Balik Kampung

9:30 AM 0 Comments A+ a-


Salam..

alhamdulillah..

Hampir seminggu lebih mula berkhidmat di tempat baru. Familiar tapi rasanya berbeza.

Kuasa tuhan, tak pernah tersangka ujian tersekat di akhir perjalanan dahulu rupanya rahsia Tuhan untuk menganugerahkan nikmat bekerja sangat dekat keluarga di kemudian kembara.

17 tahun berjauhan, kali ini tempat tujuannnya sekadar sekangkang kera. Subhanallah..

Tersangat-sangat bersyukur.

Walaupun cabaran yang akan datang memang dah diketahui bayangnya, tapi cukuplah sekarang adalah masanya untuk bersyukur terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya tak perlu menyusahkan keluarga. Malahan punya ruang dan peluang untuk lebih banyak menyemai masa bersama. Cukup.

Ada yang berpesan, kamu pasti sedekat ini baik untuk kamu? Bukan kah lebih sukar untuk kamu menasihati orang-orang yang kamu kenali. Lebih payah bila kepercayaannya berkali ganda berbanding bila kamu sekadar orang luar yang biasa-biasa. Malah seakan menempa bala bila sesak untuk kami ucapkan tidak pada orang yang biasa berjasa pada kita?

nay... tidak.

yang kita nampak, ini peluang Tuhan bagi untuk kita kembali menabur bakti pada tanah tumpah darah sendiri. 20 tahun membesar di kawasan ini, rasanya tak salah untuk kita cuba membantu yang pernah bersama kita. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, cikgu-cikgu, kakak-kakak, abang-abang. Moga yang perlukan bantuan tu, dapat kita hulurkan tangan ringankan beban.

yang penting, Allah takkan letak sesuatu pada kita melainkan kita mampu melaluinya dan yang perlu untuk kita hadapinya demi kebaikan kita.

kan?

jadi , fighting2~~!


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *