Don't eat alone


Salam


Beberapa bulan lepas, saya ingat lagi..

Ada seorang kawan kami tengah makan something dalam kelas.
Sorang-sorang dia.
Orang lain semua tengah buat kerja lain. 

Then, sorang kawan Arab tegur:
" Kau tengah makan apa tu?  Tak nak bagi kami sikit ke? "

Tak sempat yang tengah makan menjawab,
kawan Arab tu sambung lagi

" Kau tahu tak pepatah Arab ada cakap  !الي بياكلوا لحالو بزور  "

tersedak terus orang yang tengah makan tu. haha.

kami yang dengar pun tergelak sama. 

Tahu apa maksudnya? - He who eat alone, he'll choke to death -

Pergh, menakutkan!

Agaknya sebab tu la kot orang Arab ni suka offer makanan mungkin? 

(lepas ni kalau ada yang teringin nak rasa makanan kawan tapi tak dipelawa, maybe boleh mintak berlapik sambil guna peribahasa ni )

hehehe~

***********************************************************************

Terbaca cerita ni dalam facebook.  Orang share. Menarik.  Jemput sama. 



 This story will warm you better than a coffee in a cold winter day !


We enter a little coffeehouse with a friend of mine and give our order. While we're aproaching our table two people come in and they go to the counter :
'Five coffees, please. Two of them for us and three suspended'
They pay for their order, take the two and leave. I ask my friend:
'What are those 'suspended' coffees ?'
'Wait for it and you will see'
Some more people enter. Two girls ask for one coffee each, pay and go. The next order was for seven coffees and it was made by three lawyers - three for them and four 'suspended'. While I still wonder what's the deal with those 'suspended' coffees I enjoy the sunny weather and the beautiful view towards the square infront of the café. Suddenly a man dressed in shabby clothes who looks like a beggar comes in throught the door and kindly asks
'Do you have a suspended coffee ?'


It's simple - people pay in advance for a coffee meant for someone who can not afford a warm bevarage. The tradition with the suspended coffees started in Naples, but it has spread all over the world and in some places you can order not only a suspended coffee, but also a sandwitch or a whole meal.

Wouldn't it be wonderful to have such cafés or even grocery stores in every town where the less fortunate will find hope and support ? 
If you own a business why don't you offer it to your clients...I am sure many of them will like it :)

source : facebook

********************************************************************

wassalam

Bosan


WORLDLY LIFE
(ditujukan khas untuk orang y tengah rasa "wargh apesal bosan sangat donia ni sekarang?")
(saya lah...)




How beautiful , is this worldly life
but not a soul shall remain
We've all come into this world
only to leave it one day

i can see that everything around me
rises than fades away
life is just a passing moment
nothing is meant to stay , oh

Chorus
*This worldly life has an end
and it's then real life begin
a world where we live forever

*This beautiful worldly life has an end
its just a bridge that must be crossed
to a life that will go on forever

So many years,quickly slipping by
like the Sleepers of the Cave
wake up and make a choice
before we end up in our graves


O God! you didn't put me here in vain
i know i'll be held accountable for what i do
This life is just a journey
and it's taking back me to You

*

so many get caught in this beautiful web
its garden become an infatuation
but surely they'll understand at the final stop
that its garden are meant for cultivation,oh


Chorus
This worldly life has an end
and it's then real life begin
a world where we live forever

This beautiful worldly life has an end
its just a bridge that must be crossed
to a life that will go on forever



Chorus
This worldly life has an end
and it's then real life begin
a world where we live forever

This beautiful worldly life has an end
its just a bridge that must be crossed
to a life that will go on forever



( how come kau boleh rasa boring sedangkan banyak kerja nak kena buat sebelum dipanggil?)

istigfar

study pun tak masyi lagi, nak tension-tension plak.

Mintak la dekat Allah ganti hati kau jadi baru biar rajin sikit belajar. 



Spring Waltz - Jordan

Assalamualaikum~

Sejak Jordan masuk fatrah musim bunga sekarang
memang selalu sangat jadi orang gila bila keluar rumah

senyum sorang-sorang
belek bunga lama-lama
pandang awan macam tak pernah jumpa
kamera pun on sepanjang masa

kalau tension,
keluar je dari bangunan boleh terlupa masalah yang ada

Subhanallah~

Alam memang tak pernah mengecewakan!
Tambah-tambah bila masuk musim bunga~


sakura 1


sakura 2


Eh, ini Jordan ke Jepun? 

Tengok nama University dah sama J depan N belakang... 

Nayyy~ This is Jordan! =)



pintu depan University - gabungan pokok tamar dan sakura


Jalan Utama depan Pintu Gate University

Look at the sky. Clear crystal! Blue~ Licin.


Menunggu bas dalam University penuh. Waktu petang. Sepoi. 

Langit tetap macam lukisan



The Masterpiece of God! 
CaptureD dalam bas. Rasa nak loncat keluar.

* pengsan sebab awan lawa sangat*


Hari-hari keesokannya. Masih di dalam bas. Ralit pandang awan tebal.


Rembang petang. Baru balik Library. Jalan mendongak lagi.



Next day, mengulang rutin yang dah jadi habit untuk dua tiga minggu ini.

Stalk the clouds.
Stalk the clouds.
Stalk the clouds.

-khusyuk sangat sampai orang datang minta tambang pun tak sedar-


Allah. Allah. Allah.
Subhanallah.
Cair hati


- sekian -
peminat awan

** Dah tengah malam bila tension study ni, nak kluar rumah rumah tak boleh. So, belek album luar rumah jadikla.. **


p/s: Untuk negara-negara Tanah Utara yang masih bersalji, diharap bawak banyak-banyak bersabar ya~
Terutama kat Russia yang salji dah menimbun sampai ke lutut tu. Jaga diri. 
-------------------------------------------------------------------------------------

Final exam Medic! - Bermula 24 April ni
(takutnya Ya Allah)

Lagi tambah stress bila JUST masih sesuka hati tukar-tukar jadual tak berenti dari minggu lepas. 
Sabar je la... 
-_-'


- doakan kami ya. Tq~-





May You Rest In Peace

salam



Baru habis discussion case.
Sedang berjalan dalam group dengan Dr Mahmud 'Aish
menuju ke beberapa katil patient yang Dr muqim kata ada sign and symptom yang jelas
di wad medicine 
nak pergi check Physical Examination pulak

-katil pertama-

Seorang pakcik tua kelihatannya sedang tidur sangat nyenyak.
Tak terganggu langsung dengan suasana bising katil sebelah yang ada tetamu
Muka dia putih sangat
tapi saya perasan kaki dan tangan dia pun putih semacam jugak
terdetik dalam hati
"uiks lainnya putih pakcik ni, macam arwah Fatimah dulu waktu meninggal..."
eh astagfirullah..

Assalamualaikum Haji~ tegur Dr Mahmud untuk mengejutkan dia
-tak terjaga-
Haji, ni student datang nak jumpa kau sekejap, nak blajar~ kata Dr Mahmud lagi sambil menggerak-gerakkan pakcik tu supaya bangun.
-tak terjaga-
tiga empat kali Dr panggil dan tepuk-tepuk. Tetap tak jaga. 

uish, lena sangat pakcik nih! getus salah seorang kami

dalam hati saya, terasa sesuatu.
kenapa macam....... dia takkan terjaga nih?
sebab firasat saya kuat rasa putihnya seluruh badan dia sekarang bukan putih biasa
ini macam putih Edward Cullen dalam twillight
atau lebih sarahah lagi, putih orang-orang yang dah tak bernyawa
p.u.c.a.t   m.a.y.a.t

saya nampak Dr Mahmud pegang tangan dia senyap-senyap
check pulse
muka Dr Mahmud berkerut sesaat dua
Beliau panggil Dr muqim yang sedang check patient dekat katil lain di bilik yang sama
cuba dia tengok dia, kata Dr
Dr Muqim check pulse. 
Pulseless! I'll call CPR
terus Dr Muqim bergegas keluar bilik 
Dr Mahmud testing lagi 
kali ini sternal stimulation - yang sepatutnya sangat sakit
tapi pesakit tetap kaku.

Allah..

Macam mana Dr? tanya kami
CPR, balas Dr ringkas sambil mula bergerak keluar selepas menarik tirai-tirai katil 
dan mengasingkan pakcik ni dari orang lain
Pakcik tu? bisik kami curious
'allahuyarhamhu~' Dr menggeleng perlahan.

Jom pergi ke patient lain, arah Dr Mahmud,
sejurus team CPR datang dan pengumuman Code Blue dikeluarkan

Dr Mahmud bergerak ke bilik lain 
Kami mengikut
dan ada jugak yang curi-curi pergi tengok CPR
ah, pintu bilik kena kunci pulak.

Bila habis dua tiga patient, saya bertanya pada kawan yang pergi mengintai
tentang pakcik tadi
Dia mengangkat bahu tanda tak pasti
'tapi tadi aku rasa aku dengar patient tu tak survive

Innalillahiwainnailaihiraji'un..........~

Selamat jalan pakcik.
Semoga Allah golongkan pakcik di kalangan hamba-hambaNya yang beriman
May You Rest in Peace

Pakcik ni meninggal dalam tidur, tak disedari sesiapa pun
kecuali bila kami datang untuk berdiscussion di katil dia
case of lung cancer
Entah bila dia pergi
sebab pagi tadi waktu saya round cari patient, rasanya macam tak terjumpa pun patient tidur.
Satu-satu saya tengok. Ok je.
Tapi serius tak perasan pakcik ni tadi

kasihan ahli keluarga dia
Mungkin tak tahu yang waktu diaorang tak ada tadi lah waktu pakcik ni pergi
Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk mereka sekeluarga.

Amin.

Al-fatihah~


Congratulations~


Salam Sabtu Mubarakah~!

(^_^)/

Berpagian dengan gambar-gambar sahabat sebatch Jordan yang tengah berwalimah di Malaysia hari ini


Mabruk untuk Farihah dan senior Nik Hadi~




dan juga mabruk untuk Bos Besar Kot Putih, Syahmi dan co-writer, Atiqah Nazeri ~
(lepas ni boleh lah korang dua tulis novel lagi. hehehe)





dengan ucapan tulus ikhlas dari kami dekat Jordan yang x dapat pergi,

Semoga terus berbahagia sampai ke syurga~  (^_^)





Musibah



Allahu akbar. Allahu akbar.


Innalillah ....atas musibah pecah rumah yang tengah keluarga saya hadapi baru-baru ini.

Alhamdulillah ...mama abah x apa-apa sebab Allah susun cantik mereka tengah takde dekat rumah waktu tu.

Astagfirullah .... semoga orang tu diberi hidayah oleh Allah.


Rasa macam nak balik Malaysia bila dengar. Kesian mama trauma sebab mama orang first nampak benda ni jadi. Mesti rumah macam tongkang pecah sekarang. Dah sehari dua semua tidur rumah tok sebab rasa semacam dengan rumah sendiri. Nasib baik Aiman sekolah sebelah rumah, boleh jugak temankan mama dekat rumah waktu abah takde. Ada hikmahnya kan Aiman dekat situ sekarang. Dia je yang dapat diharap waktu ni sebab adik-beradik lain semua jauh-jauh.  =)

Ya Allah, semoga Allah kuatkan hati mama dan abah lalui semua ni.... dan semoga Allah terus lindung ahli keluarga semuanya dari apa-apa bencana atau malapetaka yang ada. Aku serahkan sepenuhnya ya Allah pada Engkau,  Yang Maha Pelindung. Amin ya rabb~ 



*doakan sekali ya. Terima kasih*

Where is Allah, now?


Aku ingatkan Malaysia.....

Salam


Isnin 17 Mac 2013
Jam 3.00 petang
Dalam lif
Lepas habis muhadharah



Tengah sembang dengan ramai-ramai budak Melayu.
Entah kenapa harini semua orang Arab lain dalam lif macam semangat nak tegur kami.

Miss A : Korang Malaysia kan?
Miss B : Aku pernah pergi Malaysia! 
Miss C : Bagus-bagus budak Malaysia ni...

kami : *sengih*

Miss B : Eh tapi kan Miss C, aritu time aku pergi Malaysia aku terkejut tau.

kami : kenapa?

Miss B : Aku bajet semua orang kat Malaysia pakai tudung, tertutup litup, sopan macam kat orang Malaysia kat sini (Jordan). Sekali bila aku sampai, terkejut aku! Tak rupanya. Ada je yang free hair, baju skirt blablabla... *sambil excited cerita*

Miss-miss lain : Oooo...

Miss B : Kenapa macam tu ye? *sambil pandang kami*

Kami : * Sengih je lah lagi sambil kuis-kuis lantai*

Jawapan standard - Alah, macam Jordan jugak lah~ >,<



Seruan Silam



and what about any evil that I've done to another? 

astaghfirullah..
astaghfirullah..
astaghfirullah..


 ' Harap dimaafkan dosa-dosa saya. '

 kalau lah semudah ini mahu meminta maaf pada manusia. Bahagianya.
Tentu takkan wujud nama-nama yang saya mahu elak dari berjumpa sampai bila-bila lantaran terlalu malu dengan kesilapan lama. 

Semoga Allah memaafkan hamba-Nya yang lemah ini. 

Cursing

Salam

Kelmarin lepas ada terbaca tentang kes gambar bayi tercabut branula yang tengah viral dekat facebook.

Scroll dekat komen, amboi aih bahasa diaorang.... /(>o<)\  *malu nak baca* 

Peliklah.

Kenapa senang sangat ya orang menyumpah seranah orang lain? Segala jenis cursing semua keluar. Mencarut pun ada. Isk. Isk. Isk.

Tak rasa apa-apa ke eh?

Kot ye pun pada pandangan kita benda tu salah, kenapa kita sampai keluarkan perkataan-perkataan yang teruk?

Bohonglah kalau saya tak pernah sekali pun menyumpah. Tapi seriously, saya tak berani tak menyumpah orang secara terang-terangan. Cursing kuat-kuat pun adalah a big No! Tulis? Uish, lagi bahaya. Kekal kot tulisan tu. Apatah lagi kalau nak menyumpah straight  depan pada orang yang nak disumpah.

Bukan apa.

Pertamanya sebab waktu kecik dulu, saya punya pengalaman :

Once sekali tu saya rasa first time saya pernah tersebut Bodoh! kuat-kuat dekat someone (tak ingat either pada adik or orang lain) depan abah, on the spot waktu tu jugak abah pelempang muka saya. Wuuuu... Berbirat oh!  T_T Dah la tangan abah besar. Sob3.

Padan muka diri sendiri. Nak pesan elok-elok tak makan saman. Ha, kena sekali terus ingat!

Apatah lagi kalau tahu style abah hukuman lempang adalah khas untuk perangai menyumpah orang. Cukuplah once, tak sanggup dah nak kena.

Dan sejak itu, saya belajar yang sebarang perkataan cursing adalah tidak dibenarkan untuk disebut, tambah-tambah depan abah. Memang nak cari nahas kalau buat. Jika semua kesalahan lain selalunya abah hukum senyap-senyap seperti sebat dalam bilik sorok-sorok, tapi kalau cursing pada orang memang kaw-kaw kena tang tu jugak. Maksudnya apa? Maksudnya cursing itu lagi dangerous.

So, memang jangan harap la teringin nak lepas geram dengan menyebut terang-terang segala jenis cursing yang ada seperti yang pernah disebut P.Ramlee dalam cerita melayu lama yakni "Bodoh, bangang, tolol, bahlul, ect2..", apatah lagi kalau yang lagi ganas sampai melibatkan makbapak macam yang selalu di-vandalism dekat malaysia. No. No. No.

Kalau nak maki jugak, maki lah dalam desible yang paling rendah supaya tak didengar orang. Bagi puas diri sendiri, sudah. Tak payah nak tambah bara bagi orang tu dengar.

Nak lagi power sikit, bawak-bawak lah istighfar. Berdosa tahu sumpah-sumpah orang ni. Kena pantul dekat diri sendiri kang, haaaa....

Paling simple abah boleh tolerate pun rasanya Shit je. Itu pun kalau abah tengah bad mood, mau kami kena jeling tahap 300Joule jugak. Boleh gugur jantung. Lain dari tu, siap engkau kalau sebut!  *ketakutan*

So, I wonder...

adakah orang lain selamba menyumpah seranah secara terbuka lagi bahagia ni sebab diaorang tak pernah kena lempang eh?


The Last Sakura

salam



 Ini gambar pokok cherry blossom / sakura yang tengah mekar depan gate Jordan University of Science and Technology sekarang. O dear, sangat-sangat lawa! Menge-pink-kan JUST yang koko. Apatah lagi bila yang meng-capture-nya sangat pro. Berbunga hati nampak sakura tengah berkembang lagi. 

Agak-agak lepas ni boleh jumpa sakura lagi tak?

 Nampak sakura je mesti teringat haiku. 

***


 We cannot behold
the beauty of the blossoms

enshrouded by haze –

yet steal us their scent, at least,
spring breezes blowing from the hills.

Yoshimine no Munesada (816-90)
***


さまざまの事おもひ出す櫻かな
Samazama no  koto omoidasu  sakura kana



How many, many things
They call to mind
These cherry-blossoms!

Bosho


***

Sparkling sakura;
Dancing among the wind
with the wish I dream

xoxo,
Me

(kredit gambar: Arina Ahmad)

Untuk Abah

Salam

Untuk abah tersayang!

11 MAC 2013


HAPPY BIRTHDAY !!!!!!  (^_^)/

~ Since tactic kasi cake suprise dah buat kat mama, this time Arina buat style lain plak ~

 Kenduri selamat version paling ringkas dan mudah
Beli kek, then kasi kawan-kawan makan
Sambil baca doa yang baik-baik untuk abah
( yang tengah baca ni, doakan sama ya.)

walaupun abah jauh, harapnya doa-doa kami tetap sampai jugak. =)




Abah, I'm praying a birthday prayer for you,
Peace and happiness in all you do.
Ya Allah, my father gave his all for me,
I pray You'll hear my extra special plea:
Keep him safe so he can still be near;
Ya Allah, my father is so very dear.
Role model, an extraordinary man,
He's my dad and I'm his biggest fan.
Dad, I'm praying to Allah for you
That He will give you all the good you're due.

Because we really-really love you! 



Last but not least,
(copy paste sebab takde idea. hihi. But at least, this one share the same thing I want to say)

Dad My Gift

I'm so happy for being,
your daughter and friend.
A few words of love,
I'd just like to send.

You've been a super dad,
that I truly adore.
Positively encouraged,
life to explore.

You would always notice,
when I was bitter or down.
Knew how to end,
my silence and frown.

Genuinely cared,
with love and concern.
Lessons of life,
you taught me, I'd learn.

I always enjoy,
spending time with you.
We share philosophies,
and a similar view.

Some days we argued,
and weren't agreeing.
But you still looked out,
for my safety and well-being.

For a girl like me,
you're like a million gifts.
By the mere sight of you,
my spirit just lifts.


-doakan Arina dekat sini~-
- I hope the precious hidden-among-chocolates gift arrived this week-



p/s: 
* Aiman, happy belated birthday jugak 8 February aritu. Sorry, kak ina tak sempat nak buat wish special dekat sini. Never mind. Balik nanti kak ina belanja lain. Okeh. Jangan merajuk~ hehe.

Aku bukan Julaibib

Salam



Telefilem Aku Bukan Julaibib

*Lambat sikit tengok, biasalah sebab takde tv depan mata*

- Cerita pertama yang rasanya saya nak quote every single word yang diaorang sebut -

Banyak sangat pengajarannya.
Sangat awesome!

Rugi sangat-sangat kalau tak tengok. 

Tahniah untuk semua warga yang terlibat termasuk lah yang memperkenalkan cerita ini pada saya.
Semoga saham akhirat ini akan berterusan sampai bila-bila.
Aminn~

Diaorang terkejut, semua lari!

Assalamualaikum

Harini ada intikhabat (pilihan raya) dekat university. So lepas habis round tadi, sempatlah pergi menunaikan tanggungjawab terakhir mengundi sekejap. *ada gambar tapi dekat kamera kawan, nantilah saya bubuh*

Habis mengundi, terserempak dengan sorang kawan Arab yang sekarang tengah elektif (sebelum ni kami segrup selama 2 rotation, tapi sebab dia baru elektif dan kami baru nak Internal, so kami dah pecah).

Mari kita namakan dia dengan Encik I. Bubuh nama penuh kang, dia baca plak. Segan saya.

Encik I : Hi Ain! Hi Maisarah! Apa khabar? Lama tak jumpa.. Sihat? Dah sudah? 

[ Ini perbualan dalam bahasa Melayu tau. Serius ni, memang kami bercakap campur BM dan English ]

Kami : Sihat-sihat. Alhamdulillah~ Dah undi dah. 

Sembang-sembang kejap tanya khabar, kami tanya dia satu soalan...

Kami : Tak promote by speaking bahasa melayu ke to budak2 Malaysia? 


Encik I : I did! Tapi diaorang terkejut, semua lari. hahahahaha....~


LoL. Kesian Encik I. Normal lah kalau orang terkejut dengar dia bercakap bahasa Malaysia lebih-lebih. Dia kan Arab. Waktu kitaorang tahu dia boleh cakap Malaysia waktu tengah dalam grup dulu, sumpah tak berani cakap lebih-lebih macam biasa. Takut dia faham. Haha. Tapi kalau kita cakap macam bullet train atau cakap bahasa loghat negeri, selamat sikit. Dia lambat tangkap. Dia tahu bahasa K.L je. =)

Encik I ni sebenarnya pernah duduk Malaysia selama 7 tahun. Sekolah menengah dari awal sampai habis semua di Malaysia. Ayah dia kerja sebagai pensyarah kat UIA selama 15 tahun (tahun lepas baru ayah dia transfer ke Uni Madinah pulak). Abang, kakak dia semua belajar Uni dekat Malaysia. Even abang dia pun pernah kawin dengan orang Malaysia. So, faham-faham la macam mana boleh tahan la fasih dia speaking bahasa Melayu. Walaupun takde lah macam orang tempatan, tapi kalau baling dia duduk Malaysia sorang-sorang,dia jamin dia boleh rileks je. Alah, macam kami dekat Jordan sekarang ni la. Sama je situasinya.

Ingat lagi waktu kali pertama confirm dia memang boleh cakap melayu, kitaorang pernah terus direct tanya dia " Betul ke ni boleh cakap Melayu? "  - sekali dijawabnya " Boleh lah sikit-sikit! " - Oh My! Ouch, habis selama ni kalau kitaorang bising kat belakang dia faham la? Alamak!  >o<

But, since that, kalau jumpa dia, memang cakap melayu terus. Kecuali lah kalau nak cakap ayat panjang-panjang. Kang lain yang ditanya, lain yang di jawab. Ada sekali haritu waktu tengah photoshoot batch, kitaorang tanya dia " Gambar nanti ambik dekat mana? " - dia pergi jawab " Oh beli tu dekat Malaysia " Ha? Haha.. Orang tanya pasal gambar, dia jawab pasal kamera. Last-last kena perbetul grammar dalam English pulak. Haru... Ada sekali waktu tengahari, terserempak dengan dia, dia tegur " Hai, selamat Pagi! " - weh, tengahari la....  "eh,yes.yes!. tertukar. -_-'"

Dulu-dulu, kami takut sikit nak sembang dengan dia. Dia tak berapa selamber sangat dengan budak perempuan Melayu macam certain ahli grup yang lain. Segan agaknya. Tapi lepas dah boleh cakap melayu sesama sendiri, baru open sikit. Dah boleh tegur-tegur dulu kalau jumpa dekat jalan.

Yang tak tahannya tadi, kitaorang ada inform dia yang kitaorang pernah jumpa baru-baru ni dalam rotation surgery. sorang patient perempuan Jordan dekat Hospital Basma yang kawin dengan orang Malaysia (Orang Sarawak nama Roslan) dan ada sorang anak lelaki (Muhammad .......(xingat) bin roslan) - tapi serius nama memang Malaysian style.. Bdak lelaki tu malu-malu pulak dengan kami tapi ke mana kitaorang pergi, dia macam mengikut sambil pasang telinga.

Waktu ni tak teringat nak tanya Mr I kot -kot kenal diaorang. Sekali rupanya bila dah bagitau tadi, ngamuk dia kenapa tak ajak dia sekali jumpa patient tu. (sapa suruh dia segan-segan dengan kitaorang, kitaorang lagi la segan dengan dia.haha) ... dan ya rabbi, itu kawan kakak dia rupanya. Budak lelaki tu katanya memang 100% boleh cakap Malaysia. Dan family patient tu memang pernah lawat rumah diaorang kat Malaysia since patient tu sendiri pernah belajar kat UIA. waaa, What a small world~

-menyesal pulak tiba-tiba tak tegur terus budak lelaki tu haritu-

And then, Encik I pun mula lah bukak hikayat tentang orang-orang Jordan yang kawin dengan orang Malaysia yang dia kenal. Ada la 2-3 orang. Tambah-tambah kalau yang dekat UIA, semua famili dia kenal. Lama betul dia bercerita. Tak tahu lah tadi ada tak budak Malaysia yang lalu lalang tepi kami dengar tak dia bercakap Bahasa Melayu campur-campur. Teringin jugak nak jumpa anak saudara dia yang mixed Malaysian tu. Mesti boleh speaking macam orang Malaysia kan? I wonder if anyone ambil kos tafsir Al-Quran in UIA kenal ayah dia ke tak - Dr Abdul Rahman As-syari'ah.

Dekat-dekat nak masuk kelas, kitaorang confirmkan balik dengan dia tentang soalan pertama kami.

Kami : Serius ni, nak that Malaysian novel about us in Jordan?  (kot putih)
Encik I : Yep, serius. I can read in Malay, okay. Give me one! 
Kami : Okay, but sorry your name is not included inside.  
Encik I : ooooo whyyy? Kenapa?! Kenapa?!  
Kami : Sorry, terlupa. Haha. 

***

p/s:  Harapnya lepas ni, kalau ada orang Arab tiba-tiba tegur dalam Bahasa Malaysia, jangan lari yer adik-adik. Haha. Tu orang Malaysia celup tu tengah nak beramah mesra. Kesian dia.  =)









~ Kalau Encik I baca ni, bangga dia ~



Pahala di Jalanan


Been sharing this picture in facebook and instagram.
Sayang pulak kalau tak share dekat sini.

Apa istimewanya gambar ni?

Ini pengalaman pertama saya nampak ....

Dua driver ber-offer-offer makanan dan saling berkongsi makan di tengah-tengah jalan raya waktu lampu isyarat tengah kaler merah. 

Rasanya semua kami dalam bas perasan kot apa pakcik ni buat, sweet sangatttt~

Sebab tu laju je tangan saya snap gambar. 
This is one pricless moment ok.
Tak leh lepas.
So that, one day I can remember what I've learnt here. 

Hopefully satu hari nanti kalau dalam traffic jammed saya tengah berangin tahap tak ingat dunia, 
semoga Allah kembalikan ingatan saya pada situasi ini.
Ada masa je nak buat baik dan kutip pahala time-time macam ni.

Errr tapi kang kalau praktis kat Malaysia, agak-agak orang terima tak?  *wonder*

Teacher saya komen -  "moh kita try buat gini tgh traffic jam masa nak buka puasa"

Betul jugak. At least, takdelah pelik sangat orang tengok kan? hihi





well, actually waktu ni saya tengah bad mood sebenarnya. 
Kecik hati dengan sorang kawan.
Tapi bila nampak apa pakcik ni buat dengan 'kawan' dia dekat depan tu,
terus dalam hati ada satu bunyi....

" Oi, ko dah lupa ke apa kawan yang ko marah sangat harini tu pernah tolong ko satu masa dulu? "

Gaaaaa...... -_-'

Sampainya hati kau, Ainul !

T_T

Apa sangatla silap dia tadi dengan pertolongan dia dulu....~

- belasah diri sendiri-


Allahummasolli3alasaidinaMuhammad...

Sohih kena belajar lagi cara menstatikkan hati kasi resistant sikit dari sensitip. 
Dah!
Syuh, syuh!
Pergi repent diri sendiri dekat hujung dinding.. 
*teleku*


.


Kot Putih Kini Di Pasaran!

salam~

Alhamdulillah!

*
*
*




*
*
*

mempersembahkan untuk anda~



Nak tahu apa komen kawan-kawan yang dah baca? ~



Tunggu apa lagi?~

Dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok! 

(^_^)Y


Untuk tempahan di sini, boleh pm saya di : 

ainulmardhiah_89[@]yahoo[dot]com

Sayembara Puisi Timur Tengah 2013


Salam~

Untuk sesiapa yang berminat 

^_^)/







Syarat-syarat penyertaan sayembara


1. Sayembara ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang menepati salah satu daripada syarat berikut :



     a) Sedang mengikuti pengajian/bekerja di mana-mana negara timur tengah seperti berikut :
         1) Jordan
         2) Mesir
         3) Syria
         4) Morocco
         5) Arab Saudi
  
     b) Menamatkan pengajian dari negara-negara di atas dalam tempoh tidak melebihi satu tahun dari tarikh tutup penyertaan.



2. Tema sayembara adalah 'Kisah Kita'. Tafsiran terhadap tema sayembara adalah bebas dan bersesuaian.
  

3. Karya asli penulis (bukan saduran atau terjemahan) dan belum pernah tersiar atau terbit di mana-mana media cetak. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog/facebook, harap dapat menarik balik karya dari laman tersebut sebelum keputusan diumumkan. 


4. Peserta bebas menghantar seberapa banyak puisi untuk penilaian, tetapi setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. Karya-karya lain yang baik akan dipilih untuk dibukukan dalam antologi.

5. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, facebook, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis. 

6. Panjang puisi adalah bebas, tetapi mestilah tidak kurang daripada 10 baris. 

7. Beberapa karya terpilih (samada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan dalam antologi GKLN 2013.

   
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2013. 
   
9. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.


10. Hantarkan penyertaan anda ke [penulisanirbid@gmail.com] beserta butiran berikut :
  

- Nama dan Nama Pena
- Umur dan tarikh lahir
- Alamat di Malaysia
- Jurusan dan tahun pengajian
- Universiti/Kolej

- Tarikh tamat pengajian dan tempat kerja (jika berkenaan)




 HADIAH YANG MENANTI PEMENANG!



Pertama: RM 200 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)


Kedua : RM 170 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)



Ketiga: RM 150 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)





3x Hadiah Saguhati: RM 50 setiap satu (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)



*** Karya-karya terpilih (walaupun tidak memenangi hadiah) akan dibukukan dalam antologi puisi GKLN 2013





p/s: Wah, ada hadiah wang tunai lagi~ *mata blink-blink* 
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images