Not so typical day of an HO

Salam everyone~

Im thinking of continuing my previous post of 30 questions...




12. Describe a typical day in your current life.


Tipikal hidup seorang houseman~
- keluar rumah pukul 6 (sebab jarak hospital jauhnya 30 minit dari rumah)
-balik kadang-kadang pukul 7 malam
-sibuk
-patient first
-kena marah selalu dengan boss n patient...


ah, doomnya menjadi seorang houseman~!


:)


Chill everyone~

Mari saya ceritakan apa hari-hari yang tidak tipikal pernah jadi sepanjang saya berkerja :

1. Sebagai houseman, saya perasan kami jauh lebih rapat dengan patient di wad berbanding boss. Kadang-kadang ada masanya kami yang diperlukan untuk mengambil masa yang lebih memujuk pesakit dalam sesetengah perkara yang adakalanya memerlukan keputusan yang menyesakkan dada mereka.

Walaupun hanya housemen yang cikai, tak hebat macam specialist, kadang-kadang yang cikai inilah yang dahulu nampak mereka menangis senyap-senyap. Yang cikai inilah yang sembunyi-sembunyi curi masa datang dekat tadah telinga dengar cerita sebenar mereka.

Apatah lagi kalau yang bercerita itu ibu tua yang lama tak dikunjungi anaknya di hospital. Sedih kita tengok. Sembang dengan kata seoalah bagai sembang dengan anak mereka, tapi bersama muka yang berbeza. Dan tiba-tiba ada yang peluk sebak sebab rindu dan ada juga yang tak putus berterimakasih sebab sudi melayan mereka yang sendiri tahu kadang banyak kerenahnya.

Walau tak mampu nak buat sesuatu yang sangat hebat, bila kita tahu kita dapat tolong rawat hati mereka pun dah cukup rasa happy teramat. Dan jikalau kita yang kecik ini berjaya memujuk mereka dalam suatu tindakan, itu adalah kepuasan yang amat tinggi tahapnya. Gembiranya seolah esok kita boleh nampak mereka terus sihat dan boleh balik rumah esok. Lagi gembira kalau semalam dia lemah tak bermaya, hari ini dah aktif ceria bertenaga. Alhamdulillah, terima kasih Allah bantu mereka... =)




2. Di Hospital ni,selain dari sering bertemu orang sakit, ada orang pernah bilang seolah kita ini hari-hari berselisih bahu dengan malaikat maut. Kau tak boleh nak expect siapa yang dia tengah tenung sekarang di acute cubicle. Dan kadang sambil  tengah CPR patient utk resus,  tetiba terdetik 'He's here. Izrail is here' Walaupun bukan kita yang mati, tapi tengok orang perlahan-lahan mati, akan ada satu perasaan aneh menyelinap.

Kita nampak siapa meninggal dengan susah payah, siapa meninggal dengan tenang. Kadang terfikir nanti kita macam mana ya? Macam pakcik ini kah? Macam makcik ini kah? Atas katil? atau atas jalan? Isk, nauzubillah..

Kadang-kadang yang tak disangka teruk itu juga boleh tetiba sudden collapse. pesakit-pesakit ni bukan boleh ditarget sebijik macam buku teks. Terutama kalau yang failnya menimbun segunung. Hari-hari kena fikir menyeluruh dengan risiko yang ada.

Hari-hari kita doa moga semua pesakit kita diberi kesembuhan,cepat-cepat keluar hospital. Tapi bila ada yang tak dapat nak diselamatkan, kita sedar diri siapa kita. Cuba tahan sedaya boleh, tetap jugak mereka meninggal. Allah... Kalau terlebih rapat, boleh menangis dekat situ. Terngiang-ngiang. Terbayang-bayang. Iyalah kalau mereka yang kronik, mereka itu jugalah kawan setia kita di wad. Tak banyak kerja lain begitu selain di hospital.


3. Duduk hospital, hari-hari juga boleh terbayang suatu hari nanti mungkin bakal jadi sama macam mereka. Manusia kan? Lebih kurang je pun. So bila kita tahu hidup ni roda, kita kena selalu ingat, kalau kau buat mcam ini pada diaorang, suatu hari nanti mungkin kau juga bakal dibalas dengan sama.

4. Kerja begini tambah juga dengan bilangan staff yang sedikit dan kerja yang teruk, hari-hari ada rasa nak give up. Tapi hujung-hujung nak balik tu, mesti Allah bagi satu kepuasan yang buat kau nak sambung balik kerja yang sama. Terutamanya bila bab memberi harapan pada mereka - kena jugak beri harapan sebab kalau tak pt akan lagi giveup. Kadang-kadang tu bila kita bagi harapan kat diaorang, kita terasa macam kita sendiri yang memberi harapan pada diri sendiri. Harapan tu kan penting. Tu je la bajet nak teruskan hidup yang mencabar.

Lagi special kalau tetiba patient plak bagi harapan kat kita. "Doktor sabar ya" . "Kuat semangat Doc, saya tahu doktor boleh buat" -nak menangis dengar. Dan saya memang pernah menangis terharu baru-baru ini bila ada patient membela saya dan memarahi balik boss yang baru lepas marah saya depan dia. Oh pakcik, I'll never forget your deed. Semoga pakcik cepat sembuh dan bangun dari koma. Amin...


Kesimpulannya, tak kisah la orang nak kutuk apa kata tentang HO. Ia masih something yang sangat deep dan baik ntuk kami. Kalau tak baik, takdelah Allah lorong ke sini kan?

Fighting dear HO!

You're the best!~
You gonna rule the world someday~!


SMILE  ^_^/
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images