H1N1

Assalamualaikum~


Sekarang, Jordan tengah busy dengan wabak H1N1 yang dah start menular balik dekat sini. Tapi katanya masih lagi under control. Jadi setiap kali ada kes complain yang berkaitan, memang precaution step akan dijalankan dengan segera oleh pihak Hospital, termasuk di KAUH.

Semalam ada sorang patient datang suspected of H1N1.

Jadi pagi semalam dalam morning report seperti biasa kami duduk bersama doktor-doktor muqim dan specialist membincangkan mengenai kes ni. Disebabkan H1N1 tak berapa masuk silibus tahun enam, doktor specialist discuss dengan Dr Muqim je mengenai benda-benda yang jauh lebih detail. Takpelah, kita dengar je.

Antara salah satu langkah berjaga-jaga yang diambil untuk kes seperti ini adalah check-up pada orang-orang yang berkaitan dan isolation.

Dalam tengah-tengah bincang kes secara serius, tiba-tiba ada satu ketika tu semua jadi diam. Malaikat lalu agaknya. Dan yang paling aneh, lepas tu tiba-tiba Dr Specialist tu gelak sorang-sorang. Huh?

" Kenapa Dr? " tanya seorang dr muqim di situ

" Takdelah, aku teringat zaman SARS dulu.. Ada satu benda lawak yang aku takleh lupa, " balas Dr Wadah.

Apa benda? Semua orang jadi curious.

" Kita sedia maklum kan yang bila wabak macam ni jadi, kerajaan akan buat ala-ala spot check besar-besaran untuk check siapa lagi yang kena jangkitan kan? Korang rasa waktu tu diaorang buat spot check tu kat mana? " tanya Dr Wadah kepada mereka.

" Since SARS start dekat China, rasanyanya dekat orang China kot, " seorang doktor lain menjawab.

Hahahahahahaha...... Dr Wadah tergelak besar. Konpius kami. Salah ke jawapan doktor tadi?

"Memang la.  Tapi korang nak tahu, 1st sekali diaorang pergi buat spot check dekat seluruh orang China dekat Stadium Madinah Hassan! Yang lawaknya orang-orang China dekat situ rupanya semua tak pernah keluar Jordan since 2-3 years, okay! Orang patutnya pergi la check dekat airport. Ini dekat Madinah Hassan pulak. Lawak giler. Aku tak boleh lupa betul pasal tu," terang Dr Wadah sambil terkekeh-kekeh depan bilik.

Lorh...... -_-'

lol, sapa la punya idea bijok tu. =p








** Ada OSCE Pediatrik lagi seminggu. Minta kawan-kawan tolong doakan saya dan rakan-rakan dekat sini ya~



Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images