Rindu II

Waiting for the call...

Rindu



menyelak-nyelak balik tirai-tirai catatan lama waktu di jordan dulu

ah rindunya...



terasa hidup sangat bervariasi dan penuh warna

belajar..

kembara..

persatuan..

penulisan..

kawan yang gila..

hidup yang main redah apa sahaja..


rasa sangat wah rajinnya kita yang lama.


di malaysia, macam sukar pulak nak buat perkara yang serupa.


bukannya duduk kat Malaysia tak best

malaysia lagi best sebab ada famili kita sentiasa


tapi dekat malaysia ni, rasa macam tak ada apa yang menarik untuk saya ceritakan bersama

serupa sahaja kot saya dengan orang-orang lain di mana-mana

so, apa yang menarik nak dicerita?



ke

sebab otak sendiri dah beku

tangan sendiri dah tak pandai mencipta 'lagu'?




yalla... come idea... come...






















alfatihah




Hari Perkabungan Malaysia
.
.
.
.
.
.

selamat pulang ahli-ahli MH17

semoga kalian sekeluarga makin tenang selamanya



alfatihah





Tawakkal






Image








abah cakap, 2 tahun je....

setahun dah habis..

tinggal lagu setahun...

sabar.

Anak Solehah






Dah seminggu lebih jaga acute cubicle..

Ada suatu hari haritu, masuk seorang makcik yang nampak macam dah tak berapa stabil.

Selak-selak file, DIL dan DNR dah di-issued. Maksudnya kalau jadi apa-apa, jangan diselamatkan. Jangan buat CPR, jangan intubate. Biar shaja beliau pergi dengan tenang perlahan-lahan..

Apa yang buat saya melihat dia dengan satu pandangan yang berbeza, adalah kerana keluargnya.

Berbanding orang lain yang selalu sendirian, makcik ini keluarganya sentiasa ada di sisi.

Anak beliau, tak kira lah lelaki dan perempuan sentiasa bergilir-gilir menjaganya. Sambil mereka duduk, kadang mereka mengusap-usap kepala dan tangan ibu mereka. Penuh kasih. Sambil membisikna kalimah syahadah sepanjang hari.

"Mak.... ashhadu allah ila ha illa allah....." sambil tangan mengusap dahi si ibu penuh kasih.

Berulang-ulang dari pagi sampai ke petang. Dan saya yakin dari petang sampai ke malam. Sampailah ke detik ibu mereka pergi jam 4 pagi, saya pasti pasti mereka tetap melakukan bisikan yang sama dan usapan yang serupa.

Sebak.

Makcik mesti bahagia kan?

Anak-anak makcik semua ada. Semua sayangkan makcik tak terkira. Dari tingkah laku mereka, dari perbuatan mereka, dari kesabaran mereka, saya dapat rasa. Cemburu pulak saya.

Hati saya berbisik laju,

" Ya Allah, andai nanti sampai masanya, kurniakan aku lapang masa dan peluang yang serupa ya Allah.."

Moga-moga aku juga dapat berbakti jadi anak solehah sampai ke hujung nyawaku mahupun nyawa semua ahli keluargaku..


come on (^_^)/


Berputar Lagi

Hidup jadi houseman ni tak ubah macam roda..




Satu hari, kamu adalah yang paling senior, paling power, paling tahu

dan satu hari lain pula, kamu jadi kembali paling junior, paling slower, dan paling dungu.


Bukan sekali.... tapi berkali-kali..
6 jabatan..... 6 kali akan jadi putaran..



Ini salah satu punca kenapa saya tidak lagi nampak jadi doktor tu satu kehebatan. Sekali pun tak ada. Sebab jadi dengan jadi doktor juga, kita akan selalu rasa macam jadi manusia paling tak berguna. Sebab manusia depan kita bukan buku teks yang skema. Dan ada masa, kita sendiri ragu-ragu. Apatah lagi yang budak baru.


p/s: dan Ainul, ingat. Sepanjang duduk bawah, jangan simpan apa-apa rasa berbuku. Moga Allah bagi senang, tenang dan lapang sepanjang waktu. Amin.


*ketap gigi, dakap hati*


Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images