Bila doktor 'suruh' pergi mati

9:43 PM 0 Comments A+ a-

Salam alaikum~ 


"Pergi Matilah Kalau Tak Mahu Buat Semua Itu!"



MasyaAllah..... >.<

Tercarik hati bila baca penyataan tu. Makin terburai-burai bila tahu ia diungkapkan oleh seorang doktor yang diharapkan untuk membantu. Entah apa perasaan Enot bila di'arah'kan untuk mati.


Ya duktur, haza ghalat !  (wahai doktor, itu adalah salah !)

Walaupun mungkin tuan doktor sedang berada di kemuncak emosi paling tak stabil bila mana pesakit sentiasa menolak, menolak, dan menolak usaha kita untuk merawat mereka, tapi itu bukan tiket untuk kita maki pesakit sampai menyebut 'pergi matilah!'.

Macam mana kalau pesakit betul-betul pergi bunuh diri?

Pesakit ni pun bukan semuanya iman kuat. Tengah-tengah ditimpa penyakit macam mereka lah, iman tu yanzid yankus (naik turun) dan ketidakstabilan emosi jadi. Maunya tiba-tiba dia ikut 'saranan' kita, kita ni pun boleh dapat saham percuma masuk neraka. Na3uzubillah...

Saya tahu. Saya juga pernah rasa macam nak cekik-cekik pesakit tu dalam hati bila mereka suka buat ikut sedap sendiri sedangkan ia salah dari sudut pengalaman kita. Bila jadi teruk, staff juga yang kena. Itu memang asam garam hidup hospital. Saya pun selalu ada.

Tapi untuk mendoakan keburukan mereka, itu tak ubah macam satu kebongkakkan kita sendiri. 

Itu yang saya rasa.


Pernah ada rakan yang berkata : 

"Patient nak AOR? Yes! Lantak dia lah, malas nak ambil tahu. Biarkan. Biar dia rasa nanti.."

dan kebetulannya dia tak tahu pesakit itu adalah ahli keluarga saya sendiri..


Ya Allah, pedih sangat. Pedih sangat bila dengar yang kita berputus asa malah lagi mendoakan keburukan mereka. Saya sendiri sebagai keluarga sangat mengharapkan pesakit itu akan sembuh walaupun bukan di hospital. Tapi bila dengar di kata sebegitu, allah... sebak. 

Saya tahu malah saya juga pening kepala dengan kerenah sesetengah pesakit, Tapi kalau dia tetap berdegil, maka lepaskanlah, redhakanlah. Moga-moga dekat luar dia jumpa rezeki yang Allah bagi untuk kesembuhan dia nanti, walaupun macam sukar. Tapi tak mustahil kan? Kita sebagai doktor dah berusaha. Tapi kalau pesakit sendiri berkeras, maka itu juga bukan rezeki kita untuk membantu dia. Betul tak?


Daripada Abi Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawar untuknya"


Teringat saya pada kalam ini yang terpampang di pintu masuk King Abdullah University Hospital, Jordan. Hari-hari lalu, mesti baca. Ia buat saya beriman bahawa semua penyakit ada ubatnya - kecuali tua dan maut. Jadi yang masih tak ada ubat sekarang, pasti sebab kita tak jumpa lagi ubat yang sesuai. Dan ubat bukan sahaja hanya tertakluk di hospital kan? Cumanya yang dihospital tu lebih diyakini sebab ada Evindence Based Medicine - bukti, dalil. Itu sebab kita sarankan rawatan di sana. 

Point utama yang saya cuma nak sentuh :

Semoga kita doktor-doktor ummat hari ini mampu untuk sedar bahawa kita juga manusia yang sama. Yang membezakan kita hanya ilmu dan pengalaman dari mereka di sana. Dan semoga dengan ilmu dan pengalaman ni, kita mampu untuk menolong dan memperbaiki keuzuran masyarakat kita dengan ikhlas dan bukan alat untuk kita rasa kita lebih superior. 

Ini juga pesanan untuk diri sendiri. Sebab saya juga selalu melalui benda yang sama. Harap-harap lepas ni saya mampu untuk jaga hati dan jaga perkataan sepanjang saya berkerja di  sini. Yang terlepas sebelum ni, moga-moga mereka maafkan saya dan Allah juga ampunkan saya. Amin... >_<




p/s : Mohon pihak pesakit juga belajar banyakkan bersabar sebab kadang-kadang doktor dan staff ni terhilang sabar juga bila pesakit asyik tak henti tak bersabar. Win-win situation, kata cikgu saya. =)


Moga dibantu

8:37 PM 0 Comments A+ a-


Salam


Sebenarnya sekarang saya sedang di UiTM Bertam. Ada sedikit urusan sambil menunggu ayah di sini. Sambil menunggu masa nak oncall, saya tengok semula segala apa yang ada di muka buku yang sekarang.

Peugeut.... Ramadhan...Palestine...MH17.... banyak lagi lah~

.
.
.
.
.

tapi....

ya Rabbi, apa nak jadi dengan dunia ni?  T_T

Mana pergi kemanusiaan?

.
.
.
.
.
.



Eh sekejap. Cakap tentang orang, kita sendiri macam mana? 

Takut sangat pula kalau-kalau kita sendiri yang tak sedar dan buat perangai yang serupa. 
Bongkak. Angkuh. Tak cakna. Buat hal sesuka hati sendiri sahaja. 

Koreksi je diri sendiri. Pernah atau tidak kita melakukan perkara yang sama?

*istigfar*



Menonton video yang dibawah ni, buat saya terfikir apa ada lagi kah yang masih kesusahan dan memerlukan? Hati rasa teringin nak tolong. Yang di wad akan saya usahakan. Yang di luar? Saya doa agar andai mampu, saya dipermudahkan. Jika tidak, moga rezeki mereka didatangkan melalui hamba-hamba Allah yang lain. Insyallah~




Salam Ramadhan. Salam mengejar keberkatan~

Bye Ortho

7:34 AM 1 Comments A+ a-


Salam~




Selama 5 bulan bertapa dalam jabatan orthopedik, akhirnya......


Alhamdulillah..!


Akan keluar melangkah dengan sangat lega dan bersyukur.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Phewh~
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *