Spring Waltz - Jordan

Assalamualaikum~

Sejak Jordan masuk fatrah musim bunga sekarang
memang selalu sangat jadi orang gila bila keluar rumah

senyum sorang-sorang
belek bunga lama-lama
pandang awan macam tak pernah jumpa
kamera pun on sepanjang masa

kalau tension,
keluar je dari bangunan boleh terlupa masalah yang ada

Subhanallah~

Alam memang tak pernah mengecewakan!
Tambah-tambah bila masuk musim bunga~


sakura 1


sakura 2


Eh, ini Jordan ke Jepun? 

Tengok nama University dah sama J depan N belakang... 

Nayyy~ This is Jordan! =)



pintu depan University - gabungan pokok tamar dan sakura


Jalan Utama depan Pintu Gate University

Look at the sky. Clear crystal! Blue~ Licin.


Menunggu bas dalam University penuh. Waktu petang. Sepoi. 

Langit tetap macam lukisan



The Masterpiece of God! 
CaptureD dalam bas. Rasa nak loncat keluar.

* pengsan sebab awan lawa sangat*


Hari-hari keesokannya. Masih di dalam bas. Ralit pandang awan tebal.


Rembang petang. Baru balik Library. Jalan mendongak lagi.



Next day, mengulang rutin yang dah jadi habit untuk dua tiga minggu ini.

Stalk the clouds.
Stalk the clouds.
Stalk the clouds.

-khusyuk sangat sampai orang datang minta tambang pun tak sedar-


Allah. Allah. Allah.
Subhanallah.
Cair hati


- sekian -
peminat awan

** Dah tengah malam bila tension study ni, nak kluar rumah rumah tak boleh. So, belek album luar rumah jadikla.. **


p/s: Untuk negara-negara Tanah Utara yang masih bersalji, diharap bawak banyak-banyak bersabar ya~
Terutama kat Russia yang salji dah menimbun sampai ke lutut tu. Jaga diri. 
-------------------------------------------------------------------------------------

Final exam Medic! - Bermula 24 April ni
(takutnya Ya Allah)

Lagi tambah stress bila JUST masih sesuka hati tukar-tukar jadual tak berenti dari minggu lepas. 
Sabar je la... 
-_-'


- doakan kami ya. Tq~-





8 comments

rozy | March 29, 2013 at 4:16 PM

eh, sama la kita - minat awan :)

cantik sangat gambar2nya! x sangka kat jordan pon ada sakura :)

Don't Afraid to Try | March 29, 2013 at 4:30 PM

Aurisshaira,

gambar-gambar semua owesome yer..cantik sgt2..keindahan sakura..subhanallah.ciptaan Allah yg maha indah..

Ainul Arina | March 30, 2013 at 2:00 AM

rozy:
*gimme five* =D
jordan banyak je sakura. tapi takdelah sebanyak dekat jepun dengan korea.. ^_^

kak datt:
^_^ kan? subhanallah~
boleh panggil saya ainul kot, akak. aurisshaira tu nama pena je. segan plak saya. =)

Don't Afraid to Try | March 30, 2013 at 2:07 AM

ainul,

sorry dear..kak datt lupe nama awk..tu yg letak nama pena jer..

cantik btl sakura tu...gmbr pulak clear...td baca post bosan kan? ape kata awk pg enjoy the view puas2 dulu, then nnt bile awk dh release, br boleh study balik..
klu paksa2 pn tkt nnt lg bosan..tgk ciptaan Tuhan ni pun dpt melegakan jiwa kt..

kt sana dh panas, sebab tulah sakura cepat berkembang. kat jepun, belum lg sbb masih sejuk..ni kwn akak kt jepunlah yg cakap..tgk cuaca pun masih gloomy2 lg..

Ainul Arina | March 30, 2013 at 2:12 AM

kak datt,
memang plan nak kluar pun kejap lagi. dah sehari lebih terperuk hujung minggu. stress. hihi.

owh... agaknya la.cuaca dunia sekarang pun macam tak berapa betul mcm sebelum ni. jordan ni pun kejap sejuk kejap panas. patutnya dah panas memanjang. tapi kadang2 terselit gak suhu under 15degree. pening.

Don't Afraid to Try | March 30, 2013 at 2:19 AM

ainul,

btl tu..pg keluar amek2 angin..br ade mood nk bt pape..kt msia ni dh nk masuk musim panas, startlah berbahang2..panas btl rasanya skrg..

for this moment, enjoylah dulu your precious moment kt sane..nnt awk dh blk msia, u will miss everything..bak kata org, hujan emas kat tmpt org, hujan batu di negeri sendiri..ape2 pun segala kt tmpt org, kt simpan dlm ingatan..yg kt tmpt kt, adalah kt yg sebenar2nya..merapu pulak ptg2 ni..ni kes boring jugaklah ni..hehe

Ainul Arina | March 30, 2013 at 2:26 AM

insyallah. memang actually sangat sayang pun jordan ni (even kadang2 dia bakar hati sampai tak sabar nak balik cepat.).... nak tinggal sayang, tapi malaysia tetap dihati, tak sabar nak balik. hehe =D

akak tak jalan mana2 ke hujung minggu ni? td saja jalan2 blog akak. oooo travelers jugak rupanya. bolehlah nnti sembang2 pasal tmpat yg akak dah penah pegi. jepun tu best! jelesnya! =p

selamat kenal, kak datt ^_^

Don't Afraid to Try | March 30, 2013 at 5:45 AM

hi ainul,

hrp dh ade smgt nk smbg study tu ek? hehe

xpergi mane2 pun mggu ni..mcm malas jer..ikut mood jugak...sbb hjg bln ni slalunya org ramai..akak rimas..tggu dh reda skit br kuar..

akak dh lame bc trip awk ke korea..best giler..lengkap A-Z..tp akak xsmp2 lg ke sana..pg jepun pun sementara kwn akak duduk sane..ambil lah peluang selain dpt melawat die..

klu ainul ade kwn di sana, boleh la dtg sementara ade peluang...mgkn lps hbs bljr nnt..cuma kene bertabah skit dgn proses visa...tp nk g jordan pun pakai visa ke dear? sorry akak xtau..

selamat berkenalan yer ainul..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images