Mitos Budak Medik

Salam

Pemberitahuan awal : Ini adalah pandangan peribadi. Tak mewakili sesiapa. Emosi diri sendiri. 



Kenapa ya? Ramai sangat orang suka cakap begini pada saya...


" Amik medik? Wah mesti pandai giler ni... ! "

(I'm not!)

" Aku kos xxx . Biasa-biasa je. Bukan macam korang budak medik, hebat... " 

(No, it's not!)


" Maaf, saya tak pandai sangat, bukan medik " 

( T_T

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tolong............~

Ya, saya tahu kita memang digalakkan untuk bersikap rendah diri. 
Tapi, tak boleh ke kalau tak payah kaitkan dengan bidang perubatan?

Da banyak kali dah nak nak bagitahu yang persepsi tu salah.. It's wrong!

Ambil medik bukan penentu yang orang itu memang hebat pandai.
(even yes, kadang-kadang wujud certain manusia yang mashaallah genius hebat bak hang, tapi rare lah~ )

No!

Budak medik tu normal. Macam orang lain. Sama level jugak.

Takdenye IQ dia setinggi Einstein. 

Tapi result SPM dulu power, ha macam mana tu?
Itu namanya rezeki. 
Atau kadang-kadang maybe sebab usaha dia lagi dasyat dari orang lain. 
Who knows? So, berbaloi lah dengan usaha dia.
Kalau dah usaha tak dapat jugak, itu namanya takde rezeki.. Allahu alam.


Nak jejak tahun enam ni pun,semput rasa nak belajar.
Tak pernah sekali pun terasa diri sendiri pandai.
Apatah lagi kalau selalu kena hambat dengan Doctor kat hospital sebab tak pandai-pandai macam diaorang
Kalau dekat Malaysia, sometimes up sket siap boleh dapat pelbagai jenis makian yang ada sebab tak pandai.
Baca la bertimbun buku pun, bila lupa, still tak ingat-ingat, orang cakap eh asal slow sangat ni? 

[ Yang selalu membezakan hebat atau tak medical student tu, kebiasaannya adalah usaha dan kerajinan ]


So?

Since when we, medical student are very brilliant and superb by default? 


Allahummasolli3alasaidinaMuhammad....
(bertenang.bertenang.bertenang)

Ya Allah, 

serius saya teramat tak suka sangat-sangat  bila orang cakap soalan-soalan dekat atas tu pada saya

(kalau orang nak kata 'wow, ni mesti kena jadi rajin giler ni' ok jugak...Ini sebab pandai je. isk)

benda-benda macam ni lah yang buat saya jarang mengaku saya student medik

saya tak suka orang pandang saya tinggi terlebih-lebih
(tapi tak suka jugak orang pandang rendah pada saya)

Pandang biasa-biasa macam orang lain dah la

Takut tahu.

Kalau nak tahu,
One of the reason saya masuk medik sebenarnya adalah sebab:

*
 saya sangat serius teruk dalam Fizik (sampai ayah cross out awal engine wktu apply)
saya tak suka nombor
saya tak pandai bahasa
saya rasa organic chemistry sangat azab
saya tak berapa ada otak kreatif nak imagine-imagine benda baru
saya cepat pening tengok fakta membukit dalam law
and the list goes on to other courses

*


Jadi bagi saya, orang-orang yang masuk lapangan Engineering, anything Physics or Numbers macam actuary, anything Chemistry, segala macam design or architecture, orang-orang bidang bahasa terutama bahasa Arab yang susah tu, segala bussiness-minded person  dan warga law yang sangat tabah menghafal segala akta dan dll yang ada adalah sangat awesome!

sebab saya memang angkat benda putih dalam hal-hal tersebut. 

rasanya macam medik jauh lagi senang dari segala tu. 

Serius ni. 


Harap lepas ni kalau ada yang tengah sembang dengan saya,
elak kan ya dari cakap  " Wow, kau budak medik?!. Hebatnya, mesti pandai. "

 =(

(because definitely, benda tu akan buat saya rasa sedih, annoyed, dan I just don't like it)

Saya lagi prefer kalau orang boleh kasi semangat pada kami yang medik ni
sebab medik rupanya bukan se-beautiful yang disangka waktu kecik dulu.

The hectic life
The responsibility 
The probability to make fatal mistakes
The challenging community
( zaman sekarang masyarakat semakin berilmu, doktor pun boleh kena persoal lat hospital)


Nak tarik diri macam dah terlambat, nak tak nak kena jugak lalu.


Isk Ainul, tengok la bright side sama.
Kan ini bidang kedua terpenting lepas hal halal dan haram
And the outcome is very satifying jugak apa... Pahala. Pahala. Pahala. 
For family, For ummah, For Allah.
And human creature kan sangat ajaib lagi wow!~
Ganbatte ne!


Apa-apa pun, kesimpulannya bagi saya sendiri, saya bukan budak medik yang sangat bijak pandai lebih dari orang lain. I'm struggling. 

Just, tolong jangan merendah diri sangat dengan saya ya kalau anda bukan dalam bidang medik.

Sebab saya tak reti macam mana nak balas untuk tunjukkan yang sebenarnya saya sebenarnya rasa sangat rendah diri bila orang cakap macam tu. Nak menangis pun ada. huhu.

Sekian. 
Surat Hari Emo 




p/s: 
Pernah sembang dengan parent pasal hal ni, tapi parent cakap Ini sebenarnya persepsi masyarakat sebab nak masuk bidang medik ni susah sangat, so kita kena bersyukur. T_T  Ya, memang saya syukur sangat-sangat sebab terpilih, tapi saya tak suka lah orang fikir macam tu. Kalau ya pun rasa kagum, sebaiknya puji lah balik pada Allah yang memberikan saya rezeki dapat masuk medik, bukan sebab saya sahaja. 

4 comments

somebody u know.. ;) | February 26, 2013 at 10:36 AM

saya mmg slow skit bab physic, tapi mmg minat giler to discover how physic governs the universe, saya minat kimia sbb suka tgk reaction of chemicals,saya slow dlm blajar bhasa tapi mmg fasinated by the beauty of the language..tapi apa yang saya paling minat,saya minat buat research but end up study medic jugak..dah la kat russia plak tu..LOL :P

that's the mentality of our society,which is right and also wrong at the same time..there is no area better than one another..everything is complex and needs our intelligence to be able to understand and appreciate its existence..it's our capability and capacity as a human that determine the pathway in our life... ;)

Ainul Arina | February 26, 2013 at 12:04 PM

asyraf syahmi - my hebat-ness bro! yeay, tepuk tangan. =p

Biqque | February 26, 2013 at 5:04 PM

for me, dalam bidang apa pun, org tu mmg hebat dalam bidang tu. tak leh nak bezakan yg org ni lagi hebat dari org ni, sedangkan berlainan bidang. contoh mcm IT. ramai org merendahkan org2 IT ni, gaji skit, keje mcm bengong2 jer kan. walhal, kalo pc rosak, lawyer pun tatau nak cari button shutdown. hahaha! camtu la perumpamaannyer...

cuma mcm ainul ckp, budak medik ni yg nampak hebat sbb kerajinan mereka utk mendapat apa2 yg terbaik demi manusia dan sejagat, ewah! takpe, keep it up, blajar rajin2, semoga jadi doctor yg baik dan berbakti pada manusia ye? benda2 lain tu, biar org dibidang lain yg settle kan :) insyaAllah!

Anash | March 2, 2013 at 7:55 PM

salam...
akak pikir student medik mmg terpilih menjadi dokter yg bagus.
akak buat praktikal PBSM sehari aje di hospital besar Klang (tahun 1993) pun tak segigih nurse yg selamba pegang jari manusia sementara betulkan besi cucuk di situ...
(akak tinjau di balik langsir..takut rebah aje akak..hahaha..)
akak lihat, semua profession / pekerjaan..semuanya ada kelebihan masing2.
sedangkan tealady opis akak pun akak kagum sbb dia leh bancuh air sedap walaupun tengah kelam kabut kena siapkan 10 minit sblm mesyuarat....
Hanya terpilih sahaja yang bole jadi dokter...
Hanya terpilih sahaja yang bole jadi tealady...
dan yang terpilih itulah...berusaha menjadi lebih baik...dan berharap rahmat dariNya...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images