Dari Junior

Salam~

** Rambling Pre-exam Depression - motivasi diri sendiri**

Lagi 3 hari je nak exam. Pediatric. 2nd last Rotation.

Ergh...Tapi tak tahu lah kenapa, ada something yang macam stuck. Tak terlepas. Nak study pun macam tak jalan macam selalu. Haih. Apa dia lah pulak kali nih? Dah try buat macam-macam nak try cari semangat, tapi still macam slow jugak. Kenapa kah ni?

Allahummasolli3alasaidinaMuhammad~

Tadi lepas review setengah past years question, saja stop sekejap. Jalan-jalan. Bloghopping. Sampai lah tiba-tiba tersampai ke blog sorang adik junior JUST tahun satu. * kalau dia terbaca ini : Assalamualaikum dik!  hai - lambai tangan- ^^, *

Bila baca entry-entry dia pasal Jordan, alahai comel nya lah. Memang gaya tahun satu. Semua benda excited. Semua benda-benda dia tulis, dia lukis. Seronok pulak saya baca. Dan sepanjang itu, saya tak henti sebut  " I've been there. I've done that too. haha".... Oh rindunya zaman tahun satu. =)

Memandang penceritaan dia dan kawan-kawan dia dari blog, rasa macam  ya Allah, baru perasan I've lost the passion rupanya sekarang ni. Perasaan nak grad tu memang ada, tapi kadang-kadang macam tenggelam timbul waktu sekarang. Excited je nak grad but the anxiety are overwhelming. Takut.

Tension mungkin sebab masuk tahun enam ni rasa macam tercungap-cungap nak habiskan semua yang perlu diketahui. Buku dah membukit. Rasa macam sendat otak. Baca dah banyak kali, tapi asyik tak terhafal je. Haih. Dah sampai tahun enam sebenarnya serius tak berani ngaku sebab usaha dan kelebihan diri sendiri. Semua rahmat Allah, for sure. Kalau tak, tak tahu lah macam mana boleh lepas. Macam apa je kan? Passive sungguh. Maybe diri sendiri yang tak cukup usaha lagi.

But then, those juniors..... diaorang balikkan saya sesuatu. Sesuatu yang pernah saya rasa 6 tahun lepas. How excited I was bila datang Jordan untuk belajar dan graduate as a doctor. Perasaan yang sangat berkobar-kobar bila first time jejak kaki dekat JUST. Tengok university, tengok senior-senior, tengok doctor semua boleh jadi pemangkin semangat. Sampai terasa macam I am an optimist and adventurous girl who is ready to overcome any challenges in life! Hulala... bagusnya lah dulu....~

Hey, diri sendiri....  Where have you been ha?

Tengok dekat archieve blog sendiri - eh blog ni start tahun 2008 rupanya. Ngam-ngam tahun satu. 6 tahun blog ni wujud teman hidup dekat Jordan. Ya rabb, selamat jugak rupanya aku dekat sini. Bila punggah balik entry boleh sengih sorang-sorang. Macam-macam betul perencah hidup dekat sini. Dan yang paling penting, setiap kali down, saya nampak saya boleh bangun balik..... dulu.

Ok, Yosh. Sekarang pergi grab balik semangat waktu junior-junior dulu tu. The most fresh and pure. Yang paling boleh buat mata bersinar-sinar, hati jadi kuat dan power makin laju untuk capai misi nak jadi doktor nanti.

Fighting!

budak dalam ni macam tengah bagi semangat -  Don't worry, it's gonna be alright!


Lawan! Lawan!

Kalau bukan diri sendiri, siapa nak tolak kau?

Sikit je lagi ni.... 2 bulan je lagi. Semangat2~!

Jangan risau masa depan. Allah kan ada. Yang penting, kita usaha sehabisnya sekarang. Ok?!

Chaiyok

=)

ok bai. Nak sambung study.

** tolong doakan exam saya dan kawan-kawan dipermudahkan ya. Amin~
** by the way, untuk adik tahun satu tu -  terima kasih ya. Keep writing. Kita tak tahu siapa yang kita boleh tolong bantu secara tak langsung melalui tulisan kita. May Allah bless you, my dear .... ^_^






Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images