Back For Good

8:52 PM 0 Comments A+ a-



Hala' Ya Malizia ..... !

Touchdown in KLIA on 27th June 2013

Tell the world I'm coming home.... Nay, I'm already at home! 

Home sweet home. 

=)

Dilemma

5:09 PM 1 Comments A+ a-


Salam



2007 dulu, rasanya kalau orang tanya nanti habis belajar nak sambung apa, laju je menjawab OnG!

Masuk medical school, waktu preclinical subject UGS jadi subjek kegemaran. Semangat tinggi.

Nak waktu clinical, rotation OnG satu-satunya subjek yang berjaya dapat buat nota lengkap sebelum habis round.

After 2 years round OnG, tiba-tiba ada rasa macam OnG ni macam bahaya je nak sambung.

Waktu tagging, dah mula perasan MO junior OnG yang sangat rajin, mak aiii panda eyes dia teruk amat. Tagging dalam klinik pulak, patient tak berhenti datang dari pagi sampai petang. Nasib baik Dr. Faheem kasi student balik jam 5 petang. Doktor-doktor memang kena tunggu sampai habis fail selesai.

Sembang-sembang dengan MO OnG yang rapat, terus-terang diaorang cakap kalau nak ambil OnG, kena tahan jumpa banyak risiko - 2 life, 24 hours, kerja vs family. Dan secara benarnya jugak, banyak kali diaorang hampir kecundang.

2 tahun jadi pemerhati dan cuba hidup dalam round OnG, dah boleh rasa stress setiap kali nampak Doktor pun stress dengan ibu-ibu yang stress dan family yang risau. Kadang-kadang benda kecik pun boleh jadi isu.

Final Oral Exam OnG, Dr Zuhair, the pioneer of IVF in Middle East tiba-tiba tanya 'habis nanti kau nak jadi apa?'. Soalan simple ni dekat 5 saat jugak kena fikir. Pertama sebab oral macam tak berapa perform. So tak berani jawab nak jadi OnG. Kedua sebab sejak klinikal dah mula rasa yang OnG bukan semudah yang pernah disangka. You better think first before you talk. Last-last, sebab undecided, terus jawab 'Anaest !'

Post-Grad, keluar isu OnG patut di-specialized by doktor perempuan sahaja. Sebab isu aurat dibangkitkan kenapa dah penat-penat jaga, tetiba biar dilihat dek doktor OnG lelaki. Seriously, memag terpanggil nak jadi  pakar OnG tapi keadaan dan realitinya ..... this is a big decision. Hati kena kuat, tekad mau hebat, dan famili kena sepakat. 3 elemen paling penting untuk masa depan seorang pakar OnG - yang mana rasanya macam tengah terumbang-ambing lagi sekarang untuk diimbang                    
   .

Yes or No?
Yes or No?
Yes or No?

Sekarang ni pun kepala tengah sarat fikir tempat mana nak kerja - dekat dengan rumah atau jauh? Larat lagi ke berjauhan dengan famili after 6 years balik setahun sekali? Ini baru as anak. Nanti as isteri? As Ibu?

Should I?

I wish I can only see Dr Harlina  Siraj depan mata - contoh terbaik pakar sakit puan wanita masa kini..
or Doctor Haifa - Pakar Sakit Puan Wanita yang power a.k.a satu-satunya lecturer wanita OnG di JUST..

Tapi masalahnya yang hebat-hebat cuma sekerat dua..
Yang belakang-belakang, lagi banyak problem yang dah kita tahu dan kita dengar dari mereka di sana..
Itu realitinya..
Dunia tak sentiasa ideal macam impian ciptaan kita
Orang-orang yang pernah masuk dan rasa sahaja tahu apa suka duka dunia sana...
.

Ni dah mula teragak-agak balik la ni...


Masih kekal mahu ke dalam OnG atau better fikir bidang yang lebih sesuai dan sama level dengan keupayaan kita?

~ Ya, saya tahu optimis itu penting. Cuma bila terasa dah sangat dekat-dekat macam sekarang, terasa berpijak di dunia nyata lebih selamat kalau dah tahu apa yang bakal menanti di dalam sana..Kata orang kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga...   ~



**Keep Thinking **


p/s: Tajuk ni confirm mesti masuk discussion dalam interview Induksi nanti... Baik fikir sekarang.













Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *