MOPD I

7:54 AM 1 Comments A+ a-

salam





Hari pertama diarahkan turun bertugas di klinik MOPD. Klinik Diabetes. Dengan satu-satunya senior yang kena turun sama.

Ingatkan senang.

Sekali yang datang kebanyakannya yang kena ubah rawatan, sebab tak jaga pantang. Jenuh membebel kat sorang demi sorang. 

Tapi tadi, ada satu kes yang lain sikit...

Budak remaja hidap diabetes tapi taknak makan ubat sebab sengaja, nak cabar dan lawan mak dia - kata mak budak tu lah.. @_@

aigoo, rare betul reason... 'betul ke dik?'

-tunduk-

'adik tak buat bsp yang ini kenapa ya?'

-terlupa

tak sempat nak sambung soal, si emak dah bising marah-marah ceritakan segala masalah dan perangai tak baik si budak di rumah dengan nada yang cukup tinggi. Nakal lah, keras kepala lah, jahat lah, merokok lah, A to Z semua keluar. Lengkap habis history.

'Doktor nak tahu kenapa budak ni perangai macam ni? sebab dia ni anak angkat! Tu yang tak mahu dengar kata saya tu...'

@_@

Si anak menunduk kuis-kuis kaki. Nampak sangat dah tak selesa. Si emak sambung lagi marah-marah. Saya terkebil-kebil. Kawan doktor dekat sebelah dan pesakit beliau dah mula pandang-pandang kami.

Errr.... kuat sangat tu puan. Saya pulak macam berdarah-darah rasa. Tak tahan tengok si anak asyik kena fire, saya mintak masa nak cakap cuma berdua dengan dia (pesakit)

Lama kami bersembang. Keluar jugak la macam-macam. Daripada mula-mula jawab tak tengok muka, lama-lama boleh sikit nak ketawa sama-sama. Kesian awak dik, tapi kesian jugak pada emak angkat awak - penat agaknya.

'kalau awak marah dekat sesiapa pun, jangan korbankan diri sendiri dik. Ni bukan penyakit keturunan. Ni penyakit awak cari sendiri je. Kalau awak ada masalah, jangan lari. Apa lagi nak mogok taknak makan ubat macam ni. Jaga diri awak, bagi sihat, tunjuk kat diaorang awak power, boleh hidup sihat bahagia semua'

terangguk-angguk dia. entah dengar, entah hilang wallahualam. semoga tersemat la sepatah dua. Tapi yang penting ada satu dua jawapan buat saya tahu, budak ni tetap sayang ibu angkat dia.

saya ajak dia keluar bilik sekali jumpa si emak semula. Tak sempat nak cakap banyak, si emak sambung berleter kuat-kuat depan kaunter. Aih, rileks kak, rileks. Remaja je kot.

'remaja doktor cakap? Doktor nampak tak dia besar mana? Doktor, dah besar macam ni yang blablablabla....' eh, saya pulak yang kena marah.

Sambil bagi ceramah terakhir, saya terperasan budak ni makin lama makin menyorok belakang saya. Eh. eh. eh. Chill, dik. Mak awak tak makan awak pun depan saya. Semoga kuat lah menghadapi hidup yang penuh pancaroba ni dik.. Go adik, go! Fighting!

p/s :
1. Semoga semangat Nabi Ibrahim yang kuat mengalir pada awak bersempena dengan Aidiladha ni.
2. Pada ibu-ibu bapa bapa, jangan lah bukak cerita yang dalam-dalam straight depan semua orang. Kesian anak-anak tu. Kesian jugak pada saya yang blur nak buat apa.
3. Sayangi diri sendiri. Jangan sebab orang lain, awak sanggup musnahkan diri. Baik balas dendam dengan cara baik seperti eh hello I dh sukses sekarang ok. Eh. Hehe
4. Hopefully tidak dikira mendedahkan identiti pesakit. Mahu kongsi pesanan saja, Yang baik, ambil. Yang buruk, abaikan.
5. Selamat menyambut Zulhijjah
6. Selamat pergi haji semua~ *untungnyer......doakan saya plis*

1 comments:

Write comments
NBK
AUTHOR
September 25, 2014 at 6:34 PM delete

ASM, interesting. can make collection of stories like and book them..like drfatin liyana. put it in Islamic perspective. excellent guide for youngsters and oldies too.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *