Pengsan

** status ini tak mampu nak diletakkan di facebook. Terlalu dikenali barangkali, kawan saya tiba-tiba arahkan untuk dipadam. Dia segan. Walhal saya rasa, pengajaran di situ juga agak penting untuk saya suarakan. Tak apa. Kita raikan. Saya privatekan untuk diri sendiri di sana. Tapi saya coretkan disini untuk kenangan diri sendiri.. Harap-harap mereka tak perasan. hihi. 



************************************************************************************************

Salah seorang ho kami collapse pagi ini waktu tengah buat round bersama specialist. Err bukan collapse yg perlu cpr tu. More to syncopal attack a.k.a pengsan.

Sedap-sedap boss tengah mengamuk, tetiba dia tumbang ke belakang. Nasib baik matron sempat sambut.

Boss gelabah. Tapi sempat cover dengan sambung membebel pada kami sambil taking history dari kawan kami sendiri.

"U guys arr very strawberry generation. How u want to take care of your patient when you cant take care of yourself first?

You think life as ho is the end of the world ke? Look around u la. Who got worst life? Patient or you?

You arr, if u want to success in being a good doctor arr, u need a very strong self determination. Very very very strong one. Kena marah, its okay. Kena kerja teruk, its okay. Everything also, its okay. Kena pandai jaga diri also.

Blablablablabla.." sambung history taking kepada ho sendiri yang kini jadi patient beliau.

Confius kitaorang. Kitaorang pulak yang kena ketuk. Tapi ok la. Boss bagi tips jadi kuat untuk menepis beliau sendiri. Lol.

Tapi benda tu tak lama.

Boss started to become a very2 concern specialist then. Superrrr caring one. Our friend really got a special treatment from him. Kalah patient lain

Blood taking, check up, consultation, history taking semua solely done by him - alone. Rasa siap dapat pakej consolation kot sebab tetiba kawan itu macam termenangis- makcik pesakit sebelah la kata. Tak tau. Hehe..

Dari pagi sampai petang, the ho tak dibenarkan balik sampai treatment selesai. Tension boss bila ho sakit tu g tukar2 bilik untuk berehat. Nak suruh duduk depan mata je. Siap refer straight to specialist department lain on the spot lagi. Super laju.

Dah habis refer, beliau tanya kami..

" u ada masalah xxxxxx tak? "

Erk, no boss. Why?

"If u ada, tell me earlier. I can refer u also straight to specialist xxx now. Any time also can."

Hahaha. Amboi.. screening ke apa ni .. ;p

But anyway, sejak pagi tadi, wad sudah tenang. Boss no longer hot tempered. Suhu mendadak merosot ke temperature beku. Hehe.

Semoga terus sejuk macam tu.

Baru tahu boss memang super caring.

Kasihan barangkali. Tu la, marah2 lagi... kan dah pengsan terus. Haaa...kelam kabut.

Untuk para ho, take a good care of yourself. Boss dah pesan : Makan. Makan. Makan. Kalau dah tahu badan lembik, wajib makan. Kerja busy pun kena curik makan.

Siapa datang kerja dalam keadaan tak makan lepas ni , siap! - kata boss.

O,o

Uuu... ok. Jom makan.

Ps : dear friend, semoga cepat sembuh. Salamtik 
 — feeling lapar la pulak.




****************************************************************************************************

teringat kisah sendiri collapse depan specialist waktu surgical round. Memang tak sempat nak buat apa, terus terbalik ke belakang. Sebab tak makan jugak la. huhu

ok lah. yang lepas biar jadi sejarah dan pengajaran.

HO wajib makan.

sekian. =)
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images