Interview SPA for medical graduan ( doctor )

8:27 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, semalam dah selesai inteview SPA untuk medical graduan sesi Julai 2013..

So, rasanya nak share la dekat sini how it was going yesterday.


First and foremost, suka untuk saya beritahu kalau anda adalah warga penduduk negeri yang letaknya jauh ribu-ribu batu macam saya (Penang) dan penat nak berulang alik pergi KL berulang-ulang dalam masa sebulan dan nak balik cepat (sebab parent kerja esok), maka sebaiknya get ready lah awal-awal.


Macam mana?


Google (tulis SPA INTERVIEW DOCTOR - berpuluh-puluh keluar). Baca la sikit, tak rugi.


Last resort - okay saya cerita di sini.


Banyak sangat blog-blog yang cerita pasal interview SPA untuk pegawai perubatan ni di internet. Secara tak langsung boleh get ready tahu cara, procedure, dan jugak soalan-soalan yang bakal ditanya. Alang-alang, boelh buat skema jawapan dulu . hihi


Done. Lets go into the story.




BEFORE THE INTERVIEW


- Melalui pembacaan, saya dapat tahu dalam sekali interview akan ada lebih dari 100 orang akan datang.


- Untuk mendapatkan giliran yang cepat, adalah bergantung pada siapa yang hantar borang interview (dapat waktu taklimat) tu dulu, First come, first serve.


-Untuk make sure kita hantar borang tu awal, sila pastikan anda siap-siap ada

1)pen
2)gam -nanti kena lekat gambar
3)stapler / klip kertas - sebab nanti kena susun balik fotocopy compulsary item yang dia nak -item mcm dlm entry how to mendaftar jadi doctor
4)nak lagi laju dari orang lain , duduk terus dekat-dekat dengan bilik urusetia

- Taklimat interview akan bermula sharp pukul 8. Jadi sebaiknya datang awal. Sebab tempat interview tu di tingkat tiga. Dan kalau nak tahu saya datang tepat jam 6.45 pagi (sebab nak elak jammed). Ingatkan saya terlajak awal (dah malu dah sebenarnya), rupa-rupanya bila saya masuk bilik tetamu di ground floor tu,  dah lebih 10 orang datang lagi awal. ohoi.


- Dalam lagi 5 minit pukul 8, akan ada urusetia panggil untuk naik tingkat tiga dan berkumpul di sana untuk taklimat


- Waktu taklimat, akan di inform semula apa procedure interview dan barang-barang yang wajib ada:



i- Sekeping gambar berukuran Passport
ii - borang interview (akan dapat bila taklimat habis)
iii- SALINAN FOTOSTAT of: (Ini untuk graduan JORDAN. Graduan negara lain lebih kurang sama - certificate n translation)
a- Jidariyeh/Ijazah (Yg Cop EMAS in Arabic)
b- Translation Jidariyeh/Ijazah in English
c- Musaddaqah/Certificate in Arabic
d- Translation of Musaddaqah/Certificate in English
e- Kashfu Alamat/Transcript result in Arabic
f- Translation of Kashfu Alamat/ Transcript result in English
g- Kad pengenalan (depan belakang)
h- Surat beranak
i- Sijil SPM (bukan transcript yg kecik warna putih tu)- jika hilang Sijil Asal SPM, dapatkan semula dari Kementerian Pendidikan Malaysia di Parcel E, Putrajaya
j-sijil MMC


- Resume hanya diperlukan untuk student local. Graduan oversea takyah

-Once dia kata okay boleh hantar, silalah hantar selaju yang mungkin. Lagi awal anda hantar borang, lagi awal anda masuk. Nanti waktu hantar tu, ada kena sign some paper. So kalau lewat, boleh bayang berapa panjangnya nak beratur....

(oh lupa, semalam ada 91 graduan luar negara, around 30 (kot) graduan PMC dan 2 local.)

-Then tungggulah sampai semua orang dah hantar, baru interview akan bermula.

- Interview SPA ada dua grup setiap kali masuk. Satu grup satu bilik. Masuk berlima-lima. Penemuduga pula ada dua -sorang dari KKM dan sorang adalah doctor. So soalan-soalan adalah allllll about KKM & clinical thingy selain dari general soalan biasa.

- Time? Bergantung pada penemuduga anda. Kalau dia tanya sikit-sikit, maka laju lah. dalam 15 mnit siap. Kalau dia tanya banyak, mau dekat half an hour jugak baru keluar. 




DURING THE INTERVIEW

Untuk bilik saya semalam, penemuduga KKM adalah Miss-Chinese-sorry-saya-Lupa-Nama manakala seorang lagi adalah Dr.Darwindrash (kalau tak silap).. Both were very sweet and not malignant. But sometimes the doctor could provoke you a little bit. But nothing to worry la kot. We still end up laughing and giggling all the time di samping gabra tersengih-sengih bila tak tahu jawapan. Yang penting, the Dr pesan anything happen, be confident and jangan gelabah.

oh, jangan lupa the "do and don't"s waktu interview. Yang ini, cari sendiri ya.

Di samping saya ada another 2 girls from JUST and also 2 girls from Russian University.

Kami ditanya secara bergilir-gilir tentang beberapa topik yang kena jawab sorang demi sorang guna jawapan yang berbeza walaupun soalan sama. Understood?

Oh, and you can speak both Malay or English as you like. Better follow the interviewer. Kalau beliau speak Malay, so you should speak malay. Kalau dia speak English, speak English. Except bila dia suruh berlakon tentang " terangkan pada pesakit anda about blablablabla... " so speak malay lah.

Let me tell you what were the questions we got :

-First, introduce your self and your family

-Then awak masuk medic ni sebab apa? Your inner self or your family?

-Then kalau kena hantar pergi pendalam, awak nak ke tak nak?

-About KKM :
- Siapa Menteri Kesihatan, Timbalan Menteri Kesihatan, KSU, dan Pengarah Kesihatan.
- Apa isu semasa negara the latest sekarang? Headlines paper hari ini? (sila baca paper la yer)
- What is 1Malaysia?
- Cerita sikit tentang Klinik 1Malaysia tu apa?

-About Clinical Issue
-orthopedic emergency : give example, one by one (name only. no management will be asked)
-define emergency
-as a A&E doctor, tell us step by step your approach to a RTA patient that coming to you
-name each thing you used to immobilize the patient (cervical colar, immobilizer, spinal board)
-what is GSC? the max value is?
-3 xrays you will do in for RTA patient?
-classification of open fracture?

-eh, why you look so nervous eh? Tension ke? (tetiba Dr tegur sorang dari kami sambil senyum)

-How you deal with patient kalau tiba-tiba in your klinik ada sorang pak cik tua masuk marah-marah bengang sebab giliran dia sangat lambat?
- How you appologize and explain? ..... a.k.a ....try with me as your patient - Lakonkan!
- macam mana kalau pakcik tu nak complain to orang atasan about you and your klinik? What will you do?

and the question tamat~..... tapi nextnya adalah few nasihat-nasihat dan pesanan dari seorang doktor senior dan KKM kepada kita sebagai very young doctor. Alhamdulillah... so nextnya tunggu je la surat panggilan induksi dan penempatan - and they say good luck kalau dapat Sabah Sarawak. -_-'

Overall, okay je la interview tu. Dr and Miss both okay je. Boleh gelak-gelak sembang-sembang. Cuma bila tang kena tebuk tu je la yang kita sendiri gelabah sikit. Normal la kot. Dulu time clinical round pun gitu kan? =)

Cuma yang tak bestny, bila tanya bilik sebelah soalan clinical apa diaorang dapat - diaorang just ditanya about dengue. all about dengue. Only.

Heol....

Grup next lagi la... Grup bilik sebelah tu langsung takde soalan klinikal. General je. wah, untungnya!!
Grup next utk bilik kami dapat pasal IV fluid.

next -next grup ? Wallahualam?

Ala takpe...

Insyallah kheir. Tawakkalna 3ala Allah aje sudah.~ ^_^)/

So, since tadi saya start masuk bilik interview sebagai FIRST GROUP pukul 9, pukul 9.30 dah boleh balik Penang dengan bahagianya.... Yeay~~

NEXT?

Tunggu surat untuk buat medical check up dan panggilan induksi. Bila? Tak tahu lah. Maybe a month after..

Till then, good luck everyone!






** Untuk rujukan graduan JUST:


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *