Cara Dapat Cop Pengesahan & Setem Hasil Jordan

7:04 PM 0 Comments A+ a-

Lanjutan dari Step Pertama iaitu cara mendapatkan sijil atau syahadah di JUST tadi , seterusnya adalah step kedua : Cara mendapatkan Cop Pengesahan dan Stem Hasil



INFO 2: Utk GRADUAN MEDIC dan DENTIST JUST.


Steps untuk dapatkan COP PENGESAHAN dan SETEM 

HASIL:

Basically ada 3 Cop kita kena amik. 

1) Cop Wizarah Ta'lim 'Ali (Urusan di JUST atau di Amman , rujuk INFO 1) 

2) Dah siap semua kat JUST, boleh terus pergi Wizarah Kharijiyah dekat Duwar Awwal, Amman. Bangunan bawah tanah tu bertentangan dengan Tche Tche Restaurant. Sesiapa yg ada GPS boleh key-in coordinate ni 31.950578,35.923359 . Kalau naik Taxi cakap Wizarah Kharijiyyah Duwar Awwal (Bukan Wizarah Kharijiyyah Syari' Matar, yang on the way ke airport tu..!!!). Make sure juga naik Taxi yg bermeter, kalau x, memang kena goreng dgn taxi. Dan TAXI kat Amman WAJIB guna meter by law.

Kat sini pun sama juga. Stem hasil, JD1 setiap stem. Sebiji macam kat JUST. Semua dokumen yg di cop di Wizarah Ta'lim 'Ali kat JUST akan di cop semula disini dengan Cop Rasmi Wizarah Kharijiyyah beserta STEM HASIL JD1 setiap dokumen. So, TOTAL JD6 utk semuanya.

Sampai kat sini, korang beratur. Bila sampai turn korang, kasi kat dia ke ENAM-ENAM documen yg di cop di Wizarah Ta'lim 'Ali kat JUST tadi. Then dia akan tampalkan STEM HASIL and dia akan minta kat korang JD6. Pas bayar tu, DOUBLE check! MAKE SURE korang ada 6 STEM HASIL semuanya on the same page korang dapat cop Wizarah Ta'lim 'Ali kat JUST!

~BERHATI-HATI, sijil korang akan Kotor dgn ink biru kesan cop yg belum kering! So, lepas dia kasi kat korang, elakkan letak bertindih supaya sijil2 korang tak kotor.~

Then pergi ke meja paling Kanan utk dapatkan tandatangan pada setiap cop dalam dokumen. JANGAN keluar dari bangunan tu selagi korang ta dapat TANDATANGAN Pegawai Wizarah Kharijiyyah. Kalau tak, sijil korang tak valid!

3) Dah siap kat Wizarah Kharijiyah, boleh ke SAFARAH Malaysia. Tak jauh, dekat je dengan Kedutaan Amarika. Kalau naik taxi dari Wizarah Kharijiyyah tu, kena bayar dlm JD1.50 je.. Kat sini korang kasi dokument yg nak di Cop pada secretary yg jaga kaunter tu. Nanti pegawai Kedutaan (Encik Anwar) akan copkan. Then, Alhamdulillah dah settle urusan korang di Jordan.

ATAU

boleh pergi EMJ dekat Duwar Sabi3, berdekatan dengan Madrasah Amerikiyyah (American School) or Safeway.

Kat sini amik cop & signature dari Pengarah or Atase Pendidikan EMJ. 

Semua urusan di JUST dan AMMAN selepas Jam 11 pagi adalah SUKAR and memerlukan KESABARAN. kalau awal-awal pagi insyaAllah Smooth! Bittaufiq! 

** untuk memudahkan kerja korang nak mencari tempat, saya syorkan korang mintak tolong pakcik Arab bawakkan. Macam saya dan Maisarah, kami mintak tolong Pakcik Yassin - kena bayar la tapi.. But the result, memang tiptop. Laju dan pantas. Siap boleh kejar masa pergi hospital ziarah orang dan pergi kutip gambar dekat Amman tu lagi. Dan lagi alhamdulillah bila kitaorang boleh patah balik sesenangnya bila tersilap buat prosedur. Fuh. All in one day. Bertolak dari Irbid pukul 6.30, balik rumah pukul 2. Pantas kan?


kredit :Updated version : AFIQ (25th June 2013)


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *