Rambling Rant

Salam alaikum ~!

^_^)/


Sedar tak sedar dah 2 minggu di Malaysia.

1. Masih lagi dalam mode 'adapting'...
Adapting yang sekarang ni takkan keluar Malaysia lagi dah dalam masa terdekat
Adapting yang sekarang ni tak perlu nak kejar list 'what-to-do-in-Malaysia'
Adapting yang sekarang ni I'm no longer a student ( habis privilage dahh... sobs )
Adapting yang sekarang ni I'm going to be an adult. A real one.
Adapting yang lepas ni  hello welcome to the real world - Kerja dan Masyarakat.

phewwwh.... terkebil-kebil jugak fikir apa bakal jadi lepas ni.

2. By the way, last June was hectic! Boleh tengok dari berapa entry sahaja yang terkumpul. 2 je. Rekod sungguh. Tak tercapai tangan nak menulis dengan selesa. Boleh kata memang maksima habis sebulan ni tanpa duduk. Dengan graduasinya, dengan urusan sijilnya, dengan nak bawak orang berjalannya, dengan nak urus hal ehwal balik Malaysianya.. Ya rab, memang padan sangat semua orang dah mula pesan pada junior " Korang yang baru nak mula tahun akhir tu, bolehlah berkemas nak balik for good sekarang..."  Serius sangat sibuk. One month is not enough kalau baru nak plan lepas keluar result. Boleh terabur hidup. Dan banyak jugak benda yang terpaksa di tolak keluar sebab tak sempat dibuat.

Insyallah kalau diizinkan ada masa, masih teringin untuk dicatat semua yang berlaku sepanjang Jun lepas. Ba3din insyallah... Doakan. Sayang penutup perjalanan di Jordan tak termaktub di sini sedangkan mukaddimahnya semua bermula di sini jugak. Insyallah.

3. Tentang Kot Putih - pertamanya saya sebagai wakil Team Novel Kot Putih terharu yang tersangat-sangat bila permintaan untuk Kot Putih sangat di luar jangkaan. Sampai ke hari ini masih ada yang bertanya pada saya. Seribu kemaafan saya pohon untuk kalian yang saya tak terbalas email pertanyaan Kot Putih tempoh hari sejak tempahan ditutup. Bukan apa, selain sibuk, saya juga masih menunggu kalau-kalau ada saki baki cetakan yang masih tinggal sebelum saya boleh berikan jawapan. Kasihan. Tapi dalam meeting terakhir baru-baru ini - memang dah termaktub yang Kot Putih dah habis stok. Jangankan kalian, kami penulis-penulis ni pun banyak tak dapat buku tempahan sendiri yang awalnya di tangguh dulu sebab ramai sangat yang nak.

Untuk pengetahuan juga, insyallah kalau tak ada aral dan andai dimurahkan rezeki kita, insyallah Kot Putih akan diterbitkan semula di Malaysia. Hal ini masih dalam perbincangan lagi, masih belum nampak beanr-benar waktu mana yang sesuai. Cuma perancangannya yang dah ada. Insyallah... Mohon doakan perjalanan kerja kami ini. Semoga novel Kot Putih akan tetap menemui anda nanti. Amin...

Dan pada penempah Kot Putih yang tempah pada saya dan masih tak dapat, maaf juga sebab terlambat. Kargo buat hal. Sabtu sudah baru dapat. Insyallah dalam seminggu dua ini saya akan pos Kot Putih anda. Harap dapat maafkan kesilapan teknikal kami kali ni. Huhu

4. Mabruk Muqaddam pada rakan-rakan sebatch yang bakal berkenduri tahun ini. Pergh, berduyun-duyun  dah mula hantar kad. Semoga masjid yang bakal dibina dilimpahi barakah mawaddah dan rahmah sentiasa. Aminnnn.. =D

ok. Till then.

Kena sambung buat urusan pendaftaran diri sendiri dekat Malaysia.

Ma'assalamah~


Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images