Muhasabah





12 hari hidup bergelombangkan arus-arus tinggi rendah dalam hidup berkerjaya,

syukur Allah halakan sedikit masa untuk membaca tentang Assyahid Ammar..









Ya Tuhan,

pohon tunjukkan kami jalan yang sebenar

moga kelak kami juga mampu jadi kekasih-Mu di sana

How to survive HO?

Salam..

It's my second day in the hospital. Nothing much. We are still in the orientation phase. Going around the 'borang-borang' department - xray, blood, etc - to get a full picture of how the procedure is done.

Recess time is still as leisure as a penganggur. We can sit nicely and eat our lunch like forever.

Maybe this is our last time, our last happy week before becoming a true H.O - who always came in the first week grinning like a kid and end up very serabut and gloomy on the coming week - said one of the admin here. Easy to recognise, huh?   T_T

Very well.

So to use our precious 'masa-masa terakhir' ni, we went to visit our previous department during the elective course. Luckily some of them still remember us. But our beloved HOD [head of department] was not there. It took about few hours of jalan-jalan cuci mata (terlajak sampai Sunway Carnival) when suddenly we met her by chances along the ward corridor!

Talking. Reminiscing. Sharing updates. Asking for tips. blablabla.

until suddenly....


Us : Dr, ada cara tak, nak bagi tak cepat rasa down?

Her : You ada usrah? 




.
.
.
.
.
.

Definitely a bang!

Speechless.

Tak tahu nak kata apa.

Terus rasa macam wohohoo...., doesn't it sound like one big peringatan from Him?


Go girl, Usrah rock!

 eh. hehe...

HOD yang busy pun boleh survive dengan usrah, apesal kita yang HO tak boleh?



may Allah help us later,
amin.


** Sejak tersangkut dengan pakcik al-manar punya English blog yang sangat sedap dibaca, tetiba craving nak baca novel literature English.. I miss Jane Austen!  Plus, tetiba jugak rasa English ku sungguh taraf sekolah rendah. Huwaa... *study!*

Dream Job

Merujuk kepada The Thirty Things, kali ini soalannya berbunyi :



7. What is your dream job, and why?




Salam everyone~

My Dream Job?

Well, definitely my going-to-be-current job la kot, kan?

A Doctor

I didn't start working yet. And the official date of working will be tomorrow. 

Yes, T.O.M.O.R.R.O.W

Ya rabb, berdebarnya tak tahu la nak kata macam mana. This is what I've been dreaming since aeon ago. Cewah. I din't really know sejak umur berapa cita-cita ni dah melekat dalam jiwa dan raga kita. Tapi rasanya sejak mula kenal erti cita-cita, ia dah ada sama-sama. 

Either doctor, guru atau pensyarah. 

*obviously the latter were influenced by my parent who is a teacher and a lecturer.*

Macam mana pula dengan doktor? 

Siapa yang pengaruh?

Erm... berkemungkinan besar - Persekitaran.

Dalam keluarga besar saya tak kira belah ibu atau bapa, tiada sesiapa pernah menjadi doktor. Tiga pupu emak mungkin ada, tapi itu terlalu jauh dan saya tak pernah bersua muka dengan dia. Anak jiran pun ada juga tapi sama lah, abang itu pun terlalu jauh untuk didekati. Too much age gap. Nak sembang pun takut.

Rasanya kali pertama rasa teruja dengar kerja doktor adalah ketika mana arwah adik ketiga saya dilahirkan. Ya lah, kelahiran dia sangat dramatik berbanding kelahiran kami yang lain. Drama sangat sampai hari itu dah tersimpan jelas jadi kenangan waktu paling kecil saya boleh ingat dulu. Tepat umur 3 tahun. Hari yang mana rumah penuh dibanjiri darah mama yang ketika itu tumpah darah tanpa semena-mena. Dan lebih trauma, cuma saya dan mama dirumah sahaja waktu itu. 

Aish, sampai sekarang saya tak pernah lupa. Malah ibu angkat saya pun baru-baru ini kembali menceritakan pada kami tentang saat itu dimana katanya dia masih ingat waktu saya menjerit-jerit panggil dia di balik tingkap sebab pintu kami terkunci. Katanya lagi, dia sampai sekarang takut bila teringat nampak kolam darah mama yang berserakan. Tak sangka anak kecil dia ini nanti (baca : saya) rupanya besar nanti bakal menjadi doktor. haha.

Rasanya saya dah banyak kali cerita kisah ini. 

I'm amazed how Allah had help mama through the doctor's hand during that time. Dalam selang masa mungkin sekadar sesaat dua, mama boleh pergi tinggalkan kami. Na3uzubillah. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun adik masih terkena komplikasi dari peristiwa ini.

Dalam saya membesar, beberapa kali saya berdepan dengan pelbagai kejadian yang buat saya terfikir 'alangkah bagusnya kalau saya tahu apa caranya nak bantu rawat mereka'. Bestnya kalau boleh tolong, sikit pun jadi la. Tapi saya juga tahu menjadi seorang doktor seolahnya anda hafal beribu-ribu buku dalam kepala.... which might be impossible for me. 

But then, saya rasa why don't we try?

Kalau ada rezeki, Allah akan permudahkan jalan. Kan?

That's how it has had become my dream job.

And now, here am I - lagi kurang dari 24 jam untuk masuk hospital dan bergelar HO.

It's not easy. 

But I've come.

Saya dah lepas pertarungan SPM yang rasanya macam paling susah saya nak yakin waktu tigkatan lima dulu. Saya dah lepas debar interview biasiswa yang mana satu malaysia turut ada bersama. Saya dah habis pertarungan 6 tahun belajar medik di Jordan yang saya pernah ragu-ragu either boleh tak nak habiskan tepat ikut masanya. Saya dah lepas Viva Final Exam 4hari deret2 untuk 4 subjek major berbeza tanpa gap yang buat saya rasa first time macam hampir jadi orang gila dulu.

Kalau ikutkan, saya sendiri tak percaya saya dah selesai ujian-ujian diatas dulu. Saya tak rasa solely sebab saya sahaja. It's all rezeki. Usaha, tawakkal, doa, dan bantuan Dia. Kalau saya sorang, huhu kiok awal-awal lagi rasanya. Tapi yang penting, setiap kali jatuh, bangun semula.

Sekarang saya depan pintu ujian yang seterusnya -Housemanship!

The world that people say the hell of the doctor's life. 

Seriously I'm scared. 

But life must go on, rite?



Now, I no longer dreams of just being a doctor. 

I'm dreaming of being a Good doctor - and insyallah the great one. 

*insert new dreams*



May Allah help me ease the path....


Doakan saya dan rakan-rakan ya.

Insyallah esok, dunia baru saya bakal bermula.




Hello Hosp Seberang Jaya! =)







Jemputlah Bertandang




Kata seorang teman,
" Kau nyanyi lah lagu negeri.."

Lalu di balas risau yang seorang,
" Tak boleh lah. Ada nama Allah... "


Ya Tuhan

Apakah dosa sampai menyebut-Mu
seakan menjabat tangan bala.

.
.
.
.


Dan aku yang menggeletar
ke depan
menjunjung amanah-Mu
cuba dalam lemah daya
menghulur titah mesra

.
.
.


"  Ini bukan sekadar negara,
Ini bukan sekadar bangsa,
Ini bukan sekadar agama      *aku sepikan*

Tapi ini kemanusiaan yang harus kita ambil tahu bersama "

.
.
.
.

Maaf

jika belum aku mampu buka kan kamu pintu

Moga rezeki-Nya dari tangan ini tadi
mampu buat kamu kenyang
lalu terdetik girang
menjadi tetamu kami
di akhir waktu yang panjang.




** monolog lewat sunyi yang melingkar kami seusai Aku Kalis Peluru mengetuk hati **


Untuk Aku si 16 TAHUN



salam

Merujuk kepada The Thirty Things, kali ini soalannya berbunyi :

4. List 10 things you would tell your 16 year-old self, if you could.
[Senaraikan.sepuluh.benda.nak.cerita.balik.pada.diri.kita.yang.tengah.umur.enambelas.kalau.bolehlah.]


Umur 16 tahun adalah umur kita di Malaysia waktu tingkatan empat. Tingkatan peralihan antara menengah rendah dan menengah atas.Tingkatan peralihan antara junior dan senior. Kalau boleh diberitahu balik pada saya yang sedang berumur 16 tahun tu.....

saya nak bagitahu yang :

Dear aku-versi-waktu-umur-16-tahun

1- Weh, jangan cengeng sangat bila dah masuk I-gop tu. Seteruk-teruk stress belajar kat sana, teruk lagi stress belajar kat Jordan nun. Lagi hebat semua orang-orang keliling kita. Dan sila bersyukur tak dapat masuk KISAS. Sebab kalau tak, berkemungkinan kita bakal terus gila dekat sana. Betul... Bukan calang-calang manusia masuk KISAS tu. Kita tak payah masuk pun takpa. Ada lain yang lagi bagus untuk kita. Apa pun, alhamdulillah untuk semua yang Allah dah susun. Dekat Gopeng tu la kita akan belajar nak jadi flexible dengan hidup dan boleh rileks walaupun duduk keliling genius (dalam keadaan kita tak genius). Fighting~

2. Jangan take granted dengan orang sekeliling kita. Kalau lah kau tahu enam tahun dekat Jordan nanti kau akan kehilangan dekat 10 orang sedara mara dekat Malaysia ni, mesti kau trauma kan nak keluar jauh-jauh. Takpe, Allah dah takdirkan macam tu nak buat macam mana. Tapi yang penting, kau kena tahu someday nanti, someone akan pergi. Kita je tak tahu masa. Macam kau dulu, kau tak tahu yang sekarang aku dah hilang Kakek Mali, Toklang, Wak Mus, Tokwan, Nadrah, Nenek dan beberapa kenalan kita yang lain. Appreciate everyone!

3. Teruskan percaya yang kita boleh jadi doktor. Walaupun kita banyak ragu-ragu dengan keupayaan kita, sebenarnya kita boleh je. Allah yang berkuasa atas sesuatu yang akan berlaku di masa depan. Yang penting kita usaha. And tahniah! Kita dah berjaya pegang skrol MBBS dah pun hari ini. *peluk kuat-kuat*

4. Hoi hoi hoi Sila tahu yang Canada tu tak pernah kena pakai visa! Sebab dulu aku tak tahu dan terlupa pulak nak baca, sampai ke sudah kita tak pernah jejak Canada. Sobs3... Dan kalau kau nak tahu, 6 tahun dekat Jordan nanti kita tak berkesempatan pun pergi Makkah Madinah.. Huwaaaa! Sedihnya. Tapi alhamdulillah Allah kasi kesempatan pusing tempat-tempat lain yang sangat banyak di dunia ni lagi. Cheers!

5. Aritu cikgu tolak cerpen kau kan? Lepas tu Safwanni yang diam-diam berisi tu dapat pergi MPR kan? Sabar lah my dear.. Jangan putus asa menulis. Sebab lepas kau keluar dari Malaysia nanti, kau akan jumpa satu masyarakat dan satu kumpulan penulis yang sangat akan sokong kau menulis sampai banyak-banyak buah buku bersama. Di Jordan pun nanti kau berhasil keluarkan novel bersama dengan rakan-rakan penulis lain. Jauh beza. Have strength!

6. Ada suatu masa nanti kau akan rasa sesuatu yang buat kau lari dari kumpulan kau. Sebab kau rasa diaorang tak faham kau. Kau rebel. Kau tak mahu jalan sama langkah dah. Tapi sebenarnya kau tahu tak kenapa? Sebab kau yang pertama dahulu sendiri patah ke belakang. Mengada. Kau nak try and error. Tapi percubaan kau tu buat kau terus ketinggalan. Nak kejar dah mula rasa segan. Macam aku sekarang. Kalau lah dulu aku tak mencuba macam tu. Kan sekarang terkial-kial.

7. Hati tu jaga sikit. Pagar biar kasi kukuh macam tembok Zulkarnain. Baik macam mana pun kau tak tahu sakit yang bakal kena. Elakkan. Terutama yang kau tak kenal depan. Hati-hati

8. Umur 16 tahun dulu, kita kenal dunia sekolah je. Umur 24 tahun nanti kita ada di dunia tanpa sempadan. Kita kenal merata orang tanpa pernah jumpa mereka. Ada keluarga baru, ada kumpulan baru, ada kaki blogger baru dan macam-macam lagi. Tiba-tiba kita ada ramai kakak-kakak di seluruh alam. Bahagia sungguh! Pendek kata banyak la benda yang kita tak terfikir dulu akan kita jumpa. Banyaknya ada sebab kita menulis di dunia maya. Agak-agak kau tahu tak blog tu apa ya?

9. Lepas habis belajar nanti, banyak benda pasal dunia sebenar yang kau akan jumpa. Kadang-kadang unpredictable. Yang kau sangka permata boleh jadi sebenarnya kaca. Yang kau ingatkan tenang, rupanya dalam tu penuh buaya! Serius. Dulu kita budak kecik, kita tak tahu cerita sebenar. Sekarang dah nak dewasa, ha belajar lah nak mengenal erti sebuah dunia yang bahaya. Selamat membesar~!  Yang baik ambil jadi teladan, yang buruk biarkan jadi sempadan.

10. Esok aku nak pergi kursus induksi. Esok jugak lah penentuan kita bakal HO di hospital mana. Berdebaq tak henti ni. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Kalau ada 'aku versi 5 tahun akan datang' datang bagitau, maybe boleh cool sikit rasa kot. Ohoi, merepeklah! Maybe 5 tahun lagi aku tulis lain macam ini, untuk aku versi hari ini. Takut pulak nak tunggu. Hehe. Ok, doakan~!

All the best to all of us~

Sekian.

Lot of love,
aku-versi-umur-24-tahun



KL Gangster 2 Parody ---- KL Tarbiyyah



Watch them HERE !

Parody paling best dan awesome di alam semesta! 

(^_^)/




p/s: Tak faham dengan isu copyright by the real film. Parody je kan? Memang la dekat nak sama tapi tak serupa. Dekat Korea pun hampir semua cerita ada parody. Nothing harm pun. Just for fun je. Relax bro.. =)

** Semoga ada pahala yang mencurah-curah ke ladang gandum kepada pembikin filem parody dan juga buat pembikin filem sebenar yang secara tak langsung memberi idea kepada penghasilan parody ini. Amin... 



Jangan Putus Harapan

salam


Lesson of the day - Don't loose hope!

Petang yang drama. Seekor burung puchong bendang tengah lepak di lantai. Bila kami nak lalu, dia nak terbang. Tengah terbang tiba-tiba terhantuk dinding. Auch! Kami pulak yang rasa sakit.

Burung jatuh. Terkelepek. Nafas naik turun macam nak mati. Bila diperiksa, leher jenjang dia macam patah. Innallillah... Kata abah, leher dia dah 90 degree bengkok.Susah nak pebetul. Ya, physical exam mmg saya rasa. Err.. macam mana nak cpr burung?

Innalillah. Biar je lah sini. May u rest in peace. Nampak makin lama makin lembik. Mata dah tertutup.

10 minit kemudian, rasa kesian. Nak tengok balik. Kaku je. Check. Pegang. Cuit cuit sikit. Eh. Eh. Bergerak lagi lah!

Bagitau abah. Jatuh kasihan. Ok la, kata abah jom kita cuba. Abah nak try urut dia. Ada rezeki, hidup lah. Kalau tak, tak apa lah.

Bismillah. Bila dipegang, rontaan masih ada. Abah tarik leher panjang burung itu sambil urut perlahan. Replacement therapy barangkali? Habis 'urut', tetiba terus aktif plak burung seekor ni. Dan-dan waktu tu jugak dia 'bukak silat' dengan kepak terbukak, paruh panjang ternganga garang sambil menjerit. Hamboi! Lawan doktor nampak... Tak ingat ke tadi kau angkat leher pun tak boleh siap lembik bagai segala.

Abah bukak 'bunga' jugak. Kena berjaga sebab burung jenis ni suka mematuk mata. Haha aneh petang ini, burung bersilat dengan manusia. Penonton juga bertambah bila burung menjerit tak sudah.

Tapi manusia lagi terer. Kebetulan mungkin burung ni masih pening terantuk dan stress kena 'disc replacement'. Walau leher sentiasa pusing tengok abah dan kami di mana, dia terleka juga seketika. Langsung abah pegang kemas. Periksa semula kot2 ada yang luka atau patah. Ok, normal semua. Leher pun dah lurus. Takde benjol tajam tadi.

Terfikir tak tahu nak letak mana biar dia terbang dan tak terantuk lagi, kami letak dia atas bumbung di luar. Di luar,kelihatan dia merenggang2kan badan. Sihat dah la tu. Tapi dia tak bergerak ke mana. Leher sahaja kejap tengok atas, kejap tunduk ke bawah mencecah lantai. Sujud syukur ke burung? Hihi.. Kepala masih berpusing pening agaknya.

Bila dah pasti dia ok dengan caranya yang mengalih pandang pada kami di balik tingkap bila kami mengacah, kami pun pergi. Selamat lah hai burung. Hati-hati bila terbang! Jangan terantuk lagi.

"Abah, tak sangka kan dia hidup lagi? Ingatkan dah confirm mati tadi..."

[ alamak, ini facebook lah bukan blog... sorry  ]

.
.
.
.
.
.
.

Ini yang saya share di facebook baru-baru ini. Bila mood nak bercerita datang berkobar-kobar, langsung facebook mangsanya. Tak sempat nak berblog di blog melalui handset. Payah.

Apapun, alhamdulillah ada yang ramai yang membaca walaupun status ni panjang gila. hehe.

tq =)

Thirty Things


salam





THE LIST:

1. List 20 random facts about yourself.
2. Describe 3 fears you have and explain how they became fears.
3. Describe your relationship with your parents.
4. List 10 things you would tell your 16 year-old self, if you could.
5. What are the 5 things that make you most happy right now?
6. What is the hardest thing you have ever experienced?
7. What is your dream job, and why?
8. What are 5 passions you have?
9. List 10 people who have influenced you and describe how.
10. Describe your most embarrassing moment.
11. Describe 10 pet peeves you have.
12. Describe a typical day in your current life.
13. Describe 5 weaknesses you have.
14. Describe 5 strengths you have.
15. If you were an animal, what would you be and why?
16. What are your 5 greatest accomplishments?
17. What is the thing you most wish you were great at?
18. What has been the most difficult thing you have had to forgive?
19. If you could live anywhere, where would it be and why?
20. Describe 3 significant memories from your childhood.
21. If you could have one superpower, what would it be an what would you do with it first?
22. Where do you see yourself in 5 years? 10 years? 15 years?
23. List your top 5 hobbies and why you love them.
24. Describe your family dynamic of your childhood vs. your family dynamic now.
25. If you could have dinner with anyone in history, who would it be and what would you eat?
26. What popular notion do you think the world has most wrong?
27. What is your favorite part of your body and why?
28. What is your love language?
29. What do you think people misunderstand most about you?
30. List 10 things you would hope to be remembered for.



**  will be done randomly **




see ya!

Angry Fish



If I am a fish
how can I complete your wish
for me to CLIMB the tree
when I know I didn't even have the knee ?

Can't you be you,
and I be me? 


[Auriss Haira 18Oct2013 Uitm]
.
.
.
.

Been wondering since few days ago, should I share about my personal life in this blog? A few people had came to my life nowadays and make me ponder about this act of mine. But isn't this blog is already a personal blog once? 

If I didn't share about my personal view which might include my personal life, then why bother to make a blog? Copy and paste? It's not that fun. Plus, a heavy type of article and discussion is really not my cup of tea. I also don't have a specific kind of genre. So, it might be best to say that this is only my random rant and anything circling around my world.

I do care to share. And this is how I manage my sharing session.

I'm not a famous writer nor a great philosopher.

Nor I as incredible as you, to write something that I know I can't do

I did try my best to give my friends a.k.a my reader to gain something benefit from this site.

It might not a good one for you but it may touch the others.

So, could you please consider about this matter, sir?

Do respect and may Allah grant us the best in this world and hereafter... 

** Maybe I'm  just a bit paranoid of how you see me here, but let me just make it clear. For my own sake. 

[ Yang penting, saya harapkan moga setiap yang ditulis di sini ada saham pemberat di alam sana buat kita. Aminnnnn...~]


Doubt




orang bilang makin dewasa ni patutnya makin kenal diri

tapi rasanya macam makin dewasa ni makin pening pulak


kejap nak jadi begitu

tetiba alih-alih eh tak nak lah, yang sini pulak macam lagi baik


serabut aih

banyak benda kena consider


bak kata Arina :  Realiti ni memang la tak seindah mimpi


Tapi mimpi memang sentiasa kena melangit sampai ke bulan kan, sebab kalau tak sampai pun paling-paling dapat juga mencekup bintang. Acewah ayat...


By the way, mungkin ini kot yang di kata masuk fasa baru nak matang

sebab tiba-tiba kau dah tak berapa berani nak semborono buat sebarangan

dulu kecik-kecik boleh lah 'try je lah'

sekarang nak try try tu kena fikir panjang


Aigoya... sekarang ni lagi lah. 

Abah dah selalu kata ' this is the time you've to do all by your own. You decide! ' 


gulp..


*p/s : whatever happen, be yourself!*

Bagaimana nak bagi adik kita mendengar kata?

Assalamualaikum



Long-long time ago, I used to wonder macam mana la nak kasi adik-adik sendiri dengar cakap kakak dia ni. Bukan apa. Bila dah masing-masing macam nak dekat sebaya ni, they tend to be stubborn sikit. Jangan harap la nak dengar arahan terutama bila dah biasa kuat bercakar. Alah, adik-beradik kan... gaduh-gaduh pun, dah jauh nanti sayang sayang rindu rindu jugak. =)

Then one day, saya perasan sesuatu. Diaorang akan cepat jalan bila kita bagi sesuatu. Bukan reward. Tapi lebih kepada 'aku dah bagi something, you better make sure you give me something too'. Win-win situation barangkali?

Jadi sejak itu, cara ini lah yang saya guna pakai untuk kerahkan mereka.

" Haritu kan akak dah kasi 10. Bila nak laju je, bila akak mintak tolong semua tak nak "

....and the list goes on.

Well, at that time memang menjadi la. Sedegil mana pun, mesti diaorang buat jugak. Dan saya juga waktu itu perlu sentiasa memastikan yang saya ada something more towards them so that diaorang macam feel like indebted to me - then diaorang akan tolong saya balik. That's the way!

Atas itu, saya memang percaya ini adalah yang terbaik untuk kami.

Tak kisah la even mama selalu cakap  " tak baik berkira...", saya rasa itu sajalah caranya saya nak make sure diaorang ikut cakap saya. Dah tak jumpa dah cara lain.

Dan tak pernah sekali pun saya terfikir yang sebenarnya, it is very WRONG and very RUDE!

hey, I still love my siblings okay~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sampailah suatu hari, saya dengar cerita dari seorang kenalan saya tentang dugaan keluarga mereka.

Diaorang ada masalah sikit dan blablablabla... I shouldn't write about their problem here. Tapi ada satu yang saya nak highlight.

The way she felt about one of her siblings yang sangat berkira.

Seolahnya dia dan adik-beradiknya yang lain sampai tak sanggup nak mintak tolong kakak diaorang tu sebab nanti mesti ada je yang kakak diaorang umgkit untuk tunjukkan pertolongan dia dulu.

Wait... that's the word!

UNGKIT...!

Waktu tu tak tahu kenapa, dalam kepala semuanya berpusar tentang saya rasa macam saya pernah buat apa yang kakak kepada kenalan saya ni buat. Bukan takat pernah, memang selalu lah rasanya.
Ada kemungkinan besar yang apa yang kenalan saya ni rasa sebenarnya juga adik saya mungkin sedang rasa waktu saya buat begitu dahulu.

Perasaan dia macam kita sedang dihinakan. Macam kita terhegeh-hegeh mintak tolong dia dulu.

Allahu rabbi.... Alllah... Alllah...

Kejamnya!

Saya tak nak adik-adik saya rasa macam tu. Saya kakak diaorang. It should always be my responsibility to help if they are in need! Takkan saya nak happy sorang-sorang bila adik-adik susah.

Ya Allah, takutnya kalau adik-adik fikir macam tu... T_T

.
.
.
.
.

Sejak tu, saya cuba sentiasa sedarkan rasional saya bila nak minta tolong adik-adik. Jangan ungkit apa yang kita dah buat untuk diaorang. Sedegil mana pun diaorang, jangan ungkit pertolongan kita. Kalau nak paksa ribu-ribu kali pun, paksa je buat tapi jangan sesekali ungkit apa yang kita beri, apa yang kita kasi.

Never! Ever!

Kalau tengok mama abah sendiri pun, diaorang tak pernah mengungkit. Kalau kita (saya) degil tahap tak leh nak paksa pun, diaorang masih tak mengungkit apa yang pernah diaorang buat untuk saya. Paling-paling pun diaorang ungkit pasal dulu saya pernah janji nak buat last-last tak buat. err..  Tak pe lah, memang salah saya pun. But the thing is, diaorang tak pernah ungkit kebaikan diaorang pada saya.

Tak pernah sekali pun nak cakap 'dulu abah pernah amik kamu kat kl jam 2 pagi tau!' .. no!
Takde pun pernah cakap ' dulu mama yang susah payah jaga kamu time demam tau!' ....no!

Mak ayah kita tak pernah mengungkit.

Then, why saya yang kak long main ungkit-ungkit ni ha???

Please.



Jangan sesekali mengungkit. 
Terutama pada keluarga sendiri.
 Dengan sesiapa pun sebaiknya jangan. 
Jangan la mengungkit. 

Pahala hilang satu hal. 
Mengkecik-kecikkan maruah orang pun satu hal. 

Adik-adik takkan mendengar kata kalau kita mengungkit
Kalau ikut pun sekadar terpaksa sebab tak tahan 
Sakit hati diperlakukan macam orang berhutang dengan kita

Jangan mengungkit!



Mereka mungkin tak pernah beritahu apa yang mereka rasa. Tapi mereka mungkin akan rasa yang kita tak sepenuhnya sayang mereka seikhlasnya. That's will be very bad.

Kalau pernah buat, well... cuba lah berubah.

Baik ubah sekarang dari tak berubah langsung.

Kurang-kurangkan...

Lepas tu, hilang-hilangkan...

Banyak lagi cara dekat dunia kita ada. Buku psikologi tu berderet dekat library boleh baca. How to Influence people. Cewah.. Itu pun boleh apply pada kita.

Last but not least, selamat ke arah men-zero-kan ungkit mengungkit sesama kita,



Till then

Wassalam..



p/s : Dah try, ada something better to make your siblings help you rather than mengungkit! hehe..











Ke arah Menormalkan Turki

Salam

5 tahun lepas waktu saya berkunjung ke Turki, saya jadi aneh bila melihatkan masih ramai lagi wanita yang bertudung di sana. Eh, bukan ke katanya dulu Attartuk tak kasi penduduk Turki memakai tudung?

Waktu itu saya rasakan mungkin pembacaan masih belum cukup. Atau mungkin juga Turki sudah pun mula memasuki fasa kesedaran, seperti yang pernah Ustaz Hasrizal ceritakan dalam blog beliau dahulu. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya haruman Islam masih kuat dihidu di atas bumi Al-Fateh ini. Jauh benar kalau nak dibandingkan dengan bumi Spain yang juga pernah menjadi pusat kegemilangan Islam zaman dahulu kala. Di Al-Hambra atau Cordova, terlampau susah nak cari hatta walau seorang muslim yang bertudung. Jadi, saya kira Turki ini masih terjaga.

Bila pulang, barulah saya dikhabarkan rupanya larangan bertudung itu adalah di dalam institusi kerajaan -sekolah, universiti, peguam, wartawan dan sebagainya. Tak ubah macam dilema saudara seakidah kita di Perancis. Patut lah saya tak perasan. Dan untuk pengetahuan, masuk tahun ini sudah hampir 90 tahun undang-undang ini menekan mereka di Turki. MashaAllah.... 9 dekad bukan sekejap!

Kasihannya mereka~

Tapi subhanallah, kelmarin pagi lagi saya sudah diberitakan dengan khabar gembira dari seorang kenalan yang tinggal di Turki. Bunyi kicauan burung yang meriah di luar seakannya turut sama menyambut girang status di mukabuku kami :

Cikgu sekolah sedang mengajar pakai tudung setelah sekian lama tudung dilarang di turki - (Kak Yeni)


Tak lama kemudian, page facebook Jom Turki juga menguarkan cerita yang sama. Sah! 

Subhanallah...! Alhamdulillah...! Allahu akbar.....!

Kemenangan pertama yang ditunggu-tunggu sejak sejak lama di sana akhirnya tiba. Syukur.

Mabruk kalian~!

Tahniah Erdogan~!

^_^)/

Sehari dua kemudian saya ternanti-nanti analisis berita ini di media-media kita. Hari pertama, tiada. Hari kedua pun tiada. Eh, takkan tak ada orang tahu? Pelik..

Hari ini saya cuba pula di dalam carian Google. Tangan menaip pantas. Dalam bahasa ibunda.


' Larangan tudung di Turki di tarik balik ' 


Yang terpapar cumalah satu pautan berita kecil dari akhbar sinar harian.  Yang lain, semuanya artikel-artikel lama tentang larangan bertudung di Turki pada tahun-tahun sebelumnya. Eh, satu sahaja? Jangankan berita atau analisis perdana, sembang-sembang blog pun langsung tak ada. 

Saya cuba tukar kata carian tapi jawapannya masih sama. Kosong

Huk aloh...... Hello everybody? 

Aduhai, Malaysia ku..

Ok, next. Tukar guna kata carian dalam bahasa Inggeris pula.


'headscarf / hijab bannned lifted turkey '


Ha.. baru berderet berita dan cerita keluar. Lega rasa nak membaca. 


dan lain-lain... baki cari sendiri ya   =)


Yang penting syukur alhamdulillah.. Sekali lagi Erdogan melakukan perkara yang bagus untuk ummat kita. Walaupun ada pengecualian untuk lawyer, polis dan askar untuk penarikan undang-undang ni, takpe. Step by step orang putih kata. Bukan senang nak ubah undang-undang yang dah berakar sampai 90 tahun. Erdogan pun ambil masa dekat 10 tahun untuk cuba buat penambahbaikan ni. Mana boleh sekelip mata je nak ubah semua benda kan? - tetiba rasa tak puas hati dengan penggulingan Dr Morsi. 

Insyallah suatu hari nanti orang-orang yang dikecualikan tu juga akan dapat hak yang sama sebagaimana polis-polis Muslim di UK yang dah dibenarkan untuk bertudung jugak. Amin.... 

Go! Go! "step toward normalisation" Go! 
Erdogan Boleh! Turki Boleh!

^_^

Last but not least, congratulations everyone!

Teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita tak kisah la kat mana pun mereka berada - Palestin, Syria, Mesir, Turki, Rohingya, Pattani, Chechnya dll. Kalau tak mampu tolong benda lain pun, doa pun ok. Keep fighting! Insyallah, janji Allah selalu tepat. Islam pasti menang~!


wallahualam~





Karya dan Media


Salam

Memetik sekeping printscreen dalam slide Media dan Karya yang saya bentangkan baru-baru ini di Bengkel Penulisan GKLN siri IV :




Antara keseronokan berkarya lalu karya itu disiarkan di media perdana adalah anda tidak tahu siapa pembaca anda. 


Boleh jadi:



1) Seorang Perdana Menteri
2) Pakcik jual belon
3) Pencinta yogurt Muller
4) Penjala ikan mackerel
5) DS Anwar Ibrahim
6) Seekor kucing yang menjadikan surat khabar alas tempat tidur
7) Zol Helmi Md Zuki
8) Adik Zol Helmi Md Zuki 
9) Seorang yang sedang putus cinta
10) Artis k-pop versi Malaysia yang kebetulan mencari gambarnya dalam akhbar tetapi tidak ada lalu kecewa dan membaca karya anda. 

Apa-apa pun, hanya mampu berdoa karya itu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.

(quote by Shahkang)

.
.
.
.


Lama saya termenung sebelum memulakan pembentangan tempohari.

Kau ni cakap saja lebih kan? Ada kau buat ke?

Eh, ada apa... Cuma tak serajin sampai ke semua media lah.

Kata Nabi, sampaikanlah walau satu ayat.
Kalau kita tak buat pun, bila kita menasihat, lama-lama sendiri malu mesti akan buat juga.
Supaya nanti tak terasa jadi ketam jadian
Mengajar anak jalan lurus walhal sendiri tak terurus

Ha ha ha

Ok, sebab anak murid cikgu di atas pun dah mula nak bergerak, apa lagi?
Takkan nak ketinggalan kan?

Yosh ! 

*lari laju-laju*






“Untuk menjadi penulis, seseorang itu perlu membaca, membaca, membaca,membaca dan kemudian menulis.”

Dato’ A. Samad Said.

Refresh

salam ~



Dalam ribu-ribu perkara baru yang ada, 
paling susah nak lupa waktu kak Adibah cerita tentang cerita terpendek di dunia 

For Sale ;
Baby shoes
Never worn


hebatnya. hebatnya. hebatnya.

Ok, kak Adibah dah kasi hint kali ke berapa puluh dah
 " Ainul memang tak nak try cerpen ke?"


Duduk-duduk dengan mereka ini buat aku rasa kembali kosong
Bukan kosong yang membosankan tu
Tapi kosong yang macam kita ini budak baru
dikelilingi orang-orang otai
Nak cakap lebih-lebih pun takut
Kalau bercakap pun sebenarnya macam orang hilang fokus
sambil pintal hujung tudung. Menikus
Dah berapa kali lah malu sendiri
bila selalu buat orang pelik nak faham
belum campur lagi kena gelak dengan orang

Kalau ikut hati, memang lama dah ni lari
Atau pun pusing terus hadap belakang bila kena ke depan
macam zaman-zaman tadika dulu
 *teringat cikgu tension bila koir dulu, badan aku ke depan tapi kepala toleh ke belakang*
tapi sebab ada 24 orang adik tu, tak jadi lah
imej kena jaga weh
kecik tak kecik kau rasa, kena gam jugak duduk situ.

Ni sekarang tiba-tiba ada strangers suruh perkenal diri,
nak letak nama kosong tanpa karya boleh tak? 

Bukan apa

rasa macam kena nak kena refresh

Cakap 'ana sanfurah' lah senang

Itu pun kalau ada yang faham.

*agak-agak perlu tak Auriss Haira ni pun di-reformat- sekali?*

















p/s: Macam mana nak jadi penulis tegar ni? T_T











Test of Tree



Salam ...

Terasa nak buat satu test ni. Macam menarik.



Look at the tree and choose the one that is immediately most appealing to you. 
Don’t think about it too long, just choose, and find out 
what your choice says about your personality. write down your choice in the comments.
.
.
.



I choose the 6th Tree!


The results!

1. You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve. 

2. You are a fun, honest person. You are very responsible and like taking care of others. You believe in putting in an honest day's work and accept many work-related responsibilities. You have a very good personality and people come to trust you easily. You are bright, witty and fast-thinking. You always have an interesting story to tell. 

3.You are a smart and thoughtful person. You are a great thinker. Your thoughts and ideas are the most important. You like to think about your theories and views alone. You are an introvert. You get along with those who likes to think and learn. You spend a lot of time, thinking about morality. You are trying to do what is right, even if the majority of society does not agree with you. 

4. You are perceptive and philosophical person. You are a unique, one soul of your kind. Next to you there's no one even slightly similar to you. You are intuitive and a bit quirky. You are often misunderstood, and it hurts you. You need personal space. Your creativity needs to be developed, it requires respect of others. You are a person who clearly sees the light and dark sides of life. You are very emotional. 

5. You are self-assured and in charge. You are very independent. Your guiding principle in life is 'I'll do it my way.'. You are very self-reliant and know how to stay strong for yourself and the people you love. You know exactly what you want and are not afraid of pursuing your dreams. The only thing you demand from people is honesty. You are strong enough to accept the truth. 

6. You are kind and sensitive. People relate to you very well. You have many friends and you love helping them. You have this warm and bright aura that makes people feel good when they are around you. Every day, you think about what you can do to improve yourself. You want to be interesting, insightful and unique. More than anybody else in the world, you need to love. You are even ready to love those who don't love you back. 

7. You are happy and unflappable. You are a very sensitive and understanding person. You are a great listener who know how to be non-judgmental. You believe that everybody has their own journey in life. You are open to new people and events. You are highly resistant to stress and rarely worry. Normally, you are very relaxed. You always manage to have a good time and never lose your way. 

8. You are charming and energetic. You are a fun person who knows hot to make people laugh. You live in a state of harmony with the universe. You are spontaneous and enthusiastic. You never say no to an adventure. Often, you end up surprising and even shocking people. But that's just how you are. . . You always remain true to yourself. You have many interests and if something proves of interest to you, you will not rest until you acquire a profound knowledge of this area. 

9. You are optimistic and lucky. You believe that life is a gift and you try to achieve as much as possible and put this gift to the best use possible. You are very proud of your achievements. You are ready to stick by the people you care about through thick and thin. You have a very healthy approach to life. The glass is (at least) half full for you. You use any opportunity to forgive, learn, and grow because you believe that life is too short to do otherwise.


.
.
.
.
.
.
.
.
.


am I ?
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images