe :
tak ingat la nama makanan tu. jenuh nak google.
ni semua throwback je. Saya ambil masa sehari nak siap tulis sebab skrg tgh cuti panjang. Yezza ^_^/

Anonymous | January 15, 2019 at 3:34 AM

ler...nape cuti panjang Sis?
tak sihat ke nape ni?

lenkali travel, bawak scratch pad/note book kecik... ;p
tulis pape yg signifikan... he he

bestkan dapat lepak sehari/berhari2 tak yah gi keje..buat blog entry yg tertangguh...jap lagi nak baca latest entry Ainul tuh..

btw, anonymous ni adalah org yg sama jugak...ha ha eojim. malas nak log in la Ainul... ;p

Ain Mardhiah | January 15, 2019 at 8:06 AM

mijoe:

ada je buku catatan kecik. tp x jumpa dah kat mana. haha.
cuti panjang kaki bersimen. best cuti tapi xleh gerak banyak bosan jugak.

Anonymous | January 15, 2019 at 9:16 AM

kaki bersimen? hmm...
boleh buat entry ni citer camne boleh bersimen tuh..
cam lama je bunyi cuti ni..

papepun...selamat mengisi masa lapang dgn #throwback dan entry2 tertangguh ye sis..

take care and get well ASAP :)

-malas nak log in...kan- ;p

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images