Karya dan Media


Salam

Memetik sekeping printscreen dalam slide Media dan Karya yang saya bentangkan baru-baru ini di Bengkel Penulisan GKLN siri IV :




Antara keseronokan berkarya lalu karya itu disiarkan di media perdana adalah anda tidak tahu siapa pembaca anda. 


Boleh jadi:



1) Seorang Perdana Menteri
2) Pakcik jual belon
3) Pencinta yogurt Muller
4) Penjala ikan mackerel
5) DS Anwar Ibrahim
6) Seekor kucing yang menjadikan surat khabar alas tempat tidur
7) Zol Helmi Md Zuki
8) Adik Zol Helmi Md Zuki 
9) Seorang yang sedang putus cinta
10) Artis k-pop versi Malaysia yang kebetulan mencari gambarnya dalam akhbar tetapi tidak ada lalu kecewa dan membaca karya anda. 

Apa-apa pun, hanya mampu berdoa karya itu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.

(quote by Shahkang)

.
.
.
.


Lama saya termenung sebelum memulakan pembentangan tempohari.

Kau ni cakap saja lebih kan? Ada kau buat ke?

Eh, ada apa... Cuma tak serajin sampai ke semua media lah.

Kata Nabi, sampaikanlah walau satu ayat.
Kalau kita tak buat pun, bila kita menasihat, lama-lama sendiri malu mesti akan buat juga.
Supaya nanti tak terasa jadi ketam jadian
Mengajar anak jalan lurus walhal sendiri tak terurus

Ha ha ha

Ok, sebab anak murid cikgu di atas pun dah mula nak bergerak, apa lagi?
Takkan nak ketinggalan kan?

Yosh ! 

*lari laju-laju*






“Untuk menjadi penulis, seseorang itu perlu membaca, membaca, membaca,membaca dan kemudian menulis.”

Dato’ A. Samad Said.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images