Refresh

salam ~



Dalam ribu-ribu perkara baru yang ada, 
paling susah nak lupa waktu kak Adibah cerita tentang cerita terpendek di dunia 

For Sale ;
Baby shoes
Never worn


hebatnya. hebatnya. hebatnya.

Ok, kak Adibah dah kasi hint kali ke berapa puluh dah
 " Ainul memang tak nak try cerpen ke?"


Duduk-duduk dengan mereka ini buat aku rasa kembali kosong
Bukan kosong yang membosankan tu
Tapi kosong yang macam kita ini budak baru
dikelilingi orang-orang otai
Nak cakap lebih-lebih pun takut
Kalau bercakap pun sebenarnya macam orang hilang fokus
sambil pintal hujung tudung. Menikus
Dah berapa kali lah malu sendiri
bila selalu buat orang pelik nak faham
belum campur lagi kena gelak dengan orang

Kalau ikut hati, memang lama dah ni lari
Atau pun pusing terus hadap belakang bila kena ke depan
macam zaman-zaman tadika dulu
 *teringat cikgu tension bila koir dulu, badan aku ke depan tapi kepala toleh ke belakang*
tapi sebab ada 24 orang adik tu, tak jadi lah
imej kena jaga weh
kecik tak kecik kau rasa, kena gam jugak duduk situ.

Ni sekarang tiba-tiba ada strangers suruh perkenal diri,
nak letak nama kosong tanpa karya boleh tak? 

Bukan apa

rasa macam kena nak kena refresh

Cakap 'ana sanfurah' lah senang

Itu pun kalau ada yang faham.

*agak-agak perlu tak Auriss Haira ni pun di-reformat- sekali?*

















p/s: Macam mana nak jadi penulis tegar ni? T_T











Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images