9 Tangan Jadi 1

11:00 AM 5 Comments A+ a-

Salam

Orang pernah cakap;
kalau menyampah, jangan menyampah sangat. Karang lama-lama suka.

Rasanya betul la kot. Terkena jugak rupanya perasaan tu. Eh, bukan. bukan. Ini bukan kali pertama. Waktu sekolah pernah pun ada pengalaman yang sama.

Zaman tingkatan tiga dulu, dalam banyak-banyak aktiviti Kokurikulum, debat adalah juara list aktiviti Ko-ku yang sumpah paling tak suka nak masuk. Apa barang dengan debat sampai gaduh-gaduh emo semacam atas pentas. Menyampah. Tapi last-last kena seret jugak masuk debat. Tak kenal maka tak cinta. Sekali sampai ke sudah, datang Jordan pun join team debat. Debat di hati! Hehe~ 

Sama macam yang kali ni, dalam banyak-banyak aktiviti menulis, menulis cerpen lah yang paling saya tak suka buat! Tak suka. Tak suka. Jangan nak paksa. Semua usaha nak cuba buat cerpen, semua terbang masuk tong. Dalam 100 testing, 1 kali je yang lepas menjadi. Huh, sahih tak de bakat. Sekali tahun lepas, kawan ajak join team Kot Putih. Nak tolak macam tak sampai hati. Tahun sebelum tu dah tolak dah. Takpelah, try je. And as expected, nak paksa diri sendiri menulis cerpen..... eh ni bukan cerpen, ni dah novel! - perasaan dia macam "seriously, taubat tak nak menulis dah lepas ni~!". Itu yang blog pun makin lama makin sunyi sepi. Terkesan agaknya dengan penulisan yang belah sana. 

Tapi nasib baik team sangat awesome dan sangat jadi pendorong. Kalau tak, dah lama lingkup. Huhu.

Dan akhirnya, setelah setahun lebih menulis dengan gigih dan sangat terkedek-kedek, insyallah Mac ini Novel Kot Putih akan menemui sasarannya. Yeay! Alhamdulillah~

Tiba-tiba rasa seronok pulak menulis cerpen bila dah siap. Haha. *bipolar*

kawan-kawan Kot Putih,
SYUKRAN JAZILAN KATHEERAN~ 

I owe you big time!

=D



p/s: 
Promosi buku nanti akan dibuat lepas buku siap. Segan lah. Dah ada produknya nanti baru best nak tunjuk.
Sementara tu, kita promote team-nya dulu. Sembilan tangan jadi satu. Memang bagus dapat jumpa orang optimis lagi tak kisah buat kerja gila macam korang. Terharu aku.  =p

tq~




Tunggu~~~~



5 comments

Write comments
Lily Riani
AUTHOR
February 14, 2013 at 9:17 PM delete

interface baru! punya lama tak bloghop...

nak satu buku!! berapa??

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
February 20, 2013 at 8:36 AM delete

belum confirm lagi kak. dah siap nanti saya iklan lain eh.

Reply
avatar
Ran Orkid
AUTHOR
February 23, 2013 at 6:14 AM delete

Salam akak, kalau akak berkesempatan, akak publish karya akak dalam blog. ^^Y


~ Peminat dari Pahang jauh di timur Malaysia.

Reply
avatar
Ran Orkid
AUTHOR
February 23, 2013 at 6:14 AM delete

Salam akak, kalau akak berkesempatan, akak publish karya akak dalam blog. ^^Y


~ Peminat dari Pahang jauh di timur Malaysia.

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
February 24, 2013 at 8:03 PM delete

ran orkid:

ws. publish karya dalam blog? ni dah kira publish dah la kan ni yg kot putih ni? ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *