Dream Job

1:17 AM 3 Comments A+ a-

Ok next.....


7.What is your dream job, and why?

I already accomplished in being a doctor. Well it's used to be my childhood dream job. But now, err no longer a dream. Sebab dah dapat kot. Or maybe sebab i started to see how not so dreamy-thingy job it was. Well, never mind. Let us dream another more dream job for the future. 


A - Full time travele



-coz I miss travelling so much
-coz I miss being in a strange land and being so independent by myself
-coz I miss trying new things and figure out new information
-coz I miss leaving all problem behind me and taking a break from eveything



B -  Tauke library / kedai buku





-coz I love reading so much and i want to read all the book exist in the shop
-coz nobody will dare to stop me from reading the whole book on the spot at that time
-coz I boleh rasa aku kayo dengan ada buku yang berlonggok gitu
-coz  I just love being surrounded by book



C- Writer



- coz I love to tell a tale
-coz I love to read, so I dream to write one
-coz I think a writer is cool!
- coz I do have the passion for writing



D- Housewife


- coz I tak larat nak kerja busy-busy macam doktor selalu! =p


ok, cukup~

Who am I without them?

12:48 AM 0 Comments A+ a-



Next...

3. Describe your relationship with your parents.


 * BEST FRIEND *


Abah adalah the best person utk keluar dating berdua sambil borong buku senyap-senyap banyak-banyak tanpa mama tahu. Hehehe

Mama adalah recharger yang paling power setiap kali saya down. Pagi-pagi kena peluk mama untuk dapatkan tenaga anti-Jonah sebelum pergi hospital.

Abah the most penyabar person in the world. Siapa sanggup hantar HO pegi keje pukul 6 dan balik sekali pukul  6 selalu hari-hari kecuali abah? Thank you abah. Walaupun selalu bergaduh dengan abah berebut nak drive kereta gabak tu, abah tetap tak berapa bagi nak lepas kereta abah kat anak dia sorang ni.. karang arina bawak memecut macam pelesit. haha. Pedulikan orang yg mengata, diaorang tak tahu apa cerita kita. I love u, abah!Semoga nanti Arina boleh buat benda yangs ama untuk abah later. Amin..

Mama dengan Arina ada banyak persamaan yang memeningkan kepala abah. Haha. Geng-geng begini baru best. Takde rasa ntah apa-apa sangat kalau kena bebel dengan abah.. hehe. Love u mama~! High five!



I love u both!


Not so typical day of an HO

12:07 AM 0 Comments A+ a-

Salam everyone~

Im thinking of continuing my previous post of 30 questions...




12. Describe a typical day in your current life.


Tipikal hidup seorang houseman~
- keluar rumah pukul 6 (sebab jarak hospital jauhnya 30 minit dari rumah)
-balik kadang-kadang pukul 7 malam
-sibuk
-patient first
-kena marah selalu dengan boss n patient...


ah, doomnya menjadi seorang houseman~!


:)


Chill everyone~

Mari saya ceritakan apa hari-hari yang tidak tipikal pernah jadi sepanjang saya berkerja :

1. Sebagai houseman, saya perasan kami jauh lebih rapat dengan patient di wad berbanding boss. Kadang-kadang ada masanya kami yang diperlukan untuk mengambil masa yang lebih memujuk pesakit dalam sesetengah perkara yang adakalanya memerlukan keputusan yang menyesakkan dada mereka.

Walaupun hanya housemen yang cikai, tak hebat macam specialist, kadang-kadang yang cikai inilah yang dahulu nampak mereka menangis senyap-senyap. Yang cikai inilah yang sembunyi-sembunyi curi masa datang dekat tadah telinga dengar cerita sebenar mereka.

Apatah lagi kalau yang bercerita itu ibu tua yang lama tak dikunjungi anaknya di hospital. Sedih kita tengok. Sembang dengan kata seoalah bagai sembang dengan anak mereka, tapi bersama muka yang berbeza. Dan tiba-tiba ada yang peluk sebak sebab rindu dan ada juga yang tak putus berterimakasih sebab sudi melayan mereka yang sendiri tahu kadang banyak kerenahnya.

Walau tak mampu nak buat sesuatu yang sangat hebat, bila kita tahu kita dapat tolong rawat hati mereka pun dah cukup rasa happy teramat. Dan jikalau kita yang kecik ini berjaya memujuk mereka dalam suatu tindakan, itu adalah kepuasan yang amat tinggi tahapnya. Gembiranya seolah esok kita boleh nampak mereka terus sihat dan boleh balik rumah esok. Lagi gembira kalau semalam dia lemah tak bermaya, hari ini dah aktif ceria bertenaga. Alhamdulillah, terima kasih Allah bantu mereka... =)




2. Di Hospital ni,selain dari sering bertemu orang sakit, ada orang pernah bilang seolah kita ini hari-hari berselisih bahu dengan malaikat maut. Kau tak boleh nak expect siapa yang dia tengah tenung sekarang di acute cubicle. Dan kadang sambil  tengah CPR patient utk resus,  tetiba terdetik 'He's here. Izrail is here' Walaupun bukan kita yang mati, tapi tengok orang perlahan-lahan mati, akan ada satu perasaan aneh menyelinap.

Kita nampak siapa meninggal dengan susah payah, siapa meninggal dengan tenang. Kadang terfikir nanti kita macam mana ya? Macam pakcik ini kah? Macam makcik ini kah? Atas katil? atau atas jalan? Isk, nauzubillah..

Kadang-kadang yang tak disangka teruk itu juga boleh tetiba sudden collapse. pesakit-pesakit ni bukan boleh ditarget sebijik macam buku teks. Terutama kalau yang failnya menimbun segunung. Hari-hari kena fikir menyeluruh dengan risiko yang ada.

Hari-hari kita doa moga semua pesakit kita diberi kesembuhan,cepat-cepat keluar hospital. Tapi bila ada yang tak dapat nak diselamatkan, kita sedar diri siapa kita. Cuba tahan sedaya boleh, tetap jugak mereka meninggal. Allah... Kalau terlebih rapat, boleh menangis dekat situ. Terngiang-ngiang. Terbayang-bayang. Iyalah kalau mereka yang kronik, mereka itu jugalah kawan setia kita di wad. Tak banyak kerja lain begitu selain di hospital.


3. Duduk hospital, hari-hari juga boleh terbayang suatu hari nanti mungkin bakal jadi sama macam mereka. Manusia kan? Lebih kurang je pun. So bila kita tahu hidup ni roda, kita kena selalu ingat, kalau kau buat mcam ini pada diaorang, suatu hari nanti mungkin kau juga bakal dibalas dengan sama.

4. Kerja begini tambah juga dengan bilangan staff yang sedikit dan kerja yang teruk, hari-hari ada rasa nak give up. Tapi hujung-hujung nak balik tu, mesti Allah bagi satu kepuasan yang buat kau nak sambung balik kerja yang sama. Terutamanya bila bab memberi harapan pada mereka - kena jugak beri harapan sebab kalau tak pt akan lagi giveup. Kadang-kadang tu bila kita bagi harapan kat diaorang, kita terasa macam kita sendiri yang memberi harapan pada diri sendiri. Harapan tu kan penting. Tu je la bajet nak teruskan hidup yang mencabar.

Lagi special kalau tetiba patient plak bagi harapan kat kita. "Doktor sabar ya" . "Kuat semangat Doc, saya tahu doktor boleh buat" -nak menangis dengar. Dan saya memang pernah menangis terharu baru-baru ini bila ada patient membela saya dan memarahi balik boss yang baru lepas marah saya depan dia. Oh pakcik, I'll never forget your deed. Semoga pakcik cepat sembuh dan bangun dari koma. Amin...


Kesimpulannya, tak kisah la orang nak kutuk apa kata tentang HO. Ia masih something yang sangat deep dan baik ntuk kami. Kalau tak baik, takdelah Allah lorong ke sini kan?

Fighting dear HO!

You're the best!~
You gonna rule the world someday~!


SMILE  ^_^/

My Daffodils

8:28 PM 0 Comments A+ a-




To Daffodils


Fair daffodils, we weep to see
    You haste away so soon ;
As yet the early-rising sun
    Has not attain’d his noon.
              Stay, stay,
         Until the hasting day
                     Has run
         But to the evensong ;
And having pray’d together, we
         Will go with you along.
 
We have short time to stay, as you,
    We have as short a spring ;
As quick a growth to meet decay,
    As you, or anything.
               We die,
          As your hours do, and dry
                    Away,
          Like to the summer’s rain ;
Or as the pearls of morning’s dew,
          Ne’er to be found again.


** Dear daffodils, shall I say good bye?
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *