Bebas




salam

hi everyone~!

first and foremost, Happy New Year....

(betapa lambatnya nak sambut benda ni alah ni disebabkan oleh ketaksenangan dan kestressan nak viva selama beberapa bulan. Fuh, lepas jugak akhirnya..)

well...well....well...


Being a HbesarObesar for two years, semua orang tahu betapa tak sabarnya nak habis fatrah yang penuh ujian dan pancaroba macam ini. Zaman engkau menjadi kasta terendah dalam food chain di wad. Zaman kau kena banyak bersabar dan banyak belajar dari segala sudut dan aspek. Zaman wajib nak tak nak kau kena telan semua cabaran dan kepahitan yang semua orang kat situ pernah lalu suatu masa dulu.


Eh, tapi sebenarnya best aje jadi 'orang rumah' ni kalau difikirkan. By time, bila dah mencecah posting terakhir, insyallah kau akan arasa sedikit bahagia. Sungguh. Tak tipu punya.

cuma, bila Allah nak datangkan dugaan yang buat kau tersungkur-sungkur tak terkeluar dari sangkar dunia sana ni, memang sakit dia deep gila-gila. Orang lain dah melambai-lambai, kau masih terkapai-kapai. Waktu ni akan rasa tiba-tiba jadi orang paling depressed di dunia. Wah, akhirnya mengaku tertekan jiwa raga jugak jadi HbesarObesar rupanya.. 


Tak terkira dah dengan jari jemari sendiri betapa banyak tisu aku dah buang untuk luka-luka dan air mata sepanjang dekat sini. Actually, masih okay tapi ada juga cedera yang aku perolehi. Haha, tetap tak mahu mengaku kalah dengan cabaran ini. Okay apa, at least masih mampu ketawa sorang-sorang bila terasa bodoh gila sedangkan yang lain pandai-pandai belaka. Ingat senang nak lalu semua ni sorang-sorang? 


2 bulan aku kena kurung. Dua bulan kena tahan soalan soalan 'eh kenapa kat sini lagi?' Wah, wah dah gaharu cendana pulak, dah tau lagi mau tanya ka.. Tambah dengan seminggu terakhir, aku dapat jadi orang pilihan untuk ujian hari-hari supaya katanya aku jadi lebih berani. Satu set complete dengan di hadapan orang ramai, entah berapa puluh kali lah aku malu sendiri diketawa dan diajar secukup rasa. Remuk redam sampai dah tak nampak bentuk hati, dan aku pun jadi berani. 

Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya jumpa kuncinya. 

and I'm here. 

Sekarang jadi selalu terpusing belakang. Terkenang-kenang. Mantap test Allah bagi kali ni. Sampai aku selalu terfikir-fikir mungkin ini sebabnya supaya aku tidak terbang terlalu tinggi. Supaya aku tahu ada kawan-kawan aku yang juga masih terkapai, kaki terikat macam yang pernah aku lalui. Aku tak tahu macam mana aku tersungkur, dan aku juga tak tahu macam mana aku terlepas. Semuanya macam mimpi. Tapi sakitnya adalah realiti. 

I'm not gonna boast about this.

Tapi aku nak kawan aku tahu, aku selalu ada. Aku selalu tunggu kita keluar sama-sama. Mungkin rezeki dia belum lagi sampai sekarang. Tapi aku doakan Allah cepat-cepat keluarkan dia dari mimpi ngeri yang serupa. Sebab aku tahu pedihnya memang susah, parutnya akan tetap ada. 

sebelum lalut melalut ni lebih lagi melalut, i'll stop here. 


Marilah mencari hala tuju selepas ini. Sekarang masih terhoyong hayang tanpa tujuan.
Kan best kalau boleh travel sesuka jiwa raga. 
Doakan kami dipermudahkan melihat keperluan. 

Selamat, everyone. 

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images