The Last KARISMA

11:25 PM 0 Comments A+ a-


salam



Irbidians Netballerz KARISMA IV
26-April-2013


Allah je yang tahu betapa gian dan gatal nya tangan ni nak main netball dalam KARISMA
tapi tak berani nak ambil risiko penat berlatih/main sebab tengah final exam

Dan bila final pedi 24hb, result OSCE internal med keluar 25hb, 
dan final internal med adalah 1 May - ada selang seminggu
terasa terpanggil-panggil nak pergi KARISMA
setakat menyokong sehari pun jadi lah

Lagi pun ini kan KARISMA terakhir diri sendiri
5 tahun berturut-turut join
tahun terakhir pulak tak ada rezeki nak main
dan terbayang lepas kerja ni ada masa ke nak main?

Fine, tengok saja lah sehari.
Bagi support untuk adik-adik pun dah cukup
Lagipun tak tahu kenapa dalam hati yakin sangat Irbid might be juara tahun ni, biiznillah..


As the picture speaks,
alhamdulillah.... I've been there with them
sambil bukak buku tepi court
(walaupun malu giler semua tegur bila nampak budak tahun 6 turun padang)


and alhamdulillah, they won ~ !!!
yeay !!

Congratulations, girls.. 
So proud of you. 
Every one, every group. =)

Semoga terus sukses in the future.
I'm sure I'm going to miss every single things about netball in KARISMA

Happy sangat dapat turun jumpa teammate lama dan kenal netballers baru.
Hebat-hebat semuanya. 

and seinfiniti terima kasih untuk Sarah Razak - PIC netball
yang sebaya dan sentiasa support saya bila segan dekat sana. haha

oh lupa, untuk my second team - Volleyball
Tahniah jugak sebab jadi juara. Korang memang power!

and to all Irbidian Atheletes, Mabruk!
Alhamdulillah Irbid juara KARISMA 2013. 

.
.
.
.

okay. back to books.

1 May ni Final Internal Medicine.
Kena make sure exam pun kena 'menang' jugak.
Doakan ya~

tq.


Attitude

10:50 PM 0 Comments A+ a-





Just finished my Pediatric Final exam yesterday.

Hari ini ada terbaca pasal isu orang complain layanan double standard kepada student Middle East sebab kononnya tak ada foundation terus boleh fly. Jordan pun katanya. Aih, tak la....

(Jordan punya silibus tahun satu semua subjek sama je dengan foundation A-level.)

Tapi yang lebih tak sedap mata, bila terbaca isu racism yang naik sekali dalam tu.

Meleret-leret plak sampai ke tajuk lain.

Tapi semua berbau 'I hate you, You hate me. Let's hate each other'


Ya Allah....


sampai bila lah manusia nak ada perasaan dengki sesama sendiri.

Kalau tak puas hati pun, perlu ke sampai nak blame orang lain dan seret orang kasi jatuh?

or even blame the surrounding?



It's all about attitude, man...



No matter how difficult it is, kalau your attitude is good,
nothing can stop you from success.


Lagi pun, success itself is a journey, right?


Abah selalu pesan,
Jangan biar keadaan kawal kita
biar kita yang kawal keadaan. 



Even dalam life as a doctors sekalipun sekarang,
lagi dekat saya nak masuk dunia sebenar, lagi banyak saya cuba baca and review the other's view 

Doctor's life ain't gonna be easy, yes I know.

But I hope I'll manage to handle it someday. 

Biiznillah, Insyallah~


For example, saya suka tengok cara Dr Halina view her life in her blog. 
Saya x pernah nampak dia mengeluh how bad her life is
even  I believe everyone must have their own problem
Kalau dia nak membebel pun, it's more to membebel yang biasa.
Yang sekadar lepaskan tension sekali, then sambung life macam biasa. Happy.
She is funny, out-going, and cool. 


Yeah, sebenarnya saya yang tak suka baca something yang buat kita rasa down. 
haha
siapa suka?


Attitude. Attitude. 
Strive for it.


No matter how bad it is,
semoga Allah sentiasa permudahkan untuk kita.

Amin.~

=)

Fighting!


* next exam 1 May. yosh*




Final Battle

8:31 AM 3 Comments A+ a-


salam



mulai 24 April ni, saya dan kawan-kawan akan menghadapi peperiksaan akhir 
pelajar perubatan di  Jordan. 

Mohon doa-doa dari kalian

Semoga urusan kami dipermudahkan 
dan semua orang dalam batch kami lulus cemerlang 
dan berjaya graduasi dengan bahagianya insyallah Jun ini

Amin...~

Beauty

1:14 PM 0 Comments A+ a-


Salam

Just a simple video to share ~



Lovely, isn't it?

=)

Hari Terakhir Hospital Askari

2:02 AM 1 Comments A+ a-

salam



" Nanti habis, kau datang sini lagi tak? " 

" Buat apa? Lepas habis ni balik Malaysia la, Doctor. "

" Datang la sini balik dulu. Just untuk ucapkan Selamat Tinggal.  " 

" ....... "

  ಥ_




( Drama hari-hari terakhir di Hospital Askari )

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






- tak sempatlah nak cerita panjang pasal hospital best ni. Habis exam nanti lah. Insyallah -



14, 15 April - OSCE & Mini OSCE Internal Medicine
24 April - Mula Final !!
(doakan.doakan.doakan)

Sama tapi Berbeza

12:15 PM 0 Comments A+ a-


salam





Hari ini..

Seorang pakcik driver teksi Arab menipu saya
Diambilnya duit tambang lebih dari yang sepatutnya
tanpa rasa bersalah
selamba
menzalimi saya


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

* angry mode reactivated! *

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

eh ,  baru teringat !


Semalam 

Seorang pakcik driver Arab bersedekah pada saya
Saya tersilap bagi duit tambang sikit dari yang sepatutnya
Dengan rasa bersalah, saya kelam kabut mencari baki untuk diberi
tapi dia hanya tersenyum lalu berkata 
" Tak mengapa, kamu boleh pergi. Cukup lah sebanyak ini "




Subhanalah~
astagfirullah~ 
Allahu Akbar~ 

~ Dua manusia berbeza dari sebuah muka bumi yang sama ~

Aku bersaksi atas keduanya

Ya Allah,
Semoga mereka sentiasa dibawah permerhatian-Mu..

Amin




Irbid, Jordan





xoxo

12:00 PM 0 Comments A+ a-


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *