Cursing

9:18 AM 1 Comments A+ a-

Salam

Kelmarin lepas ada terbaca tentang kes gambar bayi tercabut branula yang tengah viral dekat facebook.

Scroll dekat komen, amboi aih bahasa diaorang.... /(>o<)\  *malu nak baca* 

Peliklah.

Kenapa senang sangat ya orang menyumpah seranah orang lain? Segala jenis cursing semua keluar. Mencarut pun ada. Isk. Isk. Isk.

Tak rasa apa-apa ke eh?

Kot ye pun pada pandangan kita benda tu salah, kenapa kita sampai keluarkan perkataan-perkataan yang teruk?

Bohonglah kalau saya tak pernah sekali pun menyumpah. Tapi seriously, saya tak berani tak menyumpah orang secara terang-terangan. Cursing kuat-kuat pun adalah a big No! Tulis? Uish, lagi bahaya. Kekal kot tulisan tu. Apatah lagi kalau nak menyumpah straight  depan pada orang yang nak disumpah.

Bukan apa.

Pertamanya sebab waktu kecik dulu, saya punya pengalaman :

Once sekali tu saya rasa first time saya pernah tersebut Bodoh! kuat-kuat dekat someone (tak ingat either pada adik or orang lain) depan abah, on the spot waktu tu jugak abah pelempang muka saya. Wuuuu... Berbirat oh!  T_T Dah la tangan abah besar. Sob3.

Padan muka diri sendiri. Nak pesan elok-elok tak makan saman. Ha, kena sekali terus ingat!

Apatah lagi kalau tahu style abah hukuman lempang adalah khas untuk perangai menyumpah orang. Cukuplah once, tak sanggup dah nak kena.

Dan sejak itu, saya belajar yang sebarang perkataan cursing adalah tidak dibenarkan untuk disebut, tambah-tambah depan abah. Memang nak cari nahas kalau buat. Jika semua kesalahan lain selalunya abah hukum senyap-senyap seperti sebat dalam bilik sorok-sorok, tapi kalau cursing pada orang memang kaw-kaw kena tang tu jugak. Maksudnya apa? Maksudnya cursing itu lagi dangerous.

So, memang jangan harap la teringin nak lepas geram dengan menyebut terang-terang segala jenis cursing yang ada seperti yang pernah disebut P.Ramlee dalam cerita melayu lama yakni "Bodoh, bangang, tolol, bahlul, ect2..", apatah lagi kalau yang lagi ganas sampai melibatkan makbapak macam yang selalu di-vandalism dekat malaysia. No. No. No.

Kalau nak maki jugak, maki lah dalam desible yang paling rendah supaya tak didengar orang. Bagi puas diri sendiri, sudah. Tak payah nak tambah bara bagi orang tu dengar.

Nak lagi power sikit, bawak-bawak lah istighfar. Berdosa tahu sumpah-sumpah orang ni. Kena pantul dekat diri sendiri kang, haaaa....

Paling simple abah boleh tolerate pun rasanya Shit je. Itu pun kalau abah tengah bad mood, mau kami kena jeling tahap 300Joule jugak. Boleh gugur jantung. Lain dari tu, siap engkau kalau sebut!  *ketakutan*

So, I wonder...

adakah orang lain selamba menyumpah seranah secara terbuka lagi bahagia ni sebab diaorang tak pernah kena lempang eh?


1 comments:

Write comments
insidedya
AUTHOR
March 17, 2013 at 10:38 AM delete

Sebab abah derang x lempang mcm abah ainul kt hehehe kak ai pun x suka dgr cursing bagai ni.... errr this is kak ai

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *