Cara Mendaftar Sebagai Doktor di Malaysia

INFO 3: CHECKLIST Utk GRADUAN MEDIC dan DENTIST (sebahagian).



STEPS MENDAFTAR SEBAGAI DOKTOR DI MALAYSIA 

UNTUK LEPASAN LUAR NEGARA


STEP 1:
Sediakan 5 Files: (setiap FILE akan diperincikan dibawah STEP 3 hingga STEP 7)
1-File SPA
2-File MMC (medic) or MDC (dentist)
3-File KKM
4-File Penaja
5-File Hospital
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 2:
Setiap FILE hendaklah mengandungi COMPULSARY ITEMS: ( KHAS UNTUK JUST GRADUAN. Negara lain saya tak pasti)

i- Sekeping gambar berukuran Passport
ii- SALINAN FOTOSTAT of:
a- Jidariyeh/Ijazah (Yg Cop EMAS in Arabic)
b- Translation Jidariyeh/Ijazah in English
c- Musaddaqah/Certificate in Arabic
d- Translation of Musaddaqah/Certificate in English
e- Kashfu Alamat/Transcript result in Arabic
f- Translation of Kashfu Alamat/ Transcript result in English
g- Kad pengenalan (depan belakang)
h- Surat beranak
g- Sijil SPM (bukan transcript yg kecik warna putih tu)- jika hilang Sijil Asal SPM, dapatkan semula dari Kementerian Pendidikan Malaysia di Parcel E, Putrajaya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 3:

(1) FILE SPA:
1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-Isi borang SPA8i online (ikut ARAHAN/PANDUAN PENGGUNA BORANG SPA8i yg ada di sini) :
4-Print (2 COPIES) slip SPA (PAGE TERAKHIR SAHAJA) tanpa pengesahan seperti yg dinyatakan di Muka 42/45 dalam PANDUAN PENGGUNA BORANG SPA8i.
 5-SATU copy slip SPA yg di print dimasukkan dlm FILE SPA utk kegunaan time interview nanti dan SATU copy lagi utk kegunaan pihak penaja (STEP 6).
6-Call Pegawai SPA (Pn Azura/Miss Hidayah) yg incharge bahagian temuduga SPA utk pengesahan pendaftaran online dan tarikh interview.
7-Sertakan surat MMC yg ASLI (STEP 4, point 7-9) dan 1 salinan tanpa perlu disahkan salinan surat MMC tersebut.
8-Sattle urusan SPA (tak perlu pergi pun ke bangunan SPA kecuali time interview nanti je) dan bawa FILE SPA ni tyme interview nanti.


Additional Info:
Contact: Puan Azura/ Miss Hidayah Telefon: 03-8885 6372/ 8885 6339, faks: 03:8888 5044
Email: norazura@spa.gov.my / zamzarina@spa.gov.my
Nombor sambungan lain untuk bahagian perubatan - 6137 / 6338

ALAMAT SPA:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian pengambilan,
Aras 6, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520, Putrajaya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 4: (Step paling STRICT and IMPORTANT)

(2) FILE MMC:
1-Buat Money Order RM20 utk tujuan Yuran Pendaftaran MMC atas nama "Pendaftar Pengamal Perubatan"
2-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
3-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
4-PENTING: Utk MMC, WAJIB ikut GARIS PANDUAN PENGESAHAN DOKUMEN (baca especially 2 pages terakhir dlm garis panduan ni), click sini:
5-Download dan isi borang PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA pada link yg sama di atas or click sini skali lagi:
6-Dah sattle isi borang tersebut, bolehlah terus serahkan FILE MMC ni ke pejabat MMC di bangunan lama KKM sebelah Masjid Negara.
7-Lepas serah FILE MMC kpd pegawai MMC nanti, tunggu sekejap dlm 30 minit utk dapatkan SURAT PENGESAHAN PERMOHONAN SIJIL PENDAFTARAN SEMENTARA.
8-Check surat tersebut, make sure ejaan nama BETUL DAN ada dinyatakan bahawa "NO. PENDAFTARAN SEMENTARA BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH PERMOHONAN YANG DITERIMA LENGKAP". Kalau dalam surat tu ada tulis "permohonan masih tidak lengkap....bla..bla..bla..", so contact pegawai MMC tu semula di no. talian yg ada dlm surat tersebut.
9-Fotostat 2 SALINAN surat tersebut (TAK PERLU PENGESAHAN SALINAN) utk digunakan pada STEP 5 dan STEP 7 nanti.
10-Sattle Urusan MMC dan boleh terus ke KKM di Purtajaya.


Additional Info:
1-Diingatkan sekali lagi, org yg tandatangan pada bahagian PERAKUAN PENGENALAN SAKSI dalam Borang 4 (Borang Permohonan Perakuan Pendaftaran Sementara) yg di download dan di isi pada link di atas tadi WAJIB ORANG YG SAMA dengan yg SAHkan SETIAP COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg ada dlm FILE MMC!!!

2-Surat Pesuruhjaya sumpah (utk sesapa yg nama in ENGLISH beliau xsama ejaan dengan kad pengenalan ATAU nama dalam sijil xde BIN/BINTI, senang cerita nama dalam sijil yg kita dapat dari JUST tak sama 100% dengan kad pengenalan kita).

Contact MMC: 03-22628480/ 8481/ 8482, faks: 03-26938569/ 03-26912973

ALAMAT MMC:
Majlis Perubatan Malaysia (MMC),
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Blok B, Aras Bawah,
Jalan Cenderasari,
50590 Kuala LUmpur
( simpang sebelah Masjid Negara, specifically BETUL2 dekat dengan pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Sebelah Klinik Kesihatan.) - Gunakan SYGIC / WAZE utk carian lebih tepat dan senang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 5:

(3) FILE KKM:
1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-Download dan isi Borang Maklumat Diri (BMD) KKM, click sini:
4-Sertakan salinan surat MMC (STEP 4, point 7-9) tanpa perlu disahkan salinan surat MMC tersebut.
5-Serahkan FILE KKM kepada pegawai KKM (Puan Aminah/ Puan Nurul).
6-Sattle urusan di KKM dan tunggu panggilan telefon utk INTERVIEW KKM dan Surat Panggilan INDUKSI KKM selepas sebulan or lebih dari tarikh FILE KKM dihantar.


Additional Info:
1-Sertakan Salinan Surat NIKAH yg telah disahkan (utk menguatkan lagi alasan ingin mengikut pasanga bagi yg dah berumahtangga).

2-Untuk yg belum berumahtangga dan berhasrat nak pilih hospital yg berhampiran dgn rumah anda, sertakan sekali bukti sokongan (eg: Surat kesihatan yg parents x sihat, surat dari Jab. Kebajikan Masyarakat yg parent tinggal sorang diri, surat perjanjian pertunangan, kad kenduri kawen bagi yg bertunang, etc...) or ape2 sahaja bukti sokongan.

3-Borang Maklumat Diri (BMD) ini juga boleh didapati di kaunter Bahagian Sumber Manusia KKM, so sesapa yg malas nak download boleh amek and isi kat sana je, xperlu pada apa2 pengesahan borang BMD ini.

4-Untuk urusan Kursus Induksi, sila hubungi Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) di talian 03-88850600 sambungan 6174.

CONTACT: 03-88833888 (Puan Aminah/ Puan Nurul)

ALAMAT KKM:
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Bahagian Sumber Manusia,
Unit Pengurusan & Professional,
Aras 9, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 6:

(4) FILE PENAJA:
1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-SATU copy slip SPA yg diprint (STEP 3, point 5) tanpa pengesahan.
4-Isi borang Tamat Belajar/Lapor Diri dari Pihak Penaja (JPA, MARA, MINDEV, etc..), borang boleh didapati dari kaunter pegawai penaja. Utk students JPA boleh click link ni:


Additional Info:
Untuk student Tajaan MARA/JPA, tarikh akhir Lapor diri kpd pihak penaja adalah 6 Bulan dari tarikh tamat pengajian.

Kepada students tajaan MARA, adalah digalakkan utk Lapor diri kpd MARA selepas interview SPA/KKM atau between interview and Induksi. Jika anda lapor diri awal (sebelum bulan Ogos), elaun saradiri utk bulan Ogos automatically dibatalkan kerana nama anda dlm system komputer MARA akan diterminate dari menerima elaun selepas anda melapor diri.Juga, PASTIkan anda dah settlekan smua bentuk claim dari MARA sebelum melapor diri eg: Claim Tiket penerbangan, Claim Insuran, Claim Buku, Claim Elaun Praktikal (RM4140) utk posting selain di K.A.U.H yg melebihi jarak 20 KM (berdasarkan Lampiran A, perjanjian MARA). 


Alamat JPA:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Tingkat 5, Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Telefon: 603 - 8885 3000/4000Direct Call: 03-8885 3447  (Untuk urusan Bayaran Balik Biasiswa, Pinjaman, Tiket Penerbangan & Insuran Kesihatan)

Alamat MARA:
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3,
Ibu Pejabat MARA,
21 , Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.      
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016   Faks: 03-26915854
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


STEP 7:

(5) FILE HOSPITAL:

1-Sediakan COMPULSARY ITEMS (STEP 2) yg dinyatakan di atas.
2-Sahkan SETIAP HELAIAN salinan tersebut dari Pegawai Kerajaan Golongan A (Eg: Doctor, Pengetua Sekolah, Guru Penolong Kanan, Ketua Kampung, JKKK Kampung, Pesuruhjaya Sumpah, etc....).
3-Sertakan salinan surat MMC (STEP 4, point 7-9) tanpa perlu disahkan salinan surat MMC tersebut.
4-Serahkan FILE HOSPITAL kepada Pengarah Hospital semasa melapor diri di Hospital tempat anda bertugas.


Additional Info:

Senarai Hospital yg menyediakan Latihan Siswazah (Housmanship):
01.    HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR 
02.    HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR 
03.    HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI 
04.    HOSPITAL KULIM, KEDAH 
05.    HOSPITAL PULAU PINANG
06.    HOSPITAL SEBERANG JAYA 
07.    HOSPITAL TAIPING, PERAK 
08.    HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH 
09.    HOSPITAL TELUK INTAN 
10.    HOSPITAL SERI MANJUNG, PERAK 
11.    * HOSPITAL KUALA LUMPUR 
12.    * HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG 
13.    * HOSPITAL SELAYANG, SELANGOR 
14.    * HOSPITAL KAJANG, SELANGOR 
15.    * HOSPITAL SERDANG, SELANGOR 
16.    * HOSPITAL AMPANG, SELANGOR  
17.    * HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR 
18.    HOSPITAL TUANKU JAA’FAR, SEREMBAN 
19.    HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH 
20.    HOSPITAL MELAKA 
21.    HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR 
22.    HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU 
23.    HOSPITAL BATU PAHAT, JOHOR 
24.    HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR 
25.    HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN 
26.    HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH. TEMERLOH 
27.    HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU 
28.    HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU 
29.    HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU 
30.    HOSPITAL KUALA KRAI, KELANTAN 
31.    HOSPITAL TANAH MERAH, KELANTAN
32.    HOSPITAL UMUM SARAWAK, KUCHING 
33.    HOSPITAL SIBU, SARAWAK 
34.    HOSPITAL MIRI, SARAWAK 
35.    HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU 
36.    HOSPITAL TAWAU, SABAH 
37.    HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN, SABAH 
38.    *PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM) 
39.    *PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) 
40.    ** HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM) 
41.    * HOSPITAL PUTRAJAYA  

* Semua Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di fasiliti yang bertanda (*) diwajibkan untuk memohon penempatan  baru  di  luar  negeri  Selangor  atau  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur setelah  tamat latihan.  
** PPS di HUSM boleh memohon penempatan di negeri Kelantan

=============================================================

## Ini pulak adalah cara cerita macam mana nak buat pendaftaran secara kurang skema. By Syahmi.


Lapor Diri dan Pendaftaran (settle everything dalam masa sehari)

 A. Sediakan benda-benda asas untuk each MMC, KKM, JPA dan SPA (sama seperti yang dalam guide senior2 lepas)
- gambar passport dan enam salinan dokumen yang disahkan dari Jordan
- certified copy of I/C, surat beranak, dan sijil SPM
- borang untuk setiap jabatan (borang MMC, Borang KKM, Borang JPA)
- korang akan pergi ke dua tempat sahaja --> KL untuk MMC, dan Putrajaya bagi KKM dan JPA
- apps Waze atau Sygic untuk mengelakkan sesat. 


Step 1
Isi borang online SPA. sila daftar akaun, dan isi sampai habis. at the end korang akan dapat slip SPA. Print slip ni untuk kegunaan akan datang (di JPA dan interview SPA). Step SPA hanya di sini sahaja, dan akan disambung once korang dipanggil ke interview.


Step 2
1. Buat Money Order. (google sendiri macam mana nak buat. ni benda basic)
2. Checklist dokumen asas, dan tambahan borang Fitness For Practice MMC (kuatkuasa dari 1 April 2013). Google dan download sendiri. Kalau tak tahu, minta je dekat pejabat MMC, diorang akan kasi.
3. Pejabat MMC dekat KL, bertentangan dengan pejabat POS Besar, simpang sebelah Masjid Negara. Pintu depan tulis Kementerian Kesihatan Malaysia. Gate tu sebelah Klinik Kesihatan . Pergi ke Blok B, Ground Floor dan masuk ke bilik yang tertulis Kaunter Pendaftaran dan Pertanyaan. Urusan anda hanya bersama akak yang jaga kaunter sahaja. Pejabat buka jam 8.30 pagi. Submit 8.30 pagi, dan sijil sementara boleh diambil (sekiranya by hand) before lunch. Kitorang dapat pkul 12 tgh.
4. Untuk yang rushing, boleh minta MMC pos kan je ke rumah atau wakilkan orang lain (make sure wakil tu ada surat mewakilkan diri korang. buat sendiri). ada dalam borang MMC untuk part ni, just tick je pilihan korang. 
5. Dekat step ni korang akan dapat satu sijil pendaftaran sementara yang ada nombor siri. Sijil ni perlu difotokopi dan dilampirkan bersama borang KKM nanti. 
6. Borang MMC dan dokumen2 nya memang strict, so follow je step yang dah ada senior kita buatkan. xyah complicate sangat fikir dalam2. ikut step dan guide, insyAllah settle. 


Step 3
1. Sila ke Putrajaya. Kalau MMC siap before lunch, korang akan smpai Putrajaya time lunch. So lunch lah dulu sebab office bukak pkul 2. 
2. Korang pergi ke Presint 1. KKM di Kompleks E dan JPA di Kompleks C.
3. Untuk KKM, di kompleks E7, aras 9. Korang just serahkan semua benda asas tadi bersama salinan sijil MMC (xperlu disahkan). Dalam borang KKM tu, ada tempat posting. Make sure korang isi je penuh-penuh even dengan nama hospital yang sama. Klu korang tinggalkan kosong, means korang tak kisah dihantar ke mana-mana tempat. Simple je kat sini. Check semula senarai hospital sebab ada hospital baru dan hospital yang digugurkan dari senarai posting housemen. 
4. Masalah utama di sini adalah parking. Parking awam sangat jauh dan kalau hujan, memang problem. 


Step 4
1. Lepas KKM, boleh pergi ke JPA. JPA terletak di C1, aras 5. Korang just submit benda-benda yang dikehendaki oleh JPA sahaja (rujuk borang JPA yang korang download, ada senarai checklist). 
2. Untuk JPA, korang ada urusan claim-claim. Ada satu borang claim. Korang xyah pening kepala, borang-borang ni even borang JPA tu ada tersedia di kaunter. Segala apa yang nak diclaim perlu dilampirkan bukti dan terjemahan dengan pengesahan. Tapi, dapat ke tak itu bergantung kepada JPA. 
3. JPA perlukan akaun bank korang ye. Just berikan je pengesahan akaun (Maybank boleh minta kat branch diorang. BSN or RHB, fotostate buku bank part ada nama, no akaun dan alamat tu). Mana-mana bank dalam Mesia diterima, bukan sekadar CIMB sahaja ya. 


Step 5
Pulang dengan rasa bahagia, gembira dan lega sambil menghabiskan cuti sebelum dipanggil interview dan induksi. 


.
.
.


** Untuk bahagian tunggu Interview ni, pengalaman saya sendiri pulak berbeza sikit dengan orang lain. Kawan-kawan saya yang lain boleh kata hampir semuanya akan menerima panggilan dari SPA dalam seminggu dua untuk tarikh interview. Jadi mereka menunggu je la.

Tapi saya tidak. 

Dua hari selepas saya send borang SPA, saya call sendiri SPA untuk pengesahan online. Juga terus on the spot, saya ditanya nak book terus atau tidak interview. So, saya memang takde tunggu panggilan dah la. Book on the spot, bulan mana yang saya nak interview - dah macam book flight pulak. =p

However pada time saya, cik yang menjawab panggilan saya masih berbaik hati utk book-kan dulu tarikh saya walaupun saya tak hantar lagi borang MMC waktu tu (dia perlukan nombor MMC utk interview sebenarnya). So, alhamdulillah even saya takde lagi nombor MMC, dia still book kan dengan syarat lepas tu pergi buat MMC cepat

Dan ada kawan saya, kurang bernasib baik sebab nak book tapi tak dapat sebab tak ada lagi nombor MMC. So, ikut nasib jugak la. Lagi parah bila nak book, tapi dah takde kekosongan. Sobs. Terpaksa tunggu bulan seterusnya. tsk3...

So, terpulang pada anda. Nak cepat atau lambat, itu anda yang pilih =)
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images