Balik



Setahun..

setahun saya tunggu bulatan bahagia saya bermula semula
dari zero 


bukan senang nak berkumpul macam zaman belajar dulu.
rasa macam satu kemenangan yang sangat besar untuk diri saya sendiri. 


saya bukan sebebas macam di Jordan. 
Nak keluar bila-bila masa, ke mana-mana sahaja pun tak apa. 


saya di Malaysia.
komitmen saya banyak. kekangan saya jugak berlambak.


ingat lagi beberapa minggu lepas, kami dah janji nak berjumpa. sekejap je. pukul 6 petang. tapi tiba-tiba Allah takdirkan ada sorang pesakit ni collapse waktu pukul 5.55 petang. Sampai dekat pukul 8 tak habis lagi kerja. memang kelu. Allah tak bagi rezeki lagi agaknya. sabar....


bila dapat berkumpul hari ini, 
allah..allah.allah.. terima kasih untuk kabulkan doa saya.


kerana dalam setahun ni, terlalu banyak benda yang jadi
dan selalunya dahulu saya cukup senang untuk bermuhasabah di dalam usrah


di situ, saya belajar rasa jadi manusia paling pendosa
di situ, saya belajar rasa bahawa harapan tetap sentiasa masih ada
di situ, saya belajar bahawa tak apa kalau kita tiada apa-apa
asalkan kita yakin bahawa Allah sentiasa mencukupkan kita


dan sebagai hamba-Nya yang paling kurang serba-serbi ini,
saya belajar terlalu banyak benda di sini


bersyukur dengan apa yang saya ada
dan bersabar dengan apa yang saya hajati


iman tetap akan yazid yankus

akan ada masanya juga saya suka memutuskan bulatan ni

tapi syukurlah Allah tak pernah biarkan terus

biar seminggu
biar berbulan-bulan
biar setahun seperti sekarang

pasti tetap ada peluang



terima kasih Allah
terima kasih orang-orang yang memudahkan 
terima kasih yang mendoakan


terima kasih sangat-sangat 
*senyum sampai tidur*


nah, sikit hadiah...










Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images