Hujan

salam







kenapa senyum?

hujan

ada apa dengan hujan?

harapan

tak faham aku orang bahasa pluto ni..



haha..


baiklah. begini ceritanya..


Kecik-kecik dulu bila hujan datang mesti seronok. Sebabnya boleh ponteng kelas mengaji. Eh alamak. Ternakal pulak. Lepas tu dulu kan kita duduk betul-betul rumah kampung depan sawah kan, ha bila hujan tu mak mesti buatkan kopi panas dengan pisang goreng atau keropok lekor. Sajian wajib setiap kali hujan waktu petang. Waaaa, terasa bagai di syurga gitu..

Masuk sekolah menengah, kawan-kawan baik kita ada satu habit suka merayau keliling sekolah setiap kali habis solat subuh hari Ahad. Ambil jalan jauh sikit untuk balik asrama. Kalau subuh tu hujan, keluar je dari surau lepas ceramah minggu pagi tu mesti kitaorang berjalan celah-celah kabus di jalanan. Hembus-hembus mulut keluar asap. Sejuk yang damai. waaa, seperti di luar negara gitu..

Tinggal 6 tahun di Jordan yang kering kontang, setiap kali ada hujan memang melompat. Yeah, musim sejuk dah datang maksudnya. 6 bulan tanpa setitik hujan, bila dia datang, macam nak peluk-peluk rindu selalu. Tak kisahlah sejuk tahap beku pun, hujan memang sentiasa di sambut penuh ceria. Macam jakun pun ada. Terus tukar fesyen, tukar stok pakaian dan hirom semua lah sebagai menyambut persediaan nak hujan sepanjang masa. Lepas tu bila tidur di celah hirom malam-malam seperti kepompong beluncas, memang sangat super selesa. Nak bangun subuh tu sampai boleh kata seeperti berjihad nak angkat selimut sebab tersangatlah tinggi nikmatnya. waaa macam lega sejuk-sejuk gitu..

 jadi, boleh bayang macam mana sukanya orang bila hujan tu datang?

kalau orang lain suka tidur waktu hujan, saya lain. saya suka study waktu hujan. cewah. Eh betul lah, dulu waktu hujan kat Jordan adalah waktu paling sedap nak study. Nak makan pun boleh tahan bertambah.

rasa tenang, damai, aman, bahagia, blablablbablablaa.....

apatah lagi kalau tengah serabut serabai dekat wad, hujan lah penenang dan pendamai.

..... sebijik macam hadiah dari tuhan. =)


sebab?

eh kamu tak tahu? hujan tu kan rahmat. Betapa banyaknya doa kita senang dimakbulkan. Best kan?

sebab itu saya suka hujan. suka sangat-sangat.


setiap kali hujan waktu saya di wad, saya akan bagitau pesakit saya :

" makcik, hujan ni... doa cepat kalau nak balik rumah. hihi"



nak hujan hari-hari boleh?

eh tapi kesian pulak dekat orang yang tak suka hujan. Habis baju tak kering.



ok takpe.



Tuhan, datangkan hujan setiap kali hamba-Mu ini tertekan boleh?


hehe.. Aminnnnnnn~









sekian.
saya-yang-suka-hujan


Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images