J-room




Sudah pukul 2.30 pagi..

Sekarang berseorangan di J-room Hospital menguruskan seorang pesakit lelaki yang patah paha dan tengah 'high' sebab baru lepas hisap ganja sebelum eksiden.

Ya Rabbi, sebak sangat hati tengok seorang ayah yang sanggup nak dukung anak lelaki dia yang dah dewasa tak boleh nak berjalan ni untuk di bawa pulang sebab x mampu nak turun ke kerusi roda.

Mulutnya kadang-kadang marah tapi riak wajahnya benar benar dalam kesedihan. Tampak kelabu dirundung risau, apatah lagi si anak bising nak balik tak mahu duduk di hospital dan meracau-racau kemabukan.

Dua tiga kali dia dan anak perempuannya cuba nak dudukkan si abang yang kadang-kadang ketara kurang ajar dengan famili sendiri.

Maaf pakcik. Maaf, sebab saya memang teringin sangat nak sepuk anak pakcik ni. Tak sedar diuntung! Sampai hati dia kecewakan pakcik macam ni. Sampai hati dia malukan adik sendiri macam tadi.

Tengah-tengah malam Ramadhan orang lain kejar LailatulQadar, dia tertinggal dalam kemabukan nafsu sendiri. Kalau duduk diam takpe jugak, ini menyusahkan orang sekeliling. Sakit pulak hati kita ni.

Bangun la, encik. Bangun. Jangan dekat lagi dekat dadah tu. Kesiankan lah diri. Kesiankan lah famili.

Saya doakan moga sakit patah paha encik tu dapatlah bagi kesedaran yang dadah tu tak mampu nak bagi kerehatan pun.

Ini dah cukup baik Allah bagi izin selamat dalam eksiden kali ni walaupun banyak cedera. Allah masih sayangkan encik. Dia x kasi encik mati dalam keadaan mabuk dadah. Dia Maha Penyayang pada encik. Subhanallah...

Moga lepas keluar hospital hari ni, encik kembalilah ke pangkal jalan... aminn... (mohon doa dari kalian)

*tunggu PPK sambil pasang yassin*
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images