Anjung Indah

7:56 AM 0 Comments A+ a-

Salam




Pemandangan yang indah di gambar ini adalah salah satu tempat kegemaran saya di Pulau Pinang. Anjung Indah. Terasa sangat fantastik bumi ciptaan Allah setiap kali lalu sini. Rasa lapang sangat. Nak berfikir pun tenang.

Teringat saya pernah menulis tentang kerinduan pada lembah-lembah di Jordan kerana perasaan yang sama.



Currently is missing those canyons in Jordan...

where it teach me how to keep going n stay strong even though I'm partially blind to continue through the journey when I lost my specs...

where it teach me how all my problems in life seems 
so small when I stand at the peak of it..

where it teach me that God is greater than everything in this amazing looking scenery..

Where it teach me that life is beautiful even though it sounds dangerous and creepy..

where it teach me that in life, there will always be someone that always care n give you a hand, if u scared or even sad

and how they always make me feel great n happy once I'm able to get down sound n safely.

.


Dear canyon, may we meet again in the future and please keep all my secret safe in your nature.



Cuma sedikit sayang, macam biasa saya tak boleh berhenti untuk jangka masa yang lama. Tengah-tengah jalan raya kot. Masakan boleh berhenti tiba-tiba. Jordan lain lah. Tepi tebing macam ni yang selalu banyak bangku dan meja untuk melayan rasa. hehe

tapi... aduhai penatnya kepala saya!

sungguh saya tak faham tentang manusia. Ingatkan bila dah bekerja, saya lebih tahu dan lebih faham tentang mereka. Tapi, masih serupa juga rupanya, Pening saya,

tak faham macam mana kawan-kawan lain senang sungguh mendirikan rumah tangga. aduh.

kalau orang tanya, saya cuma bagitau saya hanya perlukan orang yang boleh memahami saya dan boleh mendekatkan saya pada pencipta. Itu sahaja, Ayah pula cakap saya perlukan 'cikgu disiplin'. Sebab saya selalu memeningkan kepala orang.  Haha. Bagus jugak. Tapi sampai sekarang macam jumpa bayang-bayang. Kejap macam ada, kejap macam hilang. Saya sendiri bingung. huhu..

takpelah..

biar Allah saja yang susun...

sepanjang perjalanan ni, banyak yang allah dah tunjukkan..

dan saya yakin Allah tetap ada untuk saya harapkan..


ada kawan pernah cakap "pergi la makkah madinah. Mengadu dekat sana. insyallah makbul,"

Saya cuma tersenyum. Hanya tuhan yang tahu betapa dari dulu hati ini merayu-rayu nak pergi sana. Setiap tahun dapat berita visa tak pass dari Jordan, kami menangis. Susahnya tak bermahram. Siapa tak cemburu tengok rakan-rakan bahagia pergi makkah madinah bersama suami atau keluarga tersayang. Seronok kot..

takpelah..

biar Allah saja yang susun...


Moga-moga susunan Dia lebih cantik dari perancangan saya. Amin...


Duduk di Anjung Indah, saya terbayangkan janji-janji indah dari Allah juga, Para masalah, sila beredar. Jangan sempitkan hidup saya. Biar senyuman tetap terlakar walaupun hati ala-ala nak rentung keliru dan tergantung. cewah...

sekian.


p/s: Gila berani saya berbicara pasal ni kat sini. Erk.. Tapi saya rasa macam dah tiada pembaca di sini. Kan? Mungkin saya dah boleh bercakap sorang-sorang di dunia Auriss Haira ni.. hehe.. takpelah. Kalau ada yang terbaca, shhhh... okay? =)






Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *