Jangan Putus Harapan

3:51 AM 2 Comments A+ a-

salam


Lesson of the day - Don't loose hope!

Petang yang drama. Seekor burung puchong bendang tengah lepak di lantai. Bila kami nak lalu, dia nak terbang. Tengah terbang tiba-tiba terhantuk dinding. Auch! Kami pulak yang rasa sakit.

Burung jatuh. Terkelepek. Nafas naik turun macam nak mati. Bila diperiksa, leher jenjang dia macam patah. Innallillah... Kata abah, leher dia dah 90 degree bengkok.Susah nak pebetul. Ya, physical exam mmg saya rasa. Err.. macam mana nak cpr burung?

Innalillah. Biar je lah sini. May u rest in peace. Nampak makin lama makin lembik. Mata dah tertutup.

10 minit kemudian, rasa kesian. Nak tengok balik. Kaku je. Check. Pegang. Cuit cuit sikit. Eh. Eh. Bergerak lagi lah!

Bagitau abah. Jatuh kasihan. Ok la, kata abah jom kita cuba. Abah nak try urut dia. Ada rezeki, hidup lah. Kalau tak, tak apa lah.

Bismillah. Bila dipegang, rontaan masih ada. Abah tarik leher panjang burung itu sambil urut perlahan. Replacement therapy barangkali? Habis 'urut', tetiba terus aktif plak burung seekor ni. Dan-dan waktu tu jugak dia 'bukak silat' dengan kepak terbukak, paruh panjang ternganga garang sambil menjerit. Hamboi! Lawan doktor nampak... Tak ingat ke tadi kau angkat leher pun tak boleh siap lembik bagai segala.

Abah bukak 'bunga' jugak. Kena berjaga sebab burung jenis ni suka mematuk mata. Haha aneh petang ini, burung bersilat dengan manusia. Penonton juga bertambah bila burung menjerit tak sudah.

Tapi manusia lagi terer. Kebetulan mungkin burung ni masih pening terantuk dan stress kena 'disc replacement'. Walau leher sentiasa pusing tengok abah dan kami di mana, dia terleka juga seketika. Langsung abah pegang kemas. Periksa semula kot2 ada yang luka atau patah. Ok, normal semua. Leher pun dah lurus. Takde benjol tajam tadi.

Terfikir tak tahu nak letak mana biar dia terbang dan tak terantuk lagi, kami letak dia atas bumbung di luar. Di luar,kelihatan dia merenggang2kan badan. Sihat dah la tu. Tapi dia tak bergerak ke mana. Leher sahaja kejap tengok atas, kejap tunduk ke bawah mencecah lantai. Sujud syukur ke burung? Hihi.. Kepala masih berpusing pening agaknya.

Bila dah pasti dia ok dengan caranya yang mengalih pandang pada kami di balik tingkap bila kami mengacah, kami pun pergi. Selamat lah hai burung. Hati-hati bila terbang! Jangan terantuk lagi.

"Abah, tak sangka kan dia hidup lagi? Ingatkan dah confirm mati tadi..."

[ alamak, ini facebook lah bukan blog... sorry  ]

.
.
.
.
.
.
.

Ini yang saya share di facebook baru-baru ini. Bila mood nak bercerita datang berkobar-kobar, langsung facebook mangsanya. Tak sempat nak berblog di blog melalui handset. Payah.

Apapun, alhamdulillah ada yang ramai yang membaca walaupun status ni panjang gila. hehe.

tq =)

2 comments

Write comments
arina
AUTHOR
October 19, 2013 at 8:17 PM delete

Org fofuler, msti la rmai yg baca. :p

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
October 20, 2013 at 7:34 AM delete

arina:
daaaa....~ (mata ke bahu tangan ke atas) =p

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *