Unpredictable

10:39 PM 1 Comments A+ a-

salam



Dari semua gambar-gambar graduasi yang ada di tangan, gambar atas ini adalah gambar yang paling lain dan mendalam ertinya dalam hidup sebulan lepas.

Dari jauh nampak macam gambar graduasi biasa kan?

Ceria. Happy. Senyum lebar sampai bila-bila.

Tapi sekarang setiap kali nampak gambar ini, memang termenung lama

Kenapa?

Sebab lepas gambar ini diambil, rupanya 4 hari lepas tu ada kemalangan yang berlaku pada orang-orang dalam gambar ni. 

Bukan semua la tapi.

Pada tetamu kami dari UK - Sumaiyah & Ili 

Ya Rabb..

Macam tercabut jantung dengar.

Baru haritu berkenalan dengan diaorang, bersembang, makan-makan
dan sempat bergambar bersama waktu majlis grad.

Sekali bila kami balik dari jaulah, dengar berita tentang mereka.

Sumaiyah meninggal, Ili cedera.

dengan 3 lagi pelajar Jordan yang juga kami kenal belaka.



Allah....

Sejak tu, setiap kali nampak gambar ni mesti terbayang-bayang

yang waktu ambil gambar dulu memang langsung tak ingat apa kecuali bahagia

sedangkan entah-entah waktu tu malaikat maut memang tengah perhati kita.


Dan kalau nak tahu, sehari sebelum mereka accident, kami juga sedang melalui jalan yang sama.
Siapa sangka esoknya tu akan ada kemalangan di situ?
Jalan tu memang scary. Divider takde. Batu besar gabak. Naik turun bukit kosong.
Kalau ditakdirkan kami yang terbabas malam tu macam mana?

Nauzubillah....



Allah...

Alfatihah buat Sumaiyah
Cemburu dengar pengakhiran Sumaiyah yang mampu mengucap sendiri
dan syahid dalam jaulah beliau menziarah kesan-kesan tinggalan Islam di Jordan ni. 

Alhamdulillah 
Sempat menziarah Ili dan Nazirul sebelum balik haritu waktu kebetulan ke Amman
Dengarnya semua dah keluar termasuk Humaira dan Shukri.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh
Allah ma3ak.


*muhasabah*


1 comments:

Write comments
konspimulut
AUTHOR
July 11, 2013 at 11:21 PM delete

Ada baca di surat khabar dan blog,takziah utk mangsa yg terlibat.Al Fatihah.

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *