Acinetobacter

9:21 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Semalam, bermula rotation baru kami yang terakhir. Internal Medicine.

Hari pertama macam biasa. Semua orang blur-blur. Doctor nak bebel pun macam tak sampai hati. Walaupun sebenarnya eh hello this is your last rotation in Final Year lah. Takpe. Takpe. Balik nanti sila study ye, kata Doctor dengan baik lagi pasrahnya.

Jadi untuk hari pertama ni, doktor bawa kami pergi jumpa sorang patient lelaki untuk review balik cara ambil history untuk Internal Med. Ye lah, sebelum ni kan baru habis Pediatrik, mana sama ambil history pesakit kronik dengan ambil history baby.

Encik X, umur sekian sekian, known case of Crohn's Disease since 20 years ago. Recently admitted complaining of severely fatigue and malaise and blablablabla......-panjang nak tulis-. Tapi pendek cerita diagnosis untuk admission kali ni adalah septicemia (ada bacteria dalam darah).

Doktor pun suruh salah seorang dari kami ambil history depan doktor, sambil beliau top-up top-up dan mengajar kami semua. Tetiba, datang 2 orang doktor lain nak jumpa doktor kami, ada something to say regarding this patient. Well, diaorang pun bagitau je lah depan kami since doktor suruh.

" Hakim, this patient's result has come out. It's Acinetobacter. Resistant to all, " kata doctor baju hijau itu.

Muka dia macam pasrah. Bila tengok muka doktor kami balik pun, nampak macam tak sedap. Ok, nampak macam itu bukan berita yang baik. Acinobacter? Alamak, amende kah. Lupa plak.

Bukan sekali doktor lain datang jumpa doktor kami. Dua kali kot. Dua-dua bawak berita yang sama. Disebabkan diaorang speaking in English, rasanya patient tak faham. So, patient pun asyik tanya dah keluar ke result, doctor? Boleh balik ke doctor?

Everytime patient tanya, Doctor senyap lama sangat sebelum jawab - Insyallah. Insyallah.

Dan setiap kali tu jugak, muka doktor macam tengah fikir something yang berat. Nampak sangat dia tak berani nak jamin apa-apa pada pakcik nih. It must be something serious right?

Bila doktor kedua tadi keluar, doktor kami pun explain. Result pakcik ni keluar Acinetobacter. Worst of all case (tambah-tambah sebab pakcik ni memang dah sedia immune rendah). - Acinetobacter ni resistant pada most of antibiotics. Maksudnya bagi la semua jenis antibiotic biasa yang selalu dipakai, semua tak mampu nak lawan bacteria ni. Power sangat dia. Dan bila digabung dengan keadaan pakcik ni sekarang, erm......... peluang beliau macam nipis teramat je nak survive.

Isk. Patut lah Doktor jadi semacam je tadi lepas dengar keputusan tu.

Patient pun rasanya tak tahu lagi ni. Rasanya mungkin lepas ni doktor akan slowly cakap pada dia kot. Agaknya lah, sebab time kami ada doktor macam nak selindung-selindung lagi dengan patient.

Ya Allah, apa agaknya patient tu punya respond nanti. Takutnya..

Sudahnya sepanjang tu asyik terfikir tentang pakcik tu. Pakcik, saya harap pakcik tabah terima kenyataan tu nanti. Semoga Allah kuatkan pakcik dan famili pakcik. Dan semoga Allah naikkan pakcik ke darjat yang lebih tinggi dengan kesabaran pakcik tempuhi semua ni. Amin..

p/s : Agak-agak time kita nanti, boleh get ready ke macam pakcik ni? Gulp.


*** Hakim adalah nama panggilan untuk semua specialist dalam hospital oleh doctor-doctor lain.

1 comments:

Write comments
kak natt
AUTHOR
February 24, 2013 at 9:45 PM delete

Hurm..sedihnya kak natt baca entri ni. Moga pakcik tu diberi ketabahan & dilindungi rahmat kasih sayang Allah selalu.. Allah Allah.. :'(

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *