Angel From Heaven

1:13 AM 0 Comments A+ a-

salam


Tahu macam mana gaya peminat susah mati kalau nampak artis diaorang lalu?

Ha, macam ni la.

 Sambil excited-excited terlebih Huiyo! Huiyo! Huiyo! Dia datang! Dia datang!

 Normal la kot kan?..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi bila nampak depan mata sendiri, ya ampun lawak giler!

Tambah-tambah bila 'artis' yang tengah dipuja-puja tu adalah kenalan sendiri

Dan 'peminat-peminat' tu bercakap langsung tak cover even kita depan diaorang, dan memang terang-terang tengah perhati perangai diaorang.


Ehem... saya faham ye apa korang tengah cakap tu.
Cover la sikit... 

Lol.

Ingatkan orang Melayu je suka nampak Arab cantik / kacak

Tak sangka yang terbalik pun ada. 

Haha. 

Bertuah orang tu.

Berebut orang arab mengusyar dia dari dulu sampai sekarang. 

Lepas tu kitaorang plak jadi station pertanyaan. 

Ni nak kena cas 10 dinar ni untuk satu soalan.

=)

Mitos Budak Medik

9:38 AM 4 Comments A+ a-

Salam

Pemberitahuan awal : Ini adalah pandangan peribadi. Tak mewakili sesiapa. Emosi diri sendiri. 



Kenapa ya? Ramai sangat orang suka cakap begini pada saya...


" Amik medik? Wah mesti pandai giler ni... ! "

(I'm not!)

" Aku kos xxx . Biasa-biasa je. Bukan macam korang budak medik, hebat... " 

(No, it's not!)


" Maaf, saya tak pandai sangat, bukan medik " 

( T_T

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tolong............~

Ya, saya tahu kita memang digalakkan untuk bersikap rendah diri. 
Tapi, tak boleh ke kalau tak payah kaitkan dengan bidang perubatan?

Da banyak kali dah nak nak bagitahu yang persepsi tu salah.. It's wrong!

Ambil medik bukan penentu yang orang itu memang hebat pandai.
(even yes, kadang-kadang wujud certain manusia yang mashaallah genius hebat bak hang, tapi rare lah~ )

No!

Budak medik tu normal. Macam orang lain. Sama level jugak.

Takdenye IQ dia setinggi Einstein. 

Tapi result SPM dulu power, ha macam mana tu?
Itu namanya rezeki. 
Atau kadang-kadang maybe sebab usaha dia lagi dasyat dari orang lain. 
Who knows? So, berbaloi lah dengan usaha dia.
Kalau dah usaha tak dapat jugak, itu namanya takde rezeki.. Allahu alam.


Nak jejak tahun enam ni pun,semput rasa nak belajar.
Tak pernah sekali pun terasa diri sendiri pandai.
Apatah lagi kalau selalu kena hambat dengan Doctor kat hospital sebab tak pandai-pandai macam diaorang
Kalau dekat Malaysia, sometimes up sket siap boleh dapat pelbagai jenis makian yang ada sebab tak pandai.
Baca la bertimbun buku pun, bila lupa, still tak ingat-ingat, orang cakap eh asal slow sangat ni? 

[ Yang selalu membezakan hebat atau tak medical student tu, kebiasaannya adalah usaha dan kerajinan ]


So?

Since when we, medical student are very brilliant and superb by default? 


Allahummasolli3alasaidinaMuhammad....
(bertenang.bertenang.bertenang)

Ya Allah, 

serius saya teramat tak suka sangat-sangat  bila orang cakap soalan-soalan dekat atas tu pada saya

(kalau orang nak kata 'wow, ni mesti kena jadi rajin giler ni' ok jugak...Ini sebab pandai je. isk)

benda-benda macam ni lah yang buat saya jarang mengaku saya student medik

saya tak suka orang pandang saya tinggi terlebih-lebih
(tapi tak suka jugak orang pandang rendah pada saya)

Pandang biasa-biasa macam orang lain dah la

Takut tahu.

Kalau nak tahu,
One of the reason saya masuk medik sebenarnya adalah sebab:

*
 saya sangat serius teruk dalam Fizik (sampai ayah cross out awal engine wktu apply)
saya tak suka nombor
saya tak pandai bahasa
saya rasa organic chemistry sangat azab
saya tak berapa ada otak kreatif nak imagine-imagine benda baru
saya cepat pening tengok fakta membukit dalam law
and the list goes on to other courses

*


Jadi bagi saya, orang-orang yang masuk lapangan Engineering, anything Physics or Numbers macam actuary, anything Chemistry, segala macam design or architecture, orang-orang bidang bahasa terutama bahasa Arab yang susah tu, segala bussiness-minded person  dan warga law yang sangat tabah menghafal segala akta dan dll yang ada adalah sangat awesome!

sebab saya memang angkat benda putih dalam hal-hal tersebut. 

rasanya macam medik jauh lagi senang dari segala tu. 

Serius ni. 


Harap lepas ni kalau ada yang tengah sembang dengan saya,
elak kan ya dari cakap  " Wow, kau budak medik?!. Hebatnya, mesti pandai. "

 =(

(because definitely, benda tu akan buat saya rasa sedih, annoyed, dan I just don't like it)

Saya lagi prefer kalau orang boleh kasi semangat pada kami yang medik ni
sebab medik rupanya bukan se-beautiful yang disangka waktu kecik dulu.

The hectic life
The responsibility 
The probability to make fatal mistakes
The challenging community
( zaman sekarang masyarakat semakin berilmu, doktor pun boleh kena persoal lat hospital)


Nak tarik diri macam dah terlambat, nak tak nak kena jugak lalu.


Isk Ainul, tengok la bright side sama.
Kan ini bidang kedua terpenting lepas hal halal dan haram
And the outcome is very satifying jugak apa... Pahala. Pahala. Pahala. 
For family, For ummah, For Allah.
And human creature kan sangat ajaib lagi wow!~
Ganbatte ne!


Apa-apa pun, kesimpulannya bagi saya sendiri, saya bukan budak medik yang sangat bijak pandai lebih dari orang lain. I'm struggling. 

Just, tolong jangan merendah diri sangat dengan saya ya kalau anda bukan dalam bidang medik.

Sebab saya tak reti macam mana nak balas untuk tunjukkan yang sebenarnya saya sebenarnya rasa sangat rendah diri bila orang cakap macam tu. Nak menangis pun ada. huhu.

Sekian. 
Surat Hari Emo 




p/s: 
Pernah sembang dengan parent pasal hal ni, tapi parent cakap Ini sebenarnya persepsi masyarakat sebab nak masuk bidang medik ni susah sangat, so kita kena bersyukur. T_T  Ya, memang saya syukur sangat-sangat sebab terpilih, tapi saya tak suka lah orang fikir macam tu. Kalau ya pun rasa kagum, sebaiknya puji lah balik pada Allah yang memberikan saya rezeki dapat masuk medik, bukan sebab saya sahaja. 

Keseimbangan

5:15 AM 0 Comments A+ a-

Salam

Masalah dekat hospital



Masalah dekat Dunia





Masalah dekat Cafe



Masalah dekat Diri


Masalah dekat Hati




Pernah tak perasan apa persamaan antara kesemua masalah yang wujud dalam kehidupan kita sekarang?

It's all about IMBALANCE ~ 

( Keseimbangan = Balance = Tawazun = Letak bahasa lain sendiri)


Tanya pada doktor,
Dia akan jawab semua masalah kesihatan adalah berpunca bila ada konflik dalam keseimbangan

Tanya pada pemerhati dunia,
Dia akan jawab semua masalah dunia berlaku bila tiada keseimbangan antara dua

Tanya pada psychiatric
Dia akan jawab semua masalah manusia bermula bila hilang keseimbangan

Tanya pada murabbi
Dia akan jawab kita confirm akan futur bila hilang 3 keseimbangan utama :





tapi.....



eh. ada dah la jawapan dekat atas tu....

Kalau badan, kita kasi makanan
Kalau akal, kita kasi ilmu
Kalau hati, kita kasi zikir ingatkan Allah


Dah ada tiga ni, Insyallah hidup akan jadi nikmat

Tak ada terasa nak bunuh diri
Tak ada terasa hidup tak ada erti
Tak ada terasa kenapa lah hidup aku macam ni... (negative)


Cakap macam senang kan?

Padahal Ya Allah, susahnya lah nak dapatkan keseimbangan ni.

Kalau senang dapat, takde la kita asyik pening kepala hidup banyak masalah kan?

Tapi, tak mustahil pun.

Yang penting kita usaha, kita cuba, dan kita tawakkal

Nak tips yang lagi spesifik?

Ni ha...
Ingat pesanan yang bawah tu !

LIFE IS A PROCESS AND SO IS STRIVING FOR BALANCE IN YOUR LIFE 

Fighting~! 

^_^

Nur?

3:10 AM 0 Comments A+ a-


salam




Dalam lif dengan seluruh groupmate

dari tingkat 10 nak turun ground floor

padat

sampai tingkat 8, Dr Khasawneh (Pediatrician) mencelah masuk

semua sembang-sembang dengan Dr

tiba-tiba Dr cakap " Hi Nur! "

satu lif senyap 



krikk....krik....krik...



" eh takde yang nama Nur ke kat sini? " 

tanya Dr pelik

sambil tengok kami berdua - the only Malaysian girl dalam lif




Erk. Hahaha. satu lif pecah gelak




" Sorry Duktur, Ihna ma fi Nur. "  (sorry doctor, our name doesn't have Nur)


" Any Siti? ", tanya Doktor buat-buat innocent lagi


" Nope," jawab kami sambil sengih lebar


Doctor pun gelakkan diri sendiri sebab taktik tak menjadi.

=p



It's okay duktur. 

We appreciate that.  

And you looks cute too! 

So, please give us high marks in Pediatric, will you? hehehe... ^^,



****************

In JUST, most of the Malaysian are known as Nur for girls and Muhammad for boys. Sebab kebanyakan nama awal orang Malaysia macam tu. So, kadang-kadang kalau doktor malas nak ingat atau nak panggil panjang-panjang,  diaorang main hentam sebut waktu ambil kehadiran :

" Nur Wahid! " - Nur Pertama
" Nur Thani! " - Nur Kedua
" Nur Thalith!" - Nur Ketiga
" Nur Robi'! " - Nur Keempat

(nasib dah klinikal ni grup kecik so takde dah Nur lebih 3)

and the list goes on. Sama lah dengan yang nama Muhammad.

Since my name doesn't have any Nur, I was kind of proud of it. Sebab nak tak nak, diaorang kena hafal gak nama kita betul-betul. Haha. Tapi one of the previous groupmate saw the Nur in my father's name - Mohd Noor.

" Hey, Ain! You still have Nur in your bajat ( insert Badge for the meaning of this Arab-English slang) "

It's my father's lah. 

" Whatever. It's still convince us that you malaysian can't leave Nur at all, " kata beliau bangga

*rolling eyes*



Acinetobacter

9:21 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Semalam, bermula rotation baru kami yang terakhir. Internal Medicine.

Hari pertama macam biasa. Semua orang blur-blur. Doctor nak bebel pun macam tak sampai hati. Walaupun sebenarnya eh hello this is your last rotation in Final Year lah. Takpe. Takpe. Balik nanti sila study ye, kata Doctor dengan baik lagi pasrahnya.

Jadi untuk hari pertama ni, doktor bawa kami pergi jumpa sorang patient lelaki untuk review balik cara ambil history untuk Internal Med. Ye lah, sebelum ni kan baru habis Pediatrik, mana sama ambil history pesakit kronik dengan ambil history baby.

Encik X, umur sekian sekian, known case of Crohn's Disease since 20 years ago. Recently admitted complaining of severely fatigue and malaise and blablablabla......-panjang nak tulis-. Tapi pendek cerita diagnosis untuk admission kali ni adalah septicemia (ada bacteria dalam darah).

Doktor pun suruh salah seorang dari kami ambil history depan doktor, sambil beliau top-up top-up dan mengajar kami semua. Tetiba, datang 2 orang doktor lain nak jumpa doktor kami, ada something to say regarding this patient. Well, diaorang pun bagitau je lah depan kami since doktor suruh.

" Hakim, this patient's result has come out. It's Acinetobacter. Resistant to all, " kata doctor baju hijau itu.

Muka dia macam pasrah. Bila tengok muka doktor kami balik pun, nampak macam tak sedap. Ok, nampak macam itu bukan berita yang baik. Acinobacter? Alamak, amende kah. Lupa plak.

Bukan sekali doktor lain datang jumpa doktor kami. Dua kali kot. Dua-dua bawak berita yang sama. Disebabkan diaorang speaking in English, rasanya patient tak faham. So, patient pun asyik tanya dah keluar ke result, doctor? Boleh balik ke doctor?

Everytime patient tanya, Doctor senyap lama sangat sebelum jawab - Insyallah. Insyallah.

Dan setiap kali tu jugak, muka doktor macam tengah fikir something yang berat. Nampak sangat dia tak berani nak jamin apa-apa pada pakcik nih. It must be something serious right?

Bila doktor kedua tadi keluar, doktor kami pun explain. Result pakcik ni keluar Acinetobacter. Worst of all case (tambah-tambah sebab pakcik ni memang dah sedia immune rendah). - Acinetobacter ni resistant pada most of antibiotics. Maksudnya bagi la semua jenis antibiotic biasa yang selalu dipakai, semua tak mampu nak lawan bacteria ni. Power sangat dia. Dan bila digabung dengan keadaan pakcik ni sekarang, erm......... peluang beliau macam nipis teramat je nak survive.

Isk. Patut lah Doktor jadi semacam je tadi lepas dengar keputusan tu.

Patient pun rasanya tak tahu lagi ni. Rasanya mungkin lepas ni doktor akan slowly cakap pada dia kot. Agaknya lah, sebab time kami ada doktor macam nak selindung-selindung lagi dengan patient.

Ya Allah, apa agaknya patient tu punya respond nanti. Takutnya..

Sudahnya sepanjang tu asyik terfikir tentang pakcik tu. Pakcik, saya harap pakcik tabah terima kenyataan tu nanti. Semoga Allah kuatkan pakcik dan famili pakcik. Dan semoga Allah naikkan pakcik ke darjat yang lebih tinggi dengan kesabaran pakcik tempuhi semua ni. Amin..

p/s : Agak-agak time kita nanti, boleh get ready ke macam pakcik ni? Gulp.


*** Hakim adalah nama panggilan untuk semua specialist dalam hospital oleh doctor-doctor lain.

Go, Ask, Step Forward!

8:10 PM 0 Comments A+ a-


Ganbatte  =)

Note

12:20 PM 0 Comments A+ a-






Sorry

Kot Putih - a novel~

11:46 AM 16 Comments A+ a-




salam


Menyelinap sini sekejap di celah-celah ulangkaji untuk exam esok.

Nak bagitahu ni....

KOT PUTIH dah siap! 

yeay!

alhamdulillah~

Novel pertama hasil tulisan saya dan 8 lagi kawan-kawan (semua pelajar perubatan) 
akhirnya siap diterbitkan untuk dibaca.

Siapa nak baca, jom beli ramai-ramai...~!

Dari novel ni, boleh tahu macam mana life student medik di Jordan.

Tak jumpa dekat tempat lain ni. 

Only in KOT PUTIH edisi kami. 

Bukan novel biasa-biasa insyallah

sebab yang menulisnya semua bakal doktor, pelajar-pelajar tahun akhir Jordan Universiti of Science Technology, Jordan.

Bila medik dan sastera menjadi satu, maka ini lah hasilnya. 

hehe...

=)


p/s: Siapa nak beli, nanti PM ok.

ma'assalamah~


** Doakan saya nak exam esok. ^^,


Pedi

1:14 AM 2 Comments A+ a-



 exam pedi. exam pedi. exam pedi. exam pedi. exam pedi


19 Februari 2013 - Mini Osce
20 Februari 2013 - Osce

Minta doa~

Dari Junior

9:37 AM 0 Comments A+ a-

Salam~

** Rambling Pre-exam Depression - motivasi diri sendiri**

Lagi 3 hari je nak exam. Pediatric. 2nd last Rotation.

Ergh...Tapi tak tahu lah kenapa, ada something yang macam stuck. Tak terlepas. Nak study pun macam tak jalan macam selalu. Haih. Apa dia lah pulak kali nih? Dah try buat macam-macam nak try cari semangat, tapi still macam slow jugak. Kenapa kah ni?

Allahummasolli3alasaidinaMuhammad~

Tadi lepas review setengah past years question, saja stop sekejap. Jalan-jalan. Bloghopping. Sampai lah tiba-tiba tersampai ke blog sorang adik junior JUST tahun satu. * kalau dia terbaca ini : Assalamualaikum dik!  hai - lambai tangan- ^^, *

Bila baca entry-entry dia pasal Jordan, alahai comel nya lah. Memang gaya tahun satu. Semua benda excited. Semua benda-benda dia tulis, dia lukis. Seronok pulak saya baca. Dan sepanjang itu, saya tak henti sebut  " I've been there. I've done that too. haha".... Oh rindunya zaman tahun satu. =)

Memandang penceritaan dia dan kawan-kawan dia dari blog, rasa macam  ya Allah, baru perasan I've lost the passion rupanya sekarang ni. Perasaan nak grad tu memang ada, tapi kadang-kadang macam tenggelam timbul waktu sekarang. Excited je nak grad but the anxiety are overwhelming. Takut.

Tension mungkin sebab masuk tahun enam ni rasa macam tercungap-cungap nak habiskan semua yang perlu diketahui. Buku dah membukit. Rasa macam sendat otak. Baca dah banyak kali, tapi asyik tak terhafal je. Haih. Dah sampai tahun enam sebenarnya serius tak berani ngaku sebab usaha dan kelebihan diri sendiri. Semua rahmat Allah, for sure. Kalau tak, tak tahu lah macam mana boleh lepas. Macam apa je kan? Passive sungguh. Maybe diri sendiri yang tak cukup usaha lagi.

But then, those juniors..... diaorang balikkan saya sesuatu. Sesuatu yang pernah saya rasa 6 tahun lepas. How excited I was bila datang Jordan untuk belajar dan graduate as a doctor. Perasaan yang sangat berkobar-kobar bila first time jejak kaki dekat JUST. Tengok university, tengok senior-senior, tengok doctor semua boleh jadi pemangkin semangat. Sampai terasa macam I am an optimist and adventurous girl who is ready to overcome any challenges in life! Hulala... bagusnya lah dulu....~

Hey, diri sendiri....  Where have you been ha?

Tengok dekat archieve blog sendiri - eh blog ni start tahun 2008 rupanya. Ngam-ngam tahun satu. 6 tahun blog ni wujud teman hidup dekat Jordan. Ya rabb, selamat jugak rupanya aku dekat sini. Bila punggah balik entry boleh sengih sorang-sorang. Macam-macam betul perencah hidup dekat sini. Dan yang paling penting, setiap kali down, saya nampak saya boleh bangun balik..... dulu.

Ok, Yosh. Sekarang pergi grab balik semangat waktu junior-junior dulu tu. The most fresh and pure. Yang paling boleh buat mata bersinar-sinar, hati jadi kuat dan power makin laju untuk capai misi nak jadi doktor nanti.

Fighting!

budak dalam ni macam tengah bagi semangat -  Don't worry, it's gonna be alright!


Lawan! Lawan!

Kalau bukan diri sendiri, siapa nak tolak kau?

Sikit je lagi ni.... 2 bulan je lagi. Semangat2~!

Jangan risau masa depan. Allah kan ada. Yang penting, kita usaha sehabisnya sekarang. Ok?!

Chaiyok

=)

ok bai. Nak sambung study.

** tolong doakan exam saya dan kawan-kawan dipermudahkan ya. Amin~
** by the way, untuk adik tahun satu tu -  terima kasih ya. Keep writing. Kita tak tahu siapa yang kita boleh tolong bantu secara tak langsung melalui tulisan kita. May Allah bless you, my dear .... ^_^






Yusuf ; my therapist

8:19 PM 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum~

Have you ever felt so useless or hopeless?
Like nothing is going as you planned....

Have you ever think that life is unfair?
You've tried but nothing good happen...

Have you ever once want to rebel to Allah?



Like......

"Yes I know Allah controls everything, why did he have to do this to me?
Why did I have to go through these problems?
 If allah controls everything why can't Allah help me again?
 Why did my family member have to die?
Why did this have to happen?
why did that have to happen?
What have I ever done to deserve this?"

Listen for a while..

 ~ Have you heard of the story behind the making of Yusuf a.s.? ~

It is no a simple story of Yusuf like what we have heard in school.
It's what you should know about Yusuf behind all the ayaat in the surah.


These are not just stories of people that died a long time ago,
these stories are alive in our lives.





Why did Allah leave this child inside the well? 
Why would Allah let his brothers do that?
 Why would Allah let him get kidnapped? 
Why would Allah take him away from his lovely father?

~ The Answer ~


Allah had something in this for us.

 If the messenger SAW is being given  counsel through Surah Yusuf,
you can definitely get something from it too..

Inshaallah~

9 Tangan Jadi 1

11:00 AM 5 Comments A+ a-

Salam

Orang pernah cakap;
kalau menyampah, jangan menyampah sangat. Karang lama-lama suka.

Rasanya betul la kot. Terkena jugak rupanya perasaan tu. Eh, bukan. bukan. Ini bukan kali pertama. Waktu sekolah pernah pun ada pengalaman yang sama.

Zaman tingkatan tiga dulu, dalam banyak-banyak aktiviti Kokurikulum, debat adalah juara list aktiviti Ko-ku yang sumpah paling tak suka nak masuk. Apa barang dengan debat sampai gaduh-gaduh emo semacam atas pentas. Menyampah. Tapi last-last kena seret jugak masuk debat. Tak kenal maka tak cinta. Sekali sampai ke sudah, datang Jordan pun join team debat. Debat di hati! Hehe~ 

Sama macam yang kali ni, dalam banyak-banyak aktiviti menulis, menulis cerpen lah yang paling saya tak suka buat! Tak suka. Tak suka. Jangan nak paksa. Semua usaha nak cuba buat cerpen, semua terbang masuk tong. Dalam 100 testing, 1 kali je yang lepas menjadi. Huh, sahih tak de bakat. Sekali tahun lepas, kawan ajak join team Kot Putih. Nak tolak macam tak sampai hati. Tahun sebelum tu dah tolak dah. Takpelah, try je. And as expected, nak paksa diri sendiri menulis cerpen..... eh ni bukan cerpen, ni dah novel! - perasaan dia macam "seriously, taubat tak nak menulis dah lepas ni~!". Itu yang blog pun makin lama makin sunyi sepi. Terkesan agaknya dengan penulisan yang belah sana. 

Tapi nasib baik team sangat awesome dan sangat jadi pendorong. Kalau tak, dah lama lingkup. Huhu.

Dan akhirnya, setelah setahun lebih menulis dengan gigih dan sangat terkedek-kedek, insyallah Mac ini Novel Kot Putih akan menemui sasarannya. Yeay! Alhamdulillah~

Tiba-tiba rasa seronok pulak menulis cerpen bila dah siap. Haha. *bipolar*

kawan-kawan Kot Putih,
SYUKRAN JAZILAN KATHEERAN~ 

I owe you big time!

=D



p/s: 
Promosi buku nanti akan dibuat lepas buku siap. Segan lah. Dah ada produknya nanti baru best nak tunjuk.
Sementara tu, kita promote team-nya dulu. Sembilan tangan jadi satu. Memang bagus dapat jumpa orang optimis lagi tak kisah buat kerja gila macam korang. Terharu aku.  =p

tq~




Tunggu~~~~



Creative

6:15 AM 0 Comments A+ a-


Salam

History:
Lack of reading (selain medik)
Lack of writing (selain case hospital)
Lack of thinking (selain medik)
Excessive worries of exam
Too much planning tapi tak jalan-jalan pun doing

Physical examination:
Blog neglected
Goodreads neglected
Note books penuh medik je
Lecture notes terabur
Hafal lupa hafal lupa hafal lupa

~  apa dull sangat nih? ~ 

Diagnosis :  Acute Pre Exam Syndromes

Management : Reassurance + Self-motivating in keeping life in balance~ 



fighting! 

** nasib baik haritu Shahkang ada mintak puisi untuk NISE dekat Leeds. Bergerak juga otak kanan nih. **

plus, cuba try baca The Happy MD. Cool.



H1N1

7:11 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum~


Sekarang, Jordan tengah busy dengan wabak H1N1 yang dah start menular balik dekat sini. Tapi katanya masih lagi under control. Jadi setiap kali ada kes complain yang berkaitan, memang precaution step akan dijalankan dengan segera oleh pihak Hospital, termasuk di KAUH.

Semalam ada sorang patient datang suspected of H1N1.

Jadi pagi semalam dalam morning report seperti biasa kami duduk bersama doktor-doktor muqim dan specialist membincangkan mengenai kes ni. Disebabkan H1N1 tak berapa masuk silibus tahun enam, doktor specialist discuss dengan Dr Muqim je mengenai benda-benda yang jauh lebih detail. Takpelah, kita dengar je.

Antara salah satu langkah berjaga-jaga yang diambil untuk kes seperti ini adalah check-up pada orang-orang yang berkaitan dan isolation.

Dalam tengah-tengah bincang kes secara serius, tiba-tiba ada satu ketika tu semua jadi diam. Malaikat lalu agaknya. Dan yang paling aneh, lepas tu tiba-tiba Dr Specialist tu gelak sorang-sorang. Huh?

" Kenapa Dr? " tanya seorang dr muqim di situ

" Takdelah, aku teringat zaman SARS dulu.. Ada satu benda lawak yang aku takleh lupa, " balas Dr Wadah.

Apa benda? Semua orang jadi curious.

" Kita sedia maklum kan yang bila wabak macam ni jadi, kerajaan akan buat ala-ala spot check besar-besaran untuk check siapa lagi yang kena jangkitan kan? Korang rasa waktu tu diaorang buat spot check tu kat mana? " tanya Dr Wadah kepada mereka.

" Since SARS start dekat China, rasanyanya dekat orang China kot, " seorang doktor lain menjawab.

Hahahahahahaha...... Dr Wadah tergelak besar. Konpius kami. Salah ke jawapan doktor tadi?

"Memang la.  Tapi korang nak tahu, 1st sekali diaorang pergi buat spot check dekat seluruh orang China dekat Stadium Madinah Hassan! Yang lawaknya orang-orang China dekat situ rupanya semua tak pernah keluar Jordan since 2-3 years, okay! Orang patutnya pergi la check dekat airport. Ini dekat Madinah Hassan pulak. Lawak giler. Aku tak boleh lupa betul pasal tu," terang Dr Wadah sambil terkekeh-kekeh depan bilik.

Lorh...... -_-'

lol, sapa la punya idea bijok tu. =p








** Ada OSCE Pediatrik lagi seminggu. Minta kawan-kawan tolong doakan saya dan rakan-rakan dekat sini ya~



Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *