Cop di tangan kita




Bertukar-tukar boss in charge setiap bulan kadang-kadang memang akan menimbulkan resah.

Bukan apa..

Sebab kita dah selesa dan biasa dengan doktor yang sebelumnya. 
Takut-takut nanti terdapat pulak yg garang kang, kan naya je.

Jadi awal bulan macam ni memang akan sentiasa bergosip how to do n dont untuk setiap boss yang bakal ada. Prophylaxis la kiranya. :)

Tapi ada sorang kawan saya ini, pelik benar kesukaannya bila kami ada kerisauan yang sebegini.

Dia suka men-kaunseling-kan kita kalau kita risau. Bagus lah kan.

Yang anehnya bila dah habis kaunseling tu, laju sungguh dia cop tangan kita.

Kata dia, biar kenang kenangan bahawa saya sudah di-kaunsel dan semoga sentiasa ingat pesanan dia. Cewah. Haha.

Tapi betul....

Selepas je sesi kaunseling gila dia dan balik dengan cop di tangan, setiap kali ternampak cop tu waktu buat kerja atau tension tetiba, mesti tersengih balik teringat nasihat dia.

Siap ada nurse tegur "senyumm je doktor".. hehe. Kaunselor saya suruh senyum selalu. Biar ceria macam dia. Takdelah serius memanjang je.

Haha..
Thanks Yennie.

Siaplah.... next time kita cop tangan awak pulak. :p


Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images