Qudwah


salam


Mabruk untuk adik-adik junior yang buat inisiatif sendiri adakan program gotong-royong bersihkan jalan raya dekat Syari' Jamiah di pagi-pagi subuh Jumaat waktu Irbid lengang dan sunyi sepi 

(Waktu Jumaat pagi adalah waktu di mana kita boleh berbaring [kalau nak] dengan bahagia di tengah jalan raya sebab memang langsung takde orang dekat luar. Waktu ni memang adatnya Arab masih tidur sebab Jumaat adalah cuti yang sangat dinanti-natikan. Kalau ada Arab yang dekat luar rumah waktu pagi-pagi Jumaat ni, memang hebat sangatlah dia tak tidur lepas subuh - husnuzzon sikit maybe diaorang berehat-rehat dengan famili kat rumah. Tapi nak kata yang keluar pagi-pagi Jumaat memang tersangat sedikit lah bilangannya.)

Pakcik kutip sampah mesti terharu dengan korang. Lapang beban dia hari ni. 
Kesian kan dia je yang sorang-sorang kutip sampah hari-hari dekat sini.


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَ نَفَّسَ اللهُ عَنْ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ 
وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَاكَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيْهِ. (أخرجه مسلم)

“Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa melepasakan dari seorang muslim satu kesusahan dari sebagian kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepasakan kesusahannya dari sebagian kesusahan hari kiamat; dan barangsiapa memberi kelonggaran dari orang yang susah, niscaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat; dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi aib dia dunia dan akhirat; Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selam hamba tersebut menolong saudaranya.”
(Dikeluarkan oleh Imam Muslim).




Lebih tambah osem bila korang berjaya bagi kesedaran pada orang Arab sendiri tanpa perlu bising-bising salahkan perangai Arab yang suka buang sampah merata-rata. 

( Facebook Arab pun keluar berita diaorang)

Ini lah namanya Qudwah Hasanah~

Tahniah2! 

(^_^)/


** Tetiba rasa menyesal tolak ajakan kawan nak Jogging pagi Jumaat tadi. Kalau tak, mesti dapat join adik-adik ni sekali. 





p/s: Takziah untuk keluarga mangsa kes Lahad Datu. Semoga mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin...~


1 comment

Ady skywalker | March 2, 2013 at 7:31 AM

Jumaat hari besar islam

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images