Tangled 2013

Salam


Alhamdulillah~

Satu minggu yang penuh pancaroba
6 tahun duduk Jordan
Seminggu ini lah yang paling memenatkan

Oral Exam hari-hari dengan rotation yang berbeza

19/5 - OnG
20/5 - Pedi
21/5 - Internal 
22/5 - Surgery

Belajar sampai nak muntah dalam masa less than 24 hours 
Balik exam, tidur sejam dua, bangun study yang lain semua
 tidur jauh terlebih lambat dari biasa
bangun jauh terlebih awal dari biasa

Kalau nasib tak baik ber-Oral dengan Dr yang langsung tak menenangkan diri
ditambah dengan soalan yang kadang-kadang terkeluar sisi bacaan studi
Balik rumah, pecah.. 

* Mental Breakdown * 

Nasib baik system support sekeliling terbaik
Housemen di Malaysia nanti mungkin lebih teruk
Bersabar lah
Sikit sahaja lagi

Habis exam 22/5 pagi, bersukaria dengan rakan-rakan di University
keputusan nanti? ah, abaikan seketika
Alhamdulillaah masih hidup waras sekarang

balik rumah, buka facebook
dapat pula berita nenek kesayangan baru meninggal dunia
tepat beberapa jam selepas saya habis periksa

Allahhh....~

* Mental Breakdown lagi * 

Dugaan apa ini ya Tuhan??
Berat nanang amat nihhh.... 

Allah.Allah.Allah.Allah.Allah

Malam habis exam, berkumpul dengan rakan-rakan
Solat hajat perdana
Dapat berita esok result akan keluar
Kembali stress
Sama macam waktu periksa
Risau

*Mental breakdown lagi *

Siang 23/5
Masing-masing berkumpul di University
menanti keputusan
debarannya ya allah....

Dan akhirnya
dengan kertas result yang ditampal di papan notis fakulti
dengan rakyat jelata yang berasak nak tengok keputusan sendiri

aku jumpa:
Ainul Arina Madhiah -  LULUS !



Allah.Allah.Allah.Allah...
(sujud syukur)

Call mama di kampung untuk bagitau


Mama berkata perlahan sambil ketawa:
 " Tahniah Arina, kalau nenek dengar ni mesti nenek bangga... "

* Mental Breakdown lagi *

Dunia
Diam


Aku tak tahu nak buat apa
Hanya mampu gigit bibir sendiri
Air mata dah habis tumpah sejak semalam

Kalau aku boleh terbang, sekarang jugak aku tinggal Jordan ni. 
Ini agaknya yang mama rasa dulu bila abang mama meninggal waktu dia periksa.

Nenek, sorry for bothering.. but I did hope nenek boleh tahan lagi sebulan lagi
Sebulannn je....
Tapi.... tak pelah
Allah kan lagi sayang nenek
Arina lepaskan. 
Semoga nenek bahagia dekat sana. 

Aku?
Kau tahu?
Kegembiraan dan kesedihan
Bila engkau gabungkan
Macam langsung tak ada perasaan


Mak Ana pesan :
" Arina, yang pergi tetap pergi. Yang hidup kena teruskan perjuangan "
" Nenek sure bangga dengan cucu pertama doktor dia " 
" Appreciate the moment "
" Ini mungkin kali terakhir juga kita melihat Jordan... " 


Entah kenapa rasa macam ayat Poster MMJ tu tengah lempang-lempang diri sendiri
Act upon your word, Arina.

Buktikan. 


Fine...


* Insert senyum plastik*


Semoga segulung ijazah yang aku terima sekarang
akan mengembalikan segaris senyum di wajah mereka yang aku sayang

....


(Terus terang, garduasi kali ini adalah graduasi tanpa famili. Dari dulu dah diputuskan. Entah kenapa walaupun sebenarnya terselit sedikit harapan, tapi terpaksa bajet redha sebab dulu mama abah juga bergraduasi di luar negara tanpa sesiapa. Tambah-tambah ada dua candidate SPM dan PMR di rumah. Tapi hari ini, hikmah kenapa dari awal tahu sudah diberitahu dididik awal-awal mungkin mama abah tak boleh datang, baru aku jumpa. Tak sampai hati nak paksa mereka datang kalau di Malaysia ada keutamaan yang lebih utama, apatah lagi waktu semua orang tengah sama-sama berduka. Terima kasih Allah, aku redha ...)

** tribute untuk nenek, simpan dulu. Takut Jordan dah tak nampak depan mata *


Next,
Majlis graduasi
Akan datang tak lama lagi

Yallah
dah boleh mula say bye everybody..

Bye.


.










Thunderstorm



Rembang petang

13 Mei 2013

Study bersama iringin guruh

Hujan mencurah-curah

Thumderstorm tu ha instaweather tulis~

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Pokok makin hijau

Eh macam winter!

the longest in history, tapi sebenarnya sekarang nak masuk summer

takpelah.

Ini kan rezeki Allah kasi.

Yalla bye, khamis ni final OnG~

-banyakkan baca doa time hujan. Barakah.Barakah-

Hujan di Bulan Mei

Salam..

Alhamdulillah, untuk final ini tiga paper dah selamat. Ada lagi satu paper Mcq berbaki. Dan lagi 4 sesi oral untuk diharungi. Tak sabar nak habiskan cepat.

Takut sebenarnya.

Tapi bila dalam cuaca panas waktu spring ni yang kadang-kadang cecah dekat 30 degree, tiba-tiba Allah turunkan hujan seminggu sekali.....Subhanallah. Tenang rasa.

Setiap kali hujan mesti bukak tingkap luas-luas. Biar semerbak bau hujan dalam bilik. Bukan selalu hujan turun. Nikmat nih.

Dan juga pemberi semangat yang Allah tu sentiasa ada dan boleh bantu kita. Hujan yang tak pernah datang sepatutnya dalam musim spring tapi tahun ni boleh datang jugak, apatah lagi lah benda lain kan?

Put Yout Trust In Him...

Dia pemegang ilmu.
Dia pemegang hati.
Dia pemegang ilham.
Dia pembuka pintu rahmat sekelian alam.


Allah yusturna, insyallah....

Salam 1 Rejab.

Final



salam




tengah-tengah khusyuk study final , tetiba ternampak ....

.
.
.
.

Kebabom!

* insaf *



Tag

TAG.........

Ask away.

1) Put your iTunes on shuffle. Give me the first 6 songs that pop up.
Monalisa , On Rainy Days, Nero, Dream High, Sky is Falling Down 

2) If you could meet anyone on this earth, who would it be?
Sekarang? Family!

3) Grab the book nearest to you, turn to page 23, give me line 17.
.. mostly in elderly patients. Women are affected more than men with this tumor. Anaplastic... 
(Kaplan USMLE Step 2) - heh. nerdat ya amat! 

4) What do you think about most?
Grad. Grad. Grad. Grad. Grad. Grad. Grad.

5) What does your latest text message from someone else say?
" Salam. Yong... guane cerita? " -Fathiyah

6) What’s your strangest talent?
Detektif Persendirian cari orang-orang yang suka sembunyikan identiti. 

7) Girls…. (finish the sentence); Boys…. (finish the sentence)
Girls ...... rock!  Boys..... weird! I don't understand them.

8) Ever had a poem or song written about you?
About me? Never.  About others -  always. Sewel ke apa nak tulis pasal diri sendiri.  Itu poyo.


9) When is the last time you played the air guitar?
Air guitar? Apekah menatang itu?

10) Do you have any strange phobias?
Tak boleh dengar orang cakar papan hitam. Ngilu....

11) Ever stuck a foreign object up your nose?
Pen?Zaman kecik-kecik la tapi... -_-'

13) What’s your religion?
Islam

14) If you are outside, what are you most likely doing?
Jalan-jalan. Cuti mata. Beli Barang. Jumpa orang. Makan. 

15) Do you perfer to be behind the camera or in front of it?
In front. =p

16) Simple but extremely complex. Favorite band?
2PM 

17) What was the last lie you told?
Ok je lagi ni...

18) Do you believe in karma?
No. But I believe in Allah's law. Baik dibalas baik. Jahat dibalas jahat. Adil walau sezarah. 

19) What does your URL mean?
Nama pena je pun. 

20) What is your greatest weakness; your greatest strength?
Cepat terasa;  Cepat minta maaf dan elak gaduh lama-lama. 

21) Who is your celebrity crush?
KJW

23) How do you vent your anger?
Makan. (patut la payah nak kurus... tsk)

24) Do you have a collection of anything?
Book, stamp, postcards, fridge magnets, keychains, letters, travel pamplets, etc etc.....
erk,  Kaki pengumpul betul!

25) Do you perfer talking on the phone or video chatting online?
Family- video
Kawan- Talking on the phone. 
Strangers / Someone tak rapat- Mesej

26) Are you happy with the person you’ve become?
Yup! Tapi kalau lagi better lagi bagus kot.

27) What’s a sound you hate; sound you love?
bunyi microfon rosak nyaring; bunyi air terjun

28) What’s your biggest “what if”?
What if aku tak amik medik?

29) Do you believe in ghosts? How about aliens?
Semuanya makhluk Allah. Maybe ada. Makhluk halus kan wujud je.

30) Stick your right arm out; what do you touch first? Do the same with your left arm.
*goyang tangan* errr.. tak kena apa-apa pun. Sebab tengah duduh tengah-tengah bilik. 

31) Smell the air. What do you smell?
Perfume bilik

32) What’s the worst place you have ever been to?
Kawasan pelarian Syria duduk kat Jordan... Sob3. 

33) Choose: East Coast or West Coast?
East Coast

34) Most attractive singer of your opposite gender?
Anyone suara macam Daesung

35) To you, what is the meaning of life?
Hamba Allah

36) Define: Art.
Creative. Out of Box. Minor

37) Do you believe in luck?
Yes. Kira rezeki dari Allah la untuk sesiapa.

38) What’s the weather like right now?
Panasssss T_T

39) What time is it?
6.31 petang. Eh alamak! Ada iftar BKAPJ

40) Do you drive? If so, have you ever crashed?
No. Tapi tak drive pun pernah je crashed.

41) What was the last book you read?
Adik Datang - A Samad Said

42) Do you like the smell of gasoline?
Nope. Tapi bau minyak petrol boleh tahan best. Isk, bahaya!

43) Do you have any nicknames?
A lot. The Latest - Cinul

44) What was the last movie you saw?
Spellbound. Citer Hantu. Sambil Mahera teman dekat sebelah. Lepas exam. 

45) What’s the worst injury you’ve ever had?
Patah selangka. Kena jahit kaki. Accident. 

46) Have you ever caught a butterfly?
yes!

47) Do you have any obsessions right now?
yes!  Nak cepatkan habis exam!  Huarggggh, I need a life!

49) Ever had a rumor spread about you?
Of course. Time sekolah rendah.  And I managed to catch the person behind it. Confront face to face. Kan dah kena!

50) Do you believe in magic?
half.

51) Do you tend to hold grudges against people who have done you wrong?
Depend. Kalau yang simple, no lah. Tapi kalau yang over dan asyik tak reti nak sedar sendiri, I do. 


sekian. tag bosan lepas study. bye.

Kun Fayakun


salam



Allah punya rencana pasti ada yang di  luar jangkaan kita kan? 

KUN FAYAKUN ~


banyakkan ibadat,
bersihkan hati,
sedekahlah selalu

Insyallah, Allah pasti akan membantu kamu. 


.
.
.
.
.
.
.

 ( dari penulis yang risau )

bukan sekadar isu exam dan isu negara
tapi jugak isu Jordan.

Allah yusturna, Amin...


;


p/s: Surat dari MPMMJ untuk seluruh Malaysian Jordanian tentang isu Israel-Syria


Mpmm Jordan
Assalamualaikum WBT

Sehubungan isu Syria-Israel, warga MPMMJ dinasihatkan untuk berada dalam mode berjaga-jaga.Kebimbangan berpunca kemungkinan ruang udara Jordan digunakan dalam pertempuran Israel-Syria.

Pihak Kedutaan mengarahkan penubuhan 'Skuad Bencana' diperingkat Persatuan Zon.Skuad Bencana melibatkan 10 orang yang dilantik dan dipengerusikan oleh Presiden-Presiden PZ.Surat butiran akan dikeluarkan oleh pihak EMJ esok pagi insyaAllah.

Pelan evakuasi hanya akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Jordan.Setakat ini pihak berkuasa Jordan memaklumkan situasi masih terkawal.Marilah kita berdoa semoga dipelihara daripada sebarang malapetaka. 




- Mohon doa dari semua, moga-moga Jordan terselamat dari sebarang pergolakan. Ada lagi sebulan nak habis belajar nih. Bagi la semua orang grad dulu.... Isk.-


Insyallah, Allah ada menjaga kita. 
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images