Untuk Aku si 16 TAHUN

8:16 AM 0 Comments A+ a-



salam

Merujuk kepada The Thirty Things, kali ini soalannya berbunyi :

4. List 10 things you would tell your 16 year-old self, if you could.
[Senaraikan.sepuluh.benda.nak.cerita.balik.pada.diri.kita.yang.tengah.umur.enambelas.kalau.bolehlah.]


Umur 16 tahun adalah umur kita di Malaysia waktu tingkatan empat. Tingkatan peralihan antara menengah rendah dan menengah atas.Tingkatan peralihan antara junior dan senior. Kalau boleh diberitahu balik pada saya yang sedang berumur 16 tahun tu.....

saya nak bagitahu yang :

Dear aku-versi-waktu-umur-16-tahun

1- Weh, jangan cengeng sangat bila dah masuk I-gop tu. Seteruk-teruk stress belajar kat sana, teruk lagi stress belajar kat Jordan nun. Lagi hebat semua orang-orang keliling kita. Dan sila bersyukur tak dapat masuk KISAS. Sebab kalau tak, berkemungkinan kita bakal terus gila dekat sana. Betul... Bukan calang-calang manusia masuk KISAS tu. Kita tak payah masuk pun takpa. Ada lain yang lagi bagus untuk kita. Apa pun, alhamdulillah untuk semua yang Allah dah susun. Dekat Gopeng tu la kita akan belajar nak jadi flexible dengan hidup dan boleh rileks walaupun duduk keliling genius (dalam keadaan kita tak genius). Fighting~

2. Jangan take granted dengan orang sekeliling kita. Kalau lah kau tahu enam tahun dekat Jordan nanti kau akan kehilangan dekat 10 orang sedara mara dekat Malaysia ni, mesti kau trauma kan nak keluar jauh-jauh. Takpe, Allah dah takdirkan macam tu nak buat macam mana. Tapi yang penting, kau kena tahu someday nanti, someone akan pergi. Kita je tak tahu masa. Macam kau dulu, kau tak tahu yang sekarang aku dah hilang Kakek Mali, Toklang, Wak Mus, Tokwan, Nadrah, Nenek dan beberapa kenalan kita yang lain. Appreciate everyone!

3. Teruskan percaya yang kita boleh jadi doktor. Walaupun kita banyak ragu-ragu dengan keupayaan kita, sebenarnya kita boleh je. Allah yang berkuasa atas sesuatu yang akan berlaku di masa depan. Yang penting kita usaha. And tahniah! Kita dah berjaya pegang skrol MBBS dah pun hari ini. *peluk kuat-kuat*

4. Hoi hoi hoi Sila tahu yang Canada tu tak pernah kena pakai visa! Sebab dulu aku tak tahu dan terlupa pulak nak baca, sampai ke sudah kita tak pernah jejak Canada. Sobs3... Dan kalau kau nak tahu, 6 tahun dekat Jordan nanti kita tak berkesempatan pun pergi Makkah Madinah.. Huwaaaa! Sedihnya. Tapi alhamdulillah Allah kasi kesempatan pusing tempat-tempat lain yang sangat banyak di dunia ni lagi. Cheers!

5. Aritu cikgu tolak cerpen kau kan? Lepas tu Safwanni yang diam-diam berisi tu dapat pergi MPR kan? Sabar lah my dear.. Jangan putus asa menulis. Sebab lepas kau keluar dari Malaysia nanti, kau akan jumpa satu masyarakat dan satu kumpulan penulis yang sangat akan sokong kau menulis sampai banyak-banyak buah buku bersama. Di Jordan pun nanti kau berhasil keluarkan novel bersama dengan rakan-rakan penulis lain. Jauh beza. Have strength!

6. Ada suatu masa nanti kau akan rasa sesuatu yang buat kau lari dari kumpulan kau. Sebab kau rasa diaorang tak faham kau. Kau rebel. Kau tak mahu jalan sama langkah dah. Tapi sebenarnya kau tahu tak kenapa? Sebab kau yang pertama dahulu sendiri patah ke belakang. Mengada. Kau nak try and error. Tapi percubaan kau tu buat kau terus ketinggalan. Nak kejar dah mula rasa segan. Macam aku sekarang. Kalau lah dulu aku tak mencuba macam tu. Kan sekarang terkial-kial.

7. Hati tu jaga sikit. Pagar biar kasi kukuh macam tembok Zulkarnain. Baik macam mana pun kau tak tahu sakit yang bakal kena. Elakkan. Terutama yang kau tak kenal depan. Hati-hati

8. Umur 16 tahun dulu, kita kenal dunia sekolah je. Umur 24 tahun nanti kita ada di dunia tanpa sempadan. Kita kenal merata orang tanpa pernah jumpa mereka. Ada keluarga baru, ada kumpulan baru, ada kaki blogger baru dan macam-macam lagi. Tiba-tiba kita ada ramai kakak-kakak di seluruh alam. Bahagia sungguh! Pendek kata banyak la benda yang kita tak terfikir dulu akan kita jumpa. Banyaknya ada sebab kita menulis di dunia maya. Agak-agak kau tahu tak blog tu apa ya?

9. Lepas habis belajar nanti, banyak benda pasal dunia sebenar yang kau akan jumpa. Kadang-kadang unpredictable. Yang kau sangka permata boleh jadi sebenarnya kaca. Yang kau ingatkan tenang, rupanya dalam tu penuh buaya! Serius. Dulu kita budak kecik, kita tak tahu cerita sebenar. Sekarang dah nak dewasa, ha belajar lah nak mengenal erti sebuah dunia yang bahaya. Selamat membesar~!  Yang baik ambil jadi teladan, yang buruk biarkan jadi sempadan.

10. Esok aku nak pergi kursus induksi. Esok jugak lah penentuan kita bakal HO di hospital mana. Berdebaq tak henti ni. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Kalau ada 'aku versi 5 tahun akan datang' datang bagitau, maybe boleh cool sikit rasa kot. Ohoi, merepeklah! Maybe 5 tahun lagi aku tulis lain macam ini, untuk aku versi hari ini. Takut pulak nak tunggu. Hehe. Ok, doakan~!

All the best to all of us~

Sekian.

Lot of love,
aku-versi-umur-24-tahun



Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *