Diaorang terkejut, semua lari!

6:05 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Harini ada intikhabat (pilihan raya) dekat university. So lepas habis round tadi, sempatlah pergi menunaikan tanggungjawab terakhir mengundi sekejap. *ada gambar tapi dekat kamera kawan, nantilah saya bubuh*

Habis mengundi, terserempak dengan sorang kawan Arab yang sekarang tengah elektif (sebelum ni kami segrup selama 2 rotation, tapi sebab dia baru elektif dan kami baru nak Internal, so kami dah pecah).

Mari kita namakan dia dengan Encik I. Bubuh nama penuh kang, dia baca plak. Segan saya.

Encik I : Hi Ain! Hi Maisarah! Apa khabar? Lama tak jumpa.. Sihat? Dah sudah? 

[ Ini perbualan dalam bahasa Melayu tau. Serius ni, memang kami bercakap campur BM dan English ]

Kami : Sihat-sihat. Alhamdulillah~ Dah undi dah. 

Sembang-sembang kejap tanya khabar, kami tanya dia satu soalan...

Kami : Tak promote by speaking bahasa melayu ke to budak2 Malaysia? 


Encik I : I did! Tapi diaorang terkejut, semua lari. hahahahaha....~


LoL. Kesian Encik I. Normal lah kalau orang terkejut dengar dia bercakap bahasa Malaysia lebih-lebih. Dia kan Arab. Waktu kitaorang tahu dia boleh cakap Malaysia waktu tengah dalam grup dulu, sumpah tak berani cakap lebih-lebih macam biasa. Takut dia faham. Haha. Tapi kalau kita cakap macam bullet train atau cakap bahasa loghat negeri, selamat sikit. Dia lambat tangkap. Dia tahu bahasa K.L je. =)

Encik I ni sebenarnya pernah duduk Malaysia selama 7 tahun. Sekolah menengah dari awal sampai habis semua di Malaysia. Ayah dia kerja sebagai pensyarah kat UIA selama 15 tahun (tahun lepas baru ayah dia transfer ke Uni Madinah pulak). Abang, kakak dia semua belajar Uni dekat Malaysia. Even abang dia pun pernah kawin dengan orang Malaysia. So, faham-faham la macam mana boleh tahan la fasih dia speaking bahasa Melayu. Walaupun takde lah macam orang tempatan, tapi kalau baling dia duduk Malaysia sorang-sorang,dia jamin dia boleh rileks je. Alah, macam kami dekat Jordan sekarang ni la. Sama je situasinya.

Ingat lagi waktu kali pertama confirm dia memang boleh cakap melayu, kitaorang pernah terus direct tanya dia " Betul ke ni boleh cakap Melayu? "  - sekali dijawabnya " Boleh lah sikit-sikit! " - Oh My! Ouch, habis selama ni kalau kitaorang bising kat belakang dia faham la? Alamak!  >o<

But, since that, kalau jumpa dia, memang cakap melayu terus. Kecuali lah kalau nak cakap ayat panjang-panjang. Kang lain yang ditanya, lain yang di jawab. Ada sekali haritu waktu tengah photoshoot batch, kitaorang tanya dia " Gambar nanti ambik dekat mana? " - dia pergi jawab " Oh beli tu dekat Malaysia " Ha? Haha.. Orang tanya pasal gambar, dia jawab pasal kamera. Last-last kena perbetul grammar dalam English pulak. Haru... Ada sekali waktu tengahari, terserempak dengan dia, dia tegur " Hai, selamat Pagi! " - weh, tengahari la....  "eh,yes.yes!. tertukar. -_-'"

Dulu-dulu, kami takut sikit nak sembang dengan dia. Dia tak berapa selamber sangat dengan budak perempuan Melayu macam certain ahli grup yang lain. Segan agaknya. Tapi lepas dah boleh cakap melayu sesama sendiri, baru open sikit. Dah boleh tegur-tegur dulu kalau jumpa dekat jalan.

Yang tak tahannya tadi, kitaorang ada inform dia yang kitaorang pernah jumpa baru-baru ni dalam rotation surgery. sorang patient perempuan Jordan dekat Hospital Basma yang kawin dengan orang Malaysia (Orang Sarawak nama Roslan) dan ada sorang anak lelaki (Muhammad .......(xingat) bin roslan) - tapi serius nama memang Malaysian style.. Bdak lelaki tu malu-malu pulak dengan kami tapi ke mana kitaorang pergi, dia macam mengikut sambil pasang telinga.

Waktu ni tak teringat nak tanya Mr I kot -kot kenal diaorang. Sekali rupanya bila dah bagitau tadi, ngamuk dia kenapa tak ajak dia sekali jumpa patient tu. (sapa suruh dia segan-segan dengan kitaorang, kitaorang lagi la segan dengan dia.haha) ... dan ya rabbi, itu kawan kakak dia rupanya. Budak lelaki tu katanya memang 100% boleh cakap Malaysia. Dan family patient tu memang pernah lawat rumah diaorang kat Malaysia since patient tu sendiri pernah belajar kat UIA. waaa, What a small world~

-menyesal pulak tiba-tiba tak tegur terus budak lelaki tu haritu-

And then, Encik I pun mula lah bukak hikayat tentang orang-orang Jordan yang kawin dengan orang Malaysia yang dia kenal. Ada la 2-3 orang. Tambah-tambah kalau yang dekat UIA, semua famili dia kenal. Lama betul dia bercerita. Tak tahu lah tadi ada tak budak Malaysia yang lalu lalang tepi kami dengar tak dia bercakap Bahasa Melayu campur-campur. Teringin jugak nak jumpa anak saudara dia yang mixed Malaysian tu. Mesti boleh speaking macam orang Malaysia kan? I wonder if anyone ambil kos tafsir Al-Quran in UIA kenal ayah dia ke tak - Dr Abdul Rahman As-syari'ah.

Dekat-dekat nak masuk kelas, kitaorang confirmkan balik dengan dia tentang soalan pertama kami.

Kami : Serius ni, nak that Malaysian novel about us in Jordan?  (kot putih)
Encik I : Yep, serius. I can read in Malay, okay. Give me one! 
Kami : Okay, but sorry your name is not included inside.  
Encik I : ooooo whyyy? Kenapa?! Kenapa?!  
Kami : Sorry, terlupa. Haha. 

***

p/s:  Harapnya lepas ni, kalau ada orang Arab tiba-tiba tegur dalam Bahasa Malaysia, jangan lari yer adik-adik. Haha. Tu orang Malaysia celup tu tengah nak beramah mesra. Kesian dia.  =)









~ Kalau Encik I baca ni, bangga dia ~



Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *