Anak Solehah

7:44 PM 0 Comments A+ a-






Dah seminggu lebih jaga acute cubicle..

Ada suatu hari haritu, masuk seorang makcik yang nampak macam dah tak berapa stabil.

Selak-selak file, DIL dan DNR dah di-issued. Maksudnya kalau jadi apa-apa, jangan diselamatkan. Jangan buat CPR, jangan intubate. Biar shaja beliau pergi dengan tenang perlahan-lahan..

Apa yang buat saya melihat dia dengan satu pandangan yang berbeza, adalah kerana keluargnya.

Berbanding orang lain yang selalu sendirian, makcik ini keluarganya sentiasa ada di sisi.

Anak beliau, tak kira lah lelaki dan perempuan sentiasa bergilir-gilir menjaganya. Sambil mereka duduk, kadang mereka mengusap-usap kepala dan tangan ibu mereka. Penuh kasih. Sambil membisikna kalimah syahadah sepanjang hari.

"Mak.... ashhadu allah ila ha illa allah....." sambil tangan mengusap dahi si ibu penuh kasih.

Berulang-ulang dari pagi sampai ke petang. Dan saya yakin dari petang sampai ke malam. Sampailah ke detik ibu mereka pergi jam 4 pagi, saya pasti pasti mereka tetap melakukan bisikan yang sama dan usapan yang serupa.

Sebak.

Makcik mesti bahagia kan?

Anak-anak makcik semua ada. Semua sayangkan makcik tak terkira. Dari tingkah laku mereka, dari perbuatan mereka, dari kesabaran mereka, saya dapat rasa. Cemburu pulak saya.

Hati saya berbisik laju,

" Ya Allah, andai nanti sampai masanya, kurniakan aku lapang masa dan peluang yang serupa ya Allah.."

Moga-moga aku juga dapat berbakti jadi anak solehah sampai ke hujung nyawaku mahupun nyawa semua ahli keluargaku..


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *