Anaphylactic shock



Duduk kubikel belakang selalunya rileka sikit dari kubikel acute. Pesakitnya stabil dan prognosis bagus.
Tapi kadang-kadang boleh tahan sakit jantung jugak kalau patient collapse kat belakang.
Macam tadi, kami ada patient datang sebab keracunan makanan je pun. Sangat stabil. Takde masalah apa-apa. Takde penyakit kronik dan tiada sejarah allergi.
Atas beberapa sebab, kami tukar antibiotik beliau hari ini.
Tak sampai beberapa saat lepas ubat dimasukkan ke dalam branula, tiba-tiba patient menggigil teruk macam sawan. Mengadu tak boleh bernafas. Tercungap-cungap.
Nurse panggil HO. Kebetulan MO pun tengah kat sebelah. Tengok patient.
Mak aii...apesal tetiba macam kena pam satu badan dia. Bengkak muka tangan badan leher semua. Laju betul patient ni punya reaction.
Dah start kelam kabut...
Check BP -dropping macam elevator.
Aiyo..
"Anaphylactic shock in da house!"
IV hydrocort up!
IV Norad up!
IV piriton up!
Last but not least, cepat-cepat hantar patient masuk acute cubikel. Nak collapse lebih-lebih, collapse sana ye. Huhu. Peralatan lebih berkuasa. Jom tolak katil macam usain bolt. Ketepi.. ketepi semua orang.. nenong nenong nenong.. *ceh padahal satu wad je. Eh tapi berat jugak lah.* - rindu pulak nak lumba katil macam cord prolapse. Haha
Setengah jam jugak la prepare semua benda sebab agak macam impending intubation. Troli emergency dh ready dah kat sebelah. Few HO dah ready dgn glove. Anaest pun standby.
Tapi Alhamdulillah.... patient bertahan dengan high flow mask oxygen. Nothing serious than that. Cuma kena monitor lagi kat sana. Fuh. Lega..
Akak ni la.... saspen kitaorang... kata takde allergic. Ni super power punya allergic ni akak. Boleh meragut nyawa. Akak memang berpantang maut sebelum ajal. Syukur alhamduliah..
nasib baik allah letak mo power setia di sisi. Kalau x, gelabah jugak. 
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images