6 tahun yang baru tiba


1 tahun lepas,
hardisk kesayangan berderai. Jatuh terhempas ke lantai. Tak sengaja.
Bila dapat tahu lepas tu langsung tak dapat nak buka atau selamatkan lagi, sakitnya ya rabbi. 
Tuhan saja yang tahu apa seksanya.

6 tahun berjuang di jordan - gambarnya semua di situ
6 tahun berhempas pulas hidup sendiri - buktinya semua di situ
6 tahun kembara rentas dunia - momennya semua dalam tu
6 tahun nota-nota belajar - semuanya terlipat sana
6 tahun menulis segala rasa dan prosa - karangannya penuh dalam tu juga
6 tahu kumpul minat segala bahasa, cerita, irama - habis tersimpan sana semua

bila kau hilang segalanya dan takda backup - apa kau rasa?

6 tahun aku berkecai
hilang
takde bayang

satu je yang nampak waktu tu - Allah nak ajar maksud redha. 

sabar ya ...... ( tepuk bahu sendiri)

.
.
.
.
.
.
.
.
.


dan tepat hari ni baru teringat mama abah ada satu hardisk simpanan rumah untuk simpan koleksi waktu anak-anak di luar negara. Terdetik, pernah tak ya transfer sana?

bismillah.
buka. satu demi satu.
dengan doa mudah-mudahan ada

dan hasilnya

terbentang depan mata
ada di sana! 

aku?
sujud syukur
hujan air mata
alhamdulillah tuhan

6 tahun aku dikembalikan. 


Balik Sediakala



Ambil keputusan hari ini untuk kembali ke template lama. 
Bukan apa..

tapi rindu

blog ni dulu pun wujud sebab waktu tu berada dekat Jordan sana. 
Bila tukar template, terasa roh dia hilang. Jadi tak sama.
Macam ada sesuatu tak kena. Tak serasi barangkali.

Kita balik lah.
sini macam kampung kita.

Biar sama
Biar serupa

Supaya cerita kita tak hilang dek masa
Tak lekang dari ingatan kita. 

walaupun sekarang sebenarnya dah banyak beza, takpe. Yang penting, rasa tu ada.



Ahlen..
=)



Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images