Cara dapat Sijil/Syahadah JUST

6:50 PM 0 Comments A+ a-

Salam semua...

Pertamanya, tahniah untuk yang dah bergraduasi!

Sebab sekarang tengah rileks takde kerja, jadi terfikir nak buat something mulia di bulan Ramadhan ni. cewah. =)

Sekarang, nak share pada junior-junior yang akan grad nanti tentang step-step untuk berurusan dengan Arab dan Malizi sepanjang korang dah habis grad nanti. Senang ada rujukan detail macam ni.. Kudos to senior-senior lama yang rajin tolong kami jugak.

Ada 4 benda. 

Enjoy~!


********************************************************


INFO 1:  Utk GRADUAN MEDIC dan DENTIST JUST.




Steps untuk dapatkan SIJIL/Syahadah di JUST:


1- Daftarkan diri anda sebagai Ahli ALUMNI JUST http://oldwww.just.edu.jo/alumniweb/ , log-in dan isi semua maklumat kecuali 3 kotak terakhir. Kalau tak isi, korang tak dapat proceed yang lain nanti.

2-Check denda yang korang kena bayar ‘ahdah dalam Khidmat Tholib. Contoh denda: buku Maktabah dan lain-lain.

3- Pergi ke tempat pembayaran iaitu Sunduk Maliah, berdekatan dengan Presidential Office. Kat situ korang akan bayar
-       Rusum Khirij JD75  
-       Result in English JD10 (Kashful alamat)  
-       Certificate in English JD10 (Jidariyyah, Musaddaqah)
-       Bil-bil Ta’min Sihhi (berbeza ikut individu)
-       Denda hilang kunci peti P.O Box (jika ada) 0.5 JD

( seriously mahal ya amat seyh nak grad dari JUST ni. Dah habis belajar pun kena bayar-bayar lagi. Kopak ... kopak.... So, be prepared! Simpan duit siap-siap sebelum grad. Koman-koman pun 100Jd perlu ada dalam tangan.. okay?)


Make sure bawa hawiyyah. Then dia akan kasi kat korang RESIT utk setiap pembayaran.
Selepas itu kalau boleh, fotostat semua salinan resit untuk kegunaan claim dekat penaja bila balik Malaysia nanti. Machine fotostat ada di Library (2JD for kad + 1JD topup kad).

4- Kalau ada yang memiliki kunci P.O Box kat JUST, pergi pulangkan kat عمادة شؤون طلب. Kalau hilang, kena bayar denda as perkara 3 di atas.

5- Resit rusum khirij 75 JD + Result in English JD10 + Certificate in English JD10 serah kat Musajjil Tibb, dekat Qubul wa Tasjil, pada Mohd Bani Hani. Musajjil Tibb Asnan dalam bilik yang sama. Make sure check nama korang pada system computer di situ. Pastikan nama pada system sama ejaan dengan dalam kad pengenalan/passport. Sebab akan menyusahkan korang bila prosedur di Malaysia nanti.
  
6- RESIT CLAIM pulak kena gi serah kat bangunan Presidential, Bahagian Financial Affait, tingkat atas sekali. Tapi jika kat RESIT CLAIM tu tulis ZIMAM (Penjuru atas sebelah kiri), korang tak perlu ke bangunan President tersebut sebab ZIMAM means korang FULLY SPONSORED.
Resit Claim ni hanyalah untuk student private, awal-awal dulu ada bayar 20JD masa pendaftaran.
Untuk tajaan MARA/JPA boleh skip step ini.

7- Korang akan kena sign satu dokumen, dan dapat satu sampul besar. Dalam tu, ada 3 dokumen dalam bahasa Arab – Kashful Alamat, Jidariyyah & Musaddaqah. Untuk dokumen dalam bahasa Inggeris, korang akan dapat keesokan harinya.

8- Keesokan harinya, datang ke Diwan, bersebelahan dengan Musajjil Tibb di Qubul wa Tasjil. Korang akan dapat 3 dokumen yang dah diterjemah ke bahasa Inggeris.

9- Bawa semua enam dokumen rasmi tu ke bangunan C5 tingkat 2 untuk dapatkan COP Wizarah Ta’lim ‘Ali, JUST.
Ada 3 bilik. Bilik pertama untuk cop dan pembayaran 6JD (1 keping, 1 JD). Bilik kedua untuk dapatkan cop kedua. Bilik ketiga (antara bilik 1 & 3) untuk tandatangan. Semua bilik dalam satu floor yang sama.
Pejabat buka 8am - 2pm sahaja kecuali Khamis sampai jam 1 petang.

kalau malas datang sini, alternatif lainnya adalah pergi Wizarah Ta3lim 3ali di Amman - Ini yang kami (Ainul dan Maisarah) buat bila kat JUST payah sangat nak pergi. Wizarah Ta3lim 3ali Amman sama je benda nya dekat yang JUST. Dia berdekatan je dengan Jordan University. Lebih besar, Lebih Laju, dan lebih berperaturan la. Plus, lebih on time. Bukak pukul 8 sharp! Kaunter pun banyak. Takyah beratur lama-lama except kalau peak hour (pukul 9.30). 

So boleh lah buat pilihan =)



Hal-hal lain
-       Pergi AWAL PAGI!! Semua urusan di JUST selepas Jam 11 pagi adalah SUKAR and memerlukan KESABARAN. kalau awal-awal pagi insyaAllah Smooth! - (pengalaman sendiri - bukak pukul 9, tutup pukul 11. takde toleransi)
-       Urusan pulangan semula robe graduation (jika tak nak bawa balik)
1)    Pergi ke tempat korang ambil robes dan pulangkan semula. Make sure ingat nombor dokumen korang masa mula-mula ambil robes
2)    Pergi ke Financial Affait (sama perkara 6), untuk urusan claim duit deposit 30JD. Korang akan kena bayar 0.5JD untuk stem dan dia akan pulangkan 30JD korang semula.
3)    Tuan punya badan kena pergi sendiri. Bawa hawiyah bersama dan korang akan kena sign sebagai bukti dah claim.


kredit - Updated version: AFIQ (25th June 2013)
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *