Ke arah Menormalkan Turki

10:01 PM 0 Comments A+ a-

Salam

5 tahun lepas waktu saya berkunjung ke Turki, saya jadi aneh bila melihatkan masih ramai lagi wanita yang bertudung di sana. Eh, bukan ke katanya dulu Attartuk tak kasi penduduk Turki memakai tudung?

Waktu itu saya rasakan mungkin pembacaan masih belum cukup. Atau mungkin juga Turki sudah pun mula memasuki fasa kesedaran, seperti yang pernah Ustaz Hasrizal ceritakan dalam blog beliau dahulu. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya haruman Islam masih kuat dihidu di atas bumi Al-Fateh ini. Jauh benar kalau nak dibandingkan dengan bumi Spain yang juga pernah menjadi pusat kegemilangan Islam zaman dahulu kala. Di Al-Hambra atau Cordova, terlampau susah nak cari hatta walau seorang muslim yang bertudung. Jadi, saya kira Turki ini masih terjaga.

Bila pulang, barulah saya dikhabarkan rupanya larangan bertudung itu adalah di dalam institusi kerajaan -sekolah, universiti, peguam, wartawan dan sebagainya. Tak ubah macam dilema saudara seakidah kita di Perancis. Patut lah saya tak perasan. Dan untuk pengetahuan, masuk tahun ini sudah hampir 90 tahun undang-undang ini menekan mereka di Turki. MashaAllah.... 9 dekad bukan sekejap!

Kasihannya mereka~

Tapi subhanallah, kelmarin pagi lagi saya sudah diberitakan dengan khabar gembira dari seorang kenalan yang tinggal di Turki. Bunyi kicauan burung yang meriah di luar seakannya turut sama menyambut girang status di mukabuku kami :

Cikgu sekolah sedang mengajar pakai tudung setelah sekian lama tudung dilarang di turki - (Kak Yeni)


Tak lama kemudian, page facebook Jom Turki juga menguarkan cerita yang sama. Sah! 

Subhanallah...! Alhamdulillah...! Allahu akbar.....!

Kemenangan pertama yang ditunggu-tunggu sejak sejak lama di sana akhirnya tiba. Syukur.

Mabruk kalian~!

Tahniah Erdogan~!

^_^)/

Sehari dua kemudian saya ternanti-nanti analisis berita ini di media-media kita. Hari pertama, tiada. Hari kedua pun tiada. Eh, takkan tak ada orang tahu? Pelik..

Hari ini saya cuba pula di dalam carian Google. Tangan menaip pantas. Dalam bahasa ibunda.


' Larangan tudung di Turki di tarik balik ' 


Yang terpapar cumalah satu pautan berita kecil dari akhbar sinar harian.  Yang lain, semuanya artikel-artikel lama tentang larangan bertudung di Turki pada tahun-tahun sebelumnya. Eh, satu sahaja? Jangankan berita atau analisis perdana, sembang-sembang blog pun langsung tak ada. 

Saya cuba tukar kata carian tapi jawapannya masih sama. Kosong

Huk aloh...... Hello everybody? 

Aduhai, Malaysia ku..

Ok, next. Tukar guna kata carian dalam bahasa Inggeris pula.


'headscarf / hijab bannned lifted turkey '


Ha.. baru berderet berita dan cerita keluar. Lega rasa nak membaca. 


dan lain-lain... baki cari sendiri ya   =)


Yang penting syukur alhamdulillah.. Sekali lagi Erdogan melakukan perkara yang bagus untuk ummat kita. Walaupun ada pengecualian untuk lawyer, polis dan askar untuk penarikan undang-undang ni, takpe. Step by step orang putih kata. Bukan senang nak ubah undang-undang yang dah berakar sampai 90 tahun. Erdogan pun ambil masa dekat 10 tahun untuk cuba buat penambahbaikan ni. Mana boleh sekelip mata je nak ubah semua benda kan? - tetiba rasa tak puas hati dengan penggulingan Dr Morsi. 

Insyallah suatu hari nanti orang-orang yang dikecualikan tu juga akan dapat hak yang sama sebagaimana polis-polis Muslim di UK yang dah dibenarkan untuk bertudung jugak. Amin.... 

Go! Go! "step toward normalisation" Go! 
Erdogan Boleh! Turki Boleh!

^_^

Last but not least, congratulations everyone!

Teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita tak kisah la kat mana pun mereka berada - Palestin, Syria, Mesir, Turki, Rohingya, Pattani, Chechnya dll. Kalau tak mampu tolong benda lain pun, doa pun ok. Keep fighting! Insyallah, janji Allah selalu tepat. Islam pasti menang~!


wallahualam~





Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *