Untuk Kawan Pengantin

6:51 AM 2 Comments A+ a-

Salam



5th January 2013

Sorang kawan kami yang cantik kat sini, Aliaa Radzi akhirnya dah selamat menjadi isteri orang 5 Januari baru-baru ni. Tahniah Aliaa! Walaupun tak dapat join majlis dekat Malaysia, semua orang dekat Jordan memang dah lama doakan dan tertunggu-tunggu gambar-gambar yang bakal keluar.

Tadi pagi seorang perempuan kawan arab saya dapat tahu tentang perkahwinan Aliaa.

Lalu, dia mengucapkan عقبالك (Ooqbalik)  kepada kami yang lain di sini.

Tercengang saya. 

Eh, macam pernah dengar, tapi apa maksud wish tu ? Dan kenapa di ucapkan kepada kami ? 

Maka, dia menjawab -

"Orang Arab memang wish macam tu. Kalau ada orang kawin, selain daripada ucapan tahniah kepada pengantin sendiri, mereka juga akan ucapkan عقبالك kepada rakan-rakan pengantin tu juga!

Apa maksud عقبالك ? - Secara literalnya bermaksud 'I wish the same good fortune for you' , so secara konsepnya di sini, ia bermaksud 'Semoga lepas ni korang kawin pulak'....

lol

hahaha

ok lah, Aminnnnn~ =p

Lepas tu mereka tanya lagi, macam mana nak ucap عقبالك dalam bahasa Malaysia?

Ah sudah, pening pulak kepala saya dan rakan-rakan melayu lain nak menjawab. Err.. kami takde ucapan macam tu pun sebenarnya. Selalu cakap tahniah je pada pengantin dan famili. Untuk orang lain takde. Huhu

(dalam hati macam nak jawab - tapi time tu orang tua suka tanya kami "Ha dia dah, korang bila lagi?' )

adeh.

Kesimpulannya apa kata lepas ni kat Malaysia daripada kita tanya macam tu, kita doakan saja orang-orang bujang lain macam yang orang Arab buat?

Kan lagi sesuai? 

Takde la kami yang bujang-bujang ni tak tahu nak jawab macam mana. hehehe... =)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






6th January 2013

Tiga hari lepas, orang Russia call ajak buat surprise untuk orang Malaysia. 

Sebab 6hb January birthday mama dan nak re-celebrate sekali anniversary abah dan mama 29th November

Jenuh cari kedai kek yang ada service, last-last minta tolong kak Mira jugak yang buatkan. Nasib baik kak Mira terima gak walaupun dah last minute. Kalau tak, tak tahu lah.

Kenapa pilih Kak Mira : 
1- senang nak contact sebab memang dah kenal
2- sebab tahu kek kak Mira memang sedap!
3- sebab kak Mira memang tengah nak meniaga
4- sebab kak Mira kat Uitm so delivery free sebab abah pun dekat situ. 
5- sebab kak Mira memang sangat saya percaya~
6- dengan kak Mira berani sikit nak banyak songeh mintak tambah kurang apa-apa. 

hehehe.. (*´艸`*)

akhirnya, siaplah sebijik blueberry cheese kek yang dihantar secara mengejut kepada abah jam 3 petang dekat office, untuk abah bawak balik ke rumah pula sebagai kejutan kepada mama pula. 

 (ノ^▽^)ノ~~~~ SURPRISE  ....!!!!!! 

yeay. 

SELAMAT HARI JADI MAMA~
HAPPY RE-ANNIVERSARY ABAH & MAMA~

jauh tu mengepos tempahan... Nasib baik teknologi dah mantap. Kena la guna semaksimumnya~ 

Semoga kejutan dari anak-anak yang jauh di rantau orang ni dapat menggembirakan hati mama abah yang dirindui selalu... (´∀`)♡

Love you! 

p/s: Siapa nak try tempah dekat Kak Mira, boleh rujuk sini :  Miera Iecy

-sekian-

2 comments

Write comments
January 8, 2013 at 12:22 PM delete

Nak tumpang ucap jugalah camni ...

=> Selamat pengantin bari Aliaa Radzi & pasangan !

=> Selamat ulangtahun kelahiran untuk mama kamu !

Tak ketinggalan, happy belated annivesary buat kedua ibubapa kamu !

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *