Harapan yang dimakbulkan




Memulakan kembali rutin untuk berpuasa sewaktu bekerja adalah sangat sukar

bagi saya terutamanya



dalam kepanasan

nak berlarian setiap hari

naik turun naik turun hospital

berdiri sampai berjam-jam

kalau tak biasa

boleh pengsan

atau sekurangnya menangis kelaparan



Sekarang sudah masuk Zulhijjah kan?

Rugi sangat rasanya kalau tak cuba penuhkan puasa sunat yang ada



bismillah...


memang memohon sangat Allah perkuatkan diri

saya mahu rebut ganjaran yang Dia janji

moga-moga kita semua termasuk sama insyallah


.
.
.
.
.
.



dan kamu tahu kan, selalu saya pesan bila berpuasa 

perlu selalu ratibkan doa

sebanyak-banyaknya setiap saat setiap masa

sebab doa orang berpuasa ini masyallah mudah sangat termakbul

saya yakin sebab itu juga salah satu janji-Nya






dan nak tahu tak sesuatu?



Subhanallah 

hari ini beberapa doa saya sekian lama termakbul

malah ada detik detik doa yang terlintas juga ada yang terlaksana



Subhanallah

betapa Allah melancarkan pelbagai perkara dengan izi-Nya hari ini



Subhanallah

dan betapa saya nampak satu persatu semuanya melalui rasa hati yang berbaki




Malah kegembiraan berbuka puasa juga terasa berlipat-lipat kali ganda





Alhamdulillah untuk semua yang telah diperkenankan

sungguh sangat menggembirakan




puasa jom~



moga-moga selain mendapat redha Dia, kita juga akan dikurnikan kegembiraan berpanjangan dan juga dimakbulkan setiap doa yang kita minta. Insyallah dengan izin-Nya













sifu






Terima Kasih Senior Fahd!

kerana tunjukkan saya seorang doktor juga mampu jadi sasterawan lagenda.


haha.





Keep Living




my chanting everyday



Thank you Allah for all the lesson in my life

for my world of wards

that will always bring me back to thee



no matter how bad I'm envying other's life

I will always see 

that there are a lot of people

who are more in suffer than me





Astagfirullahal3azdim....







J-room




Sudah pukul 2.30 pagi..

Sekarang berseorangan di J-room Hospital menguruskan seorang pesakit lelaki yang patah paha dan tengah 'high' sebab baru lepas hisap ganja sebelum eksiden.

Ya Rabbi, sebak sangat hati tengok seorang ayah yang sanggup nak dukung anak lelaki dia yang dah dewasa tak boleh nak berjalan ni untuk di bawa pulang sebab x mampu nak turun ke kerusi roda.

Mulutnya kadang-kadang marah tapi riak wajahnya benar benar dalam kesedihan. Tampak kelabu dirundung risau, apatah lagi si anak bising nak balik tak mahu duduk di hospital dan meracau-racau kemabukan.

Dua tiga kali dia dan anak perempuannya cuba nak dudukkan si abang yang kadang-kadang ketara kurang ajar dengan famili sendiri.

Maaf pakcik. Maaf, sebab saya memang teringin sangat nak sepuk anak pakcik ni. Tak sedar diuntung! Sampai hati dia kecewakan pakcik macam ni. Sampai hati dia malukan adik sendiri macam tadi.

Tengah-tengah malam Ramadhan orang lain kejar LailatulQadar, dia tertinggal dalam kemabukan nafsu sendiri. Kalau duduk diam takpe jugak, ini menyusahkan orang sekeliling. Sakit pulak hati kita ni.

Bangun la, encik. Bangun. Jangan dekat lagi dekat dadah tu. Kesiankan lah diri. Kesiankan lah famili.

Saya doakan moga sakit patah paha encik tu dapatlah bagi kesedaran yang dadah tu tak mampu nak bagi kerehatan pun.

Ini dah cukup baik Allah bagi izin selamat dalam eksiden kali ni walaupun banyak cedera. Allah masih sayangkan encik. Dia x kasi encik mati dalam keadaan mabuk dadah. Dia Maha Penyayang pada encik. Subhanallah...

Moga lepas keluar hospital hari ni, encik kembalilah ke pangkal jalan... aminn... (mohon doa dari kalian)

*tunggu PPK sambil pasang yassin*

A dreadful Night





I will never forget this night..

Kau tengah round, tetiba husband patient jerit tarik kau kata isteri dia yang ad morbid obese + pulmonary embolism pengsan kat toilet. Kau sorang je sempat pergi menyelit masuk toilet yg sempit tu dengan husband patient dan kau nampak patient bukan takat pengsan biasa tapi pengsan terlangkup tertiarap. Help!

Husband gelabah. Kita pura-pura tenang. Cool. Cool. rileks encik. Kita try bangunkan. Kau pegang. Very weak pulse. Sejuk lesi. Cop. pusingkan muka patient. Airway first. 

Alamak.

Muka dah biru. No breath, weak pulse, Adeh. Nk CPR tak boleh. Patient terlangkup. Sempit teramat. Langsung x boleh alih kedudukan. Helpless.. 

Allah allah allah. Husband dah ngis2 sebut allah. Kita? nangis dalam hati sambil cuba lagi nak resus. SPO2 tak dapat. BP lower teramat. Jirus air pun x jadi apa2. Pupil? Non reaktif. 

Kau stuck dlm bilik air sempit tu, tarik masuk lagi sorg nurse. Lantak la dislocate ke apa. Tarik sekuat hati sambil tendang pintu ke belakang. Ntah macam mana allah bagi kekuatan menyeret keluar patient. CPR on the spot. Panggil boss. Panggil anaest. Keluarkan semua resus. Panggil semua lelaki. Husband dah ketepi. 

Next, scene biasa CPR macam dalam tv. Yang penting bersyukur sgat ada 20 org lelaki perempuan berjaya agkat patient ke atas katil untuk di cardiovert. Syukur sgat2. Sebab kalau buat atas lantai toilet, dgn semua org bakal kena letrik. Sejam buat sedaya yang mampu di tempat yang tepat.

Tapi maaf encik... kakak tetap dah pergi. Dengan kitaorang-kitaorg sekali menangis lagi.

N from now on, i'll never let any patient going to toilet alone again. Ever. By hook or by crook. No one shall be like this pitiful lady.

— feeling Crying.

Lonely Granma






An old chinese lady. Very weak. Need continous oxygen. Only able to open her eyes n speak chinese. Keep nagging n babbling but nobody understand. Had to strand her hand to keep the branula in situ. Very hard to please apatah lagi nak ambil darah baru.

Tapi dua hari ni, sudah perasan sesuatu.

Nak bubuh branula?
Genggam tangan dia dulu. Usap-usap.

Nak ambil darah?
Genggam tangan dia dulu. Usap-usap.

Nak buat procedure?
Genggam tangan dia dulu. Usap-usap.

Serius... kalau sebelum ni dia struggling dan sentiasa mengamuk bila nak letak branula sampai terlepas-lepas 3 -4 kali, sekarang bila kita ambil masa genggam tangan, usap-usap, sembang buat-buat faham, bagi dia genggam tangan kita balik seminit dua, pujuk pakai bahasa isyarat sekejap..... memang senang sangat nak buat kerja.

Auntie nak orang temankan auntie ke?

Tadi time nak bubuh branula lagi tadi, dia cakap something. Memang tak faham. Tapi then dia ngangakan mulut. Kita tanya nak minum ke? Dia angguk. Kita bubuh branula dulu baru minum eh auntie? Dia angguk lagi.

Allah. Kesian sangat.

Sebak rasa tengok dia terkebil-kebil tengok kita sambil genggam tangan kita balik setiap kali kita datang nak ambil darah.

Terus teringat nenek..

Takpe auntie, dulu sy tak sempat nak jaga nenek saya, meh saya jaga auntie plak kali ni. Saya free, saya datang tolong-tolong sembang dgn auntie k...

May Allah bless u, auntie..
— feeling rindu nenek.

Concern Uncle





Jumpa famili member sorang pesakit baru di wad jam 12 tengah malam. Tak sempat ambil history penuh, mereka dah nak balik. Saya pulak busy. Takpelah, nanti kita sambung.

Pukul 9 pagi, call famili member yang sama untuk completekan history taking semalam atas arahan boss.

"U siapa?"

"Saya doktor yg uncle jumpa semalam"

"Aiyoo doktor, sudah 9 pagi lebih, apa pasai u tarak balik lagi? Haiyoo, banyak kesian sama u "

" kerja belum siap lagi la uncle. Siap kerja nanti saya balik. Ni nak tanya pasal ayah uncle sikit ni "

" haiyaa doktor. U jangan kerja teruk-teruk. Nanti u sakit, macam mana mau jaga orang sakit. Balik kasi awal sikit la pegi rehat. U orang memang ini macam ka selalu?"

Erk... Ni siapa yg nak ambil history siapa sekarang ni? Haha. Uncle...uncle... jadi bersembang pulak. Marah boss saya karang. Hehe

Terharu us uolls pakcik concern dalam telefon. Hilang penat kerja x siap-siap. Thanks uncle. Semoga ayah uncle cepat sembuh dengan izin Allah. Aminnnn...

Bye uncle. Jumpa lagi tiga hari nanti. Saya pi bercuti dulu. Da~!

— feeling terharu.

Branula Specialist





Bila pesakit anda adalah seorang....

1. Yang telah menetap di hospital selama berbulan-bulan sampai berjilid-jilid fail dia ada
2. Tangan kiri dia tak boleh dikacau sebab nak simpan untuk fistula
3.Tangan kanan dia dah sangat berparut dan salur darah semua mengecut sebab sentiasa di cucuk di setiap salur yang ada selama berbulan bulan tak berhenti
4. Kaki kiri patah bersimen sampai lutut
5. Kaki kanan bengkak dari tumit sampai lutut sebab latest branula ter rosak d seluruh hujung kaki penuh dry ulcer
6. Femoral vein kiri tengah ada fem cath, yang kanan baru off fem cath.
7. Neck vein dah berparut sebab bekas trial of IJC
8. Pesakit anda sangat fussy dan banyak komplen teramat. Jangan melawan dia. Karang bising ya rabbi..

Bila dia complete ada semua ini dalam satu masa, everytime new branula dia required, it is our daymare...

Hari ini ditakdirkan saya takde senior. Bertugas pulak dengan para first poster. Mana mau lari?

First trial failed.

'Ingat eh doktor, 2nd ni yang last. Lepas tu saya tak mau. Saya tak mau, maksudnya takmau.'

Ewah... nak bubuh vanco kot encik. Kalau sy buat dono, kang saya pulak yang kena cucuk dengan boss. Ingat saya suka nak cucuk patient complete set of difficulty mcm ni. Cucuk blindly karang...

*anyway ini only dalam hati. Kalau cakap nanti diboikot plak hehe*

Ok encik. Saya try yang last. Hujung jari. Bahagian atas. Macam pakai cincin.

'Doktor, sepanjang berbulan2 saya duduk hospital, mana ada orang pernah cucuk area tu kat saya. Doktor biar betul..'

Ewah .... lagi sekali. Jadi yang saya buat berkali-kali kat wad sebelah, wad ortho, wad ong je tak pernah, setahun ni, sukses kebanyakannya saya buat ke patung ke apa ye encik?

Penat saya duduk berejam jam tengok salur darah mana paling boleh cucuk yang pt nephro ada walaupun sekecil branula biru sampai juling mata, kematu jari merasa rasa, sampai hati encik mempertikaikan kejayaan saya.. kecik hati. Cucuk sesuka hati jugak la karang kat encik ni..

Encik nak saya buat tak ni? Kalau x, sy panggil org lain buatkan, semua dah ada pengalaman cucuk encik berkali-kali, sure semua tahu. Saya je first time jumpa encik. Tak nak kasi can dulu ke?

-senyap- ok. Sekali ni je. Sekali je, ok. Faham?
.
.
.
.
.
Once. Settled. Outflow cun. Inflow cun. Vanco berlari-lari masuk ke dalam badan beliau dengan gembira tanpa halangan.

Ehem. Ok encik. Lega? Jari ni kasi relax je. Jangan bengkok2. At least tunggu ubat ni habis sebelum nak terkeluar2 branula lagi ye. *tegas*

Doktor, doktor... bleh tak ajar saya macam mana nak bagi jari ni tak bengkok selalu. Saya tak perasan tapi dia memg selalu terbengkok sendiri. Saya tidur tak sedar dunia. Macam mana ye doktor? Terima kasih ye doktor. Kalau macam ni, takdelah saya bising.

*ewah... kali ketiga. Tp yez~! Tiup hujung jari macam tiup asap pistol. alhamdulillah*

Nurse datang - uiks doktor, tak pernah nampak pun orang lain bubuh situ.

Shhh.. ini secret card . Janji ubat setel. So far takde boss bising lagi kat saya. Medikal je kot, bukan surgical base. Lagipun dia stabil. Kalau takut, sorok tangan dia nanti.

Bak kata Dr TEL ...

'Beb, jgan follow buku sangat. Follow your experience. Be creative. K. Chill man~'
Its might looked simple and nothing to you, but this kind of satisfaction are really cool for me.

Hello nephro ;^)

◎iloveworkinginmedical◎

Ah Yuen


Ah Yuen~


(gambar hiasan)




'Ah Yuen (bukan nama sebenar) nak kawen dengan kakak misi lah'

kata seorang pesakit istimewa kami sambil tersengih menampakkan giginya sewaktu duduk dengan kami di kaunter. teringin duduk meja doktor katanya.

'Alaaaaa..... ah yuen tak nak kawen dengan doktor ke?'

'Tak bolehh.... Doktor busyyyyyy... kesian doktor...' kata beliau dengan penuh innocentnya lagi.

o_o"

Tersenyap seketika semua doktor sebelum pecah ketawa satu kubikel.

Hahaha... kurang asam punya adik. Penat melayan setiap kali lalu kena panggil, nurse jugak yang dia pilih. Lol..

Good bye Ah Yuen~!

Nice to know our regular customer here..

Tak kiralah teruk mana kerja, stress mana jadinya, Ah Yuen tetap 'hi doktor' sambil sengih sampai telinga dan buat org ketawa.

Padan sangat dengan gelaran ahli syurga. 

Bye Ah Yuen~!

— feeling thankful.


** abah kata itu adalah resepi nak happy selalu - tak payah fikir masalah. mesti bahagia. aha.

MOPD I

salam





Hari pertama diarahkan turun bertugas di klinik MOPD. Klinik Diabetes. Dengan satu-satunya senior yang kena turun sama.

Ingatkan senang.

Sekali yang datang kebanyakannya yang kena ubah rawatan, sebab tak jaga pantang. Jenuh membebel kat sorang demi sorang. 

Tapi tadi, ada satu kes yang lain sikit...

Budak remaja hidap diabetes tapi taknak makan ubat sebab sengaja, nak cabar dan lawan mak dia - kata mak budak tu lah.. @_@

aigoo, rare betul reason... 'betul ke dik?'

-tunduk-

'adik tak buat bsp yang ini kenapa ya?'

-terlupa

tak sempat nak sambung soal, si emak dah bising marah-marah ceritakan segala masalah dan perangai tak baik si budak di rumah dengan nada yang cukup tinggi. Nakal lah, keras kepala lah, jahat lah, merokok lah, A to Z semua keluar. Lengkap habis history.

'Doktor nak tahu kenapa budak ni perangai macam ni? sebab dia ni anak angkat! Tu yang tak mahu dengar kata saya tu...'

@_@

Si anak menunduk kuis-kuis kaki. Nampak sangat dah tak selesa. Si emak sambung lagi marah-marah. Saya terkebil-kebil. Kawan doktor dekat sebelah dan pesakit beliau dah mula pandang-pandang kami.

Errr.... kuat sangat tu puan. Saya pulak macam berdarah-darah rasa. Tak tahan tengok si anak asyik kena fire, saya mintak masa nak cakap cuma berdua dengan dia (pesakit)

Lama kami bersembang. Keluar jugak la macam-macam. Daripada mula-mula jawab tak tengok muka, lama-lama boleh sikit nak ketawa sama-sama. Kesian awak dik, tapi kesian jugak pada emak angkat awak - penat agaknya.

'kalau awak marah dekat sesiapa pun, jangan korbankan diri sendiri dik. Ni bukan penyakit keturunan. Ni penyakit awak cari sendiri je. Kalau awak ada masalah, jangan lari. Apa lagi nak mogok taknak makan ubat macam ni. Jaga diri awak, bagi sihat, tunjuk kat diaorang awak power, boleh hidup sihat bahagia semua'

terangguk-angguk dia. entah dengar, entah hilang wallahualam. semoga tersemat la sepatah dua. Tapi yang penting ada satu dua jawapan buat saya tahu, budak ni tetap sayang ibu angkat dia.

saya ajak dia keluar bilik sekali jumpa si emak semula. Tak sempat nak cakap banyak, si emak sambung berleter kuat-kuat depan kaunter. Aih, rileks kak, rileks. Remaja je kot.

'remaja doktor cakap? Doktor nampak tak dia besar mana? Doktor, dah besar macam ni yang blablablabla....' eh, saya pulak yang kena marah.

Sambil bagi ceramah terakhir, saya terperasan budak ni makin lama makin menyorok belakang saya. Eh. eh. eh. Chill, dik. Mak awak tak makan awak pun depan saya. Semoga kuat lah menghadapi hidup yang penuh pancaroba ni dik.. Go adik, go! Fighting!

p/s :
1. Semoga semangat Nabi Ibrahim yang kuat mengalir pada awak bersempena dengan Aidiladha ni.
2. Pada ibu-ibu bapa bapa, jangan lah bukak cerita yang dalam-dalam straight depan semua orang. Kesian anak-anak tu. Kesian jugak pada saya yang blur nak buat apa.
3. Sayangi diri sendiri. Jangan sebab orang lain, awak sanggup musnahkan diri. Baik balas dendam dengan cara baik seperti eh hello I dh sukses sekarang ok. Eh. Hehe
4. Hopefully tidak dikira mendedahkan identiti pesakit. Mahu kongsi pesanan saja, Yang baik, ambil. Yang buruk, abaikan.
5. Selamat menyambut Zulhijjah
6. Selamat pergi haji semua~ *untungnyer......doakan saya plis*

Colour





Your aura is: Pink


Love, sincerity, affection and generosity are perfect words to describe you. Your pink aura indicates that you've achieved a perfect balance between your spiritual and material existence. You love to be surrounded by friends and family. You love to love and to be loved, while you hate conflicts and arguments.
You take care of your body and spread a positive and healing energy to those around you. The pink aura is very rare, so is the person who has it.


Couldn't deny it.


I' love pink

haha..





Tak pernah pergi





untuk yang tak pernah meninggalkan kami

dalam sempit dan lapang

setiap saat




moga Allah kurniakan syurga yang tertinggi untuk ibu bapa kami






*tak pernah rasa dah betul- betul jadi anak paling solehah untuk mama dan abah.... sorry... ;,( *





Omo

agingerwithaseoul:

The watermark URL doesn’t exist anymore, but all credit to whoever made it! 귀여워 죽겠다♡

Curious should be 궁금 not 금금

^_^)[



this is how my friend and I mumbling when we had something in mind...


hehe...


Miss M, Miss Rossa, Miss M2


etteoshimnikka~? 

Balik



Setahun..

setahun saya tunggu bulatan bahagia saya bermula semula
dari zero 


bukan senang nak berkumpul macam zaman belajar dulu.
rasa macam satu kemenangan yang sangat besar untuk diri saya sendiri. 


saya bukan sebebas macam di Jordan. 
Nak keluar bila-bila masa, ke mana-mana sahaja pun tak apa. 


saya di Malaysia.
komitmen saya banyak. kekangan saya jugak berlambak.


ingat lagi beberapa minggu lepas, kami dah janji nak berjumpa. sekejap je. pukul 6 petang. tapi tiba-tiba Allah takdirkan ada sorang pesakit ni collapse waktu pukul 5.55 petang. Sampai dekat pukul 8 tak habis lagi kerja. memang kelu. Allah tak bagi rezeki lagi agaknya. sabar....


bila dapat berkumpul hari ini, 
allah..allah.allah.. terima kasih untuk kabulkan doa saya.


kerana dalam setahun ni, terlalu banyak benda yang jadi
dan selalunya dahulu saya cukup senang untuk bermuhasabah di dalam usrah


di situ, saya belajar rasa jadi manusia paling pendosa
di situ, saya belajar rasa bahawa harapan tetap sentiasa masih ada
di situ, saya belajar bahawa tak apa kalau kita tiada apa-apa
asalkan kita yakin bahawa Allah sentiasa mencukupkan kita


dan sebagai hamba-Nya yang paling kurang serba-serbi ini,
saya belajar terlalu banyak benda di sini


bersyukur dengan apa yang saya ada
dan bersabar dengan apa yang saya hajati


iman tetap akan yazid yankus

akan ada masanya juga saya suka memutuskan bulatan ni

tapi syukurlah Allah tak pernah biarkan terus

biar seminggu
biar berbulan-bulan
biar setahun seperti sekarang

pasti tetap ada peluang



terima kasih Allah
terima kasih orang-orang yang memudahkan 
terima kasih yang mendoakan


terima kasih sangat-sangat 
*senyum sampai tidur*


nah, sikit hadiah...










Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images