Ahlen buat tetamu Irbid yang paling dirindui

11:45 AM 4 Comments A+ a-

Salam

Tahun lepas saya pernah menulis mengenai Irbid yang suka bermain teka teki dengan kami mengenai datangnya salji di sini.

Hampir setiap tahun semua orang akan menunggu-nunggu datangnya salji di Irbid.

Irbid bukan seperti Ajloun atau Amman yang setiap tahun wajib ada salji.

Salji di Irbid sangat payah untuk di-detect akan berlaku atau tak. 

Orang tempatan kata Irbid salji 4 tahun sekali

Manakala mitos terkenal student Malaysia di sini pula :
" Irbid akan salji bila student baru untuk tahun tersebut soleh dan solehah belaka" -pengsan-

Alkisahnya kemudian waktu kami di tahun 1 - Irbid ada salji!

Senior-senior pula beritahu tahun terakhir salji sebelum itu adalah 4 tahun sebelumnya.

Okay, maksudnya next 4 years, insyallah salji lagi. 

Tapi ketika kami di tahun 4, salji baru yang dinanti-nanti tiba-tiba tak turun. -pasrah-

masuk tahun 5 pun sama, Irbid tidak ada salji.
(kalau setakat frost, ada lah... tapi itu bukan salji. >,<)

dan apabila kami menjejak ke tahun 6, masih tinggal sekelumit harapan

Irbid, salji lah engkau~!

Please~~~

Dan subhanallah, walhamdulillah, wa lailahaillaallah..

Hari ini 9 Januari 2013 - Irbid turun salji !

~ (^_^)//

Dan bertebaranlah sekelian budak tahun enam yang sangat bersuka hati dan poyo mengaku salji menyambut kami datang dan menghantar kami pulang. lol
abaikan mereka. 
hahaha

Inilah Irbid, selepas hampir 6 tahun kontang dari bayangan salji

jam 12.00 tenghari
9 Januari 2013
kawasan athar irbid

jam 6 malam
9 Januari 2013
athar irbid



jam 9 malam
9 Januari 2013
athar irbid



Kalau sepanjang hari dah lebat macam ni,
insyallah esok boleh jadi Irbid akan seputih seperti 6 tahun lepas (2007)

as pure as a driven snow~

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Lama tak nampak seluruh Irbidians jakun dan happy
tak kira lah Arab atau Melayu 
semua sangat over aktif bila Irbid turun salji hari ini

Mana taknya,
penantian kami hampir 6 tahun 
akhirnya terlerai jua. 

Selamat datang buat tetamu Irbid yang dirindui, at-thalj (salji)~!

^_^

tak sabar nak tunggu hari esok. 

*********

[ Satu perkara yang saya takkan lupa kalau ada salji adalah dengan melihat langit di waktu malam. Sebab someone pernah mengajar saya bahawa kalau mahu agak hari esok bakal salji atau tidak, maka lihat pada awan malamnya. Langit malam oren bermakna hari esok insyallah bumi akan putih diselimuti salju]

[So this night, I met the the orange sky. again. after 6 years. how glad I am]


~ THE ORANGE SKY ~

Like a torrent of light
in a snowy night
The orange sky shines
on the current timelines

"Hello my dear,
we've met again..."
saind the beauty night sky
as it greets us twain



auriss haira
8pm
9 Januari 2012
athar irbid,
jordan


***********

p/s: 

disebabkan hari ini salji, maka esok cuti lagi! yeay! terus sambung weekend. Dapat 4 hari. =)

+

gembira-gembira pun, tetap kena beringat pada mereka yang kesejukan di khemah pelarian. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka dan dimurahkan rezeki untuk mendapat bantuan bekalan musim winter ni. Amin ya rabbal 3alamin~

4 comments

Write comments
Macedonia
AUTHOR
January 9, 2013 at 3:58 PM delete

suka :)... thanks sharing gambar.
nanti share salji putih pulak ye. minta izin paste gambar awan oren kat blog ye...suka snow. jazakillah

Reply
avatar
kak natt
AUTHOR
January 10, 2013 at 12:45 AM delete

kak Natt suka entry nih!Thanks Ainul for the snowy piccas..kagum jugak dgn fakta langit oren.. :D

Reply
avatar
Anash
AUTHOR
January 10, 2013 at 3:32 PM delete

mengenang kali pertama merasa snow turun ....
yes... satu perasaan yang sangat lain
...tapi perasaan jakun yang lebih-lebih (buat akak laa...hahah)..
selamat bergembira di sana..

Reply
avatar
Ady skywalker
AUTHOR
January 11, 2013 at 9:50 AM delete

Duk kat jordan misti pandai cakap arab ni kan..:)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *