May You Rest In Peace

9:18 PM 1 Comments A+ a-

salam



Baru habis discussion case.
Sedang berjalan dalam group dengan Dr Mahmud 'Aish
menuju ke beberapa katil patient yang Dr muqim kata ada sign and symptom yang jelas
di wad medicine 
nak pergi check Physical Examination pulak

-katil pertama-

Seorang pakcik tua kelihatannya sedang tidur sangat nyenyak.
Tak terganggu langsung dengan suasana bising katil sebelah yang ada tetamu
Muka dia putih sangat
tapi saya perasan kaki dan tangan dia pun putih semacam jugak
terdetik dalam hati
"uiks lainnya putih pakcik ni, macam arwah Fatimah dulu waktu meninggal..."
eh astagfirullah..

Assalamualaikum Haji~ tegur Dr Mahmud untuk mengejutkan dia
-tak terjaga-
Haji, ni student datang nak jumpa kau sekejap, nak blajar~ kata Dr Mahmud lagi sambil menggerak-gerakkan pakcik tu supaya bangun.
-tak terjaga-
tiga empat kali Dr panggil dan tepuk-tepuk. Tetap tak jaga. 

uish, lena sangat pakcik nih! getus salah seorang kami

dalam hati saya, terasa sesuatu.
kenapa macam....... dia takkan terjaga nih?
sebab firasat saya kuat rasa putihnya seluruh badan dia sekarang bukan putih biasa
ini macam putih Edward Cullen dalam twillight
atau lebih sarahah lagi, putih orang-orang yang dah tak bernyawa
p.u.c.a.t   m.a.y.a.t

saya nampak Dr Mahmud pegang tangan dia senyap-senyap
check pulse
muka Dr Mahmud berkerut sesaat dua
Beliau panggil Dr muqim yang sedang check patient dekat katil lain di bilik yang sama
cuba dia tengok dia, kata Dr
Dr Muqim check pulse. 
Pulseless! I'll call CPR
terus Dr Muqim bergegas keluar bilik 
Dr Mahmud testing lagi 
kali ini sternal stimulation - yang sepatutnya sangat sakit
tapi pesakit tetap kaku.

Allah..

Macam mana Dr? tanya kami
CPR, balas Dr ringkas sambil mula bergerak keluar selepas menarik tirai-tirai katil 
dan mengasingkan pakcik ni dari orang lain
Pakcik tu? bisik kami curious
'allahuyarhamhu~' Dr menggeleng perlahan.

Jom pergi ke patient lain, arah Dr Mahmud,
sejurus team CPR datang dan pengumuman Code Blue dikeluarkan

Dr Mahmud bergerak ke bilik lain 
Kami mengikut
dan ada jugak yang curi-curi pergi tengok CPR
ah, pintu bilik kena kunci pulak.

Bila habis dua tiga patient, saya bertanya pada kawan yang pergi mengintai
tentang pakcik tadi
Dia mengangkat bahu tanda tak pasti
'tapi tadi aku rasa aku dengar patient tu tak survive

Innalillahiwainnailaihiraji'un..........~

Selamat jalan pakcik.
Semoga Allah golongkan pakcik di kalangan hamba-hambaNya yang beriman
May You Rest in Peace

Pakcik ni meninggal dalam tidur, tak disedari sesiapa pun
kecuali bila kami datang untuk berdiscussion di katil dia
case of lung cancer
Entah bila dia pergi
sebab pagi tadi waktu saya round cari patient, rasanya macam tak terjumpa pun patient tidur.
Satu-satu saya tengok. Ok je.
Tapi serius tak perasan pakcik ni tadi

kasihan ahli keluarga dia
Mungkin tak tahu yang waktu diaorang tak ada tadi lah waktu pakcik ni pergi
Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk mereka sekeluarga.

Amin.

Al-fatihah~


Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *