Branula Specialist

5:44 AM 0 Comments A+ a-





Bila pesakit anda adalah seorang....

1. Yang telah menetap di hospital selama berbulan-bulan sampai berjilid-jilid fail dia ada
2. Tangan kiri dia tak boleh dikacau sebab nak simpan untuk fistula
3.Tangan kanan dia dah sangat berparut dan salur darah semua mengecut sebab sentiasa di cucuk di setiap salur yang ada selama berbulan bulan tak berhenti
4. Kaki kiri patah bersimen sampai lutut
5. Kaki kanan bengkak dari tumit sampai lutut sebab latest branula ter rosak d seluruh hujung kaki penuh dry ulcer
6. Femoral vein kiri tengah ada fem cath, yang kanan baru off fem cath.
7. Neck vein dah berparut sebab bekas trial of IJC
8. Pesakit anda sangat fussy dan banyak komplen teramat. Jangan melawan dia. Karang bising ya rabbi..

Bila dia complete ada semua ini dalam satu masa, everytime new branula dia required, it is our daymare...

Hari ini ditakdirkan saya takde senior. Bertugas pulak dengan para first poster. Mana mau lari?

First trial failed.

'Ingat eh doktor, 2nd ni yang last. Lepas tu saya tak mau. Saya tak mau, maksudnya takmau.'

Ewah... nak bubuh vanco kot encik. Kalau sy buat dono, kang saya pulak yang kena cucuk dengan boss. Ingat saya suka nak cucuk patient complete set of difficulty mcm ni. Cucuk blindly karang...

*anyway ini only dalam hati. Kalau cakap nanti diboikot plak hehe*

Ok encik. Saya try yang last. Hujung jari. Bahagian atas. Macam pakai cincin.

'Doktor, sepanjang berbulan2 saya duduk hospital, mana ada orang pernah cucuk area tu kat saya. Doktor biar betul..'

Ewah .... lagi sekali. Jadi yang saya buat berkali-kali kat wad sebelah, wad ortho, wad ong je tak pernah, setahun ni, sukses kebanyakannya saya buat ke patung ke apa ye encik?

Penat saya duduk berejam jam tengok salur darah mana paling boleh cucuk yang pt nephro ada walaupun sekecil branula biru sampai juling mata, kematu jari merasa rasa, sampai hati encik mempertikaikan kejayaan saya.. kecik hati. Cucuk sesuka hati jugak la karang kat encik ni..

Encik nak saya buat tak ni? Kalau x, sy panggil org lain buatkan, semua dah ada pengalaman cucuk encik berkali-kali, sure semua tahu. Saya je first time jumpa encik. Tak nak kasi can dulu ke?

-senyap- ok. Sekali ni je. Sekali je, ok. Faham?
.
.
.
.
.
Once. Settled. Outflow cun. Inflow cun. Vanco berlari-lari masuk ke dalam badan beliau dengan gembira tanpa halangan.

Ehem. Ok encik. Lega? Jari ni kasi relax je. Jangan bengkok2. At least tunggu ubat ni habis sebelum nak terkeluar2 branula lagi ye. *tegas*

Doktor, doktor... bleh tak ajar saya macam mana nak bagi jari ni tak bengkok selalu. Saya tak perasan tapi dia memg selalu terbengkok sendiri. Saya tidur tak sedar dunia. Macam mana ye doktor? Terima kasih ye doktor. Kalau macam ni, takdelah saya bising.

*ewah... kali ketiga. Tp yez~! Tiup hujung jari macam tiup asap pistol. alhamdulillah*

Nurse datang - uiks doktor, tak pernah nampak pun orang lain bubuh situ.

Shhh.. ini secret card . Janji ubat setel. So far takde boss bising lagi kat saya. Medikal je kot, bukan surgical base. Lagipun dia stabil. Kalau takut, sorok tangan dia nanti.

Bak kata Dr TEL ...

'Beb, jgan follow buku sangat. Follow your experience. Be creative. K. Chill man~'
Its might looked simple and nothing to you, but this kind of satisfaction are really cool for me.

Hello nephro ;^)

◎iloveworkinginmedical◎
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *