Anakku Hebat Anakku Soleh




(ini nota khas untuk keluarga dekat malaysia)
.
.
.
.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk 24 Oktober 2012. 



Seperti biasa, first and foremost : 

Mama, abah -  I Love You!


.
.
.
.
.

Teringat episode pertama 5 tahun lepas, 
sebelum mula melangkah kaki keluar dari Malaysia
duduk makin jauh dari rumah
makin jauh dari mak ayah
lebih jauh dari asrama SMKANT 
lebih jauh dari asrama SBPI Gopeng 
lebih jauh dari INTEC

rasa menggeletar sangat
takut dengan masa depan sendiri

waktu tu mama dengan abah hadiahkan sebuah buku berbalut lawa

tapi Arina minta nak bukak dekat airport terus
sebab nak suruh mama dengan abah tulis something
macam surat-surat yang selalu Arina minta mama abah buat time nak exam besar


Ini surat dari mama - halaman pertama


Ini surat dari abah - halaman kedua


Ini surat dari abah lagi - halaman paling belakang



Buku ini adalah harta paling bernilai sepanjang hidup dekat Jordan ni.
Sebab dia ada surat keramat yang paling Arina sayang

Walaupun pernah hilang dari simpanan selama dekat 2 tahun (terlupa orang pinjam)
dan pernah tercicir dalam bas,
Alhamdulillah dia tetap kembali dalam tangan~
Nampak sangat, tempatnya memang di sini. 
Dalam simpanan Arina. 

Setiap kali baca surat dalam buku ni,
selalu rasa sangat lapang
Macam mama dan abah ada di sebelah


Terima kasih mama.
Terima kasih abah.

It's been 5 years already.
Semoga surat ini kekal jadi penaik semangat sampai bila-bila


=)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Errr.... 

Buku ni sangat jarang sebenarnya tunjuk muka dekat awam.
Tak termasuk dalam rak buku-buku untuk dibaca oleh sesiapa.

Selain dia sangat istimewa,

sebenarnya

waktu tahun satu dulu
waktu pertama kali dapat buku ni

dalam hati rasa pelik sangat :

Kenapa ya mama dengan abah kasi buku Tarbiyatul Aulad? 

kenapa bukan buku-buku motivasi jadi pelajar ke
atau buku-buku tentang doktor? 


Dalam buku ni penuh cara cara-cara mengajar anak. Dan termasuk lah cara menjadi ibu-bapa yang baik sejak mula tertubuh institusi rumah tangga. 

Apa kaitannya dengan Arina yang baru nak masuk umur 18 tahun?

*garu kepala*

Kawan-kawan yang perasan buku ni dalam simpanan khas pun selalu gelakkan.
" Awal betul get ready..., " usik diaorang.

Haish. Malu jugakla.

Arina baca pun, baca gitu-gitu je. 
Tak ambil port mendalam sangat.
Yang betul-betul bagi kesan just surat-surat mama dengan abah.

Sebab itu bila ada senior yang tengah pregnant first baby PERMAI nampak buku ni,
Arina kasi pinjam pada dia
kiranya macam bagi pinjam kepada orang yang lebih memerlukan la.. =p

dan sekarang

selepas dah confirm jadi pelajar tahun akhir, 
baru terasa macam 
oh, hebat rupanya buku nih~!
(sebab dia banyak tekankan isu -isu penting dalam pembentukan manusia terutama kepada Allah)

walaupun still tak berapa faham kenapa mama abah hadiahkan buku ni waktu awal tahun satu dulu, 
tapi rasanya mesti ada sebab khas kan kenapa buku ni yang terpilih antara ribuan buku yang ada dekat Malaysia waktu tu?
(ke memang saja-saja ter pick buku ni? hehehe... )


never mind lah. 

Yang penting Arina rasa buku ni banyak bantu
untuk dapatkan feel mama abah ada kat sebelah
sepanjang fasa transisi dari pelajar sekolah
ke pelajar universiti 
sebelum sampai ke tahap bukan pelajar lagi. 

tengok tajuk buku pun dah terasa macam itu harapan mama dan abah pada Arina

'Anakku Hebat, Anakku Soleh-ah' 

amin...~

Terima kasih banyak-banyak 
mama, abah

Sekarang 
jam 00.00 
24 Oktober 2012
I'm reading your letters for the thousandth times
my best birthday present ever 
every year


(LOVE YOU)

Bye OnG~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Tamat sudah rotation dan exam Obstetric and Gynaecology (OnG)  mingu ini. Tapi markah tak keluar lagi. Mungkin dalam minggu akan datang ni. Doakan ya..

Dan memandangkan OnG dah habis, rasa macam tak larat plak nak sambung sambungan detail cerita-cerita rotation kami. Jadi, untuk yang nak tahu apa agaknya life tahun 6 OnG dekat sini, tengok gambar saja la ya. 

OnG secara keseluruhannya sangat best! Agak rileks. Doktornya pun takdelah malignant sangat. Even tak garang dalam kelas, tapi bab evaluation errr doa je lah banyak-banyak. *eh harap-harap markah keluar nanti boleh tahan la harapnya. Amin... *

Okay, let us see the pictures~!

Gambar anak-anak IVF

Teringat ada sekali waktu tengah round IVF tiba-tiba datang satu parent bawak anak kembar tiga!
 Ya ampun, comel amat.! 

Tapi sebenarnya kalau ikut doktor-doktor dekat sini, kala patient dapat anak kembar lebih dua, diaorang (doktor) tak berapa suka. Sebab terlampau tinggi risiko untuk banyak penyakit dan masalah. Ada sekali saya dapat patient tengah mengandung kembar 4. Bila discuss dengan doktor kat bilik discussion, panjang giler doktor nasihat kat kitaorang supaya make sure jangan tiru kesilapan doktor private macam ni bila jadi doktor kelak.  Ish3~ 


Wad Khas IVF 

nothing much. Cuma saya tertarik dengan quran-quran dan buku-buku doa atas meja tetamu. 
Tanda bahawa Allah itu penentu, hospital cuma tolong usaha.


Papan tanda ke wad IVF


Ini Rayyan.

Comel sangat. Geram tengok hidung mancung terletak dia yang dah nampak sejak berusia beberapa hari lagi. 


My Best Friends and I - Mahera, Arina, Maisarah  

Ready in action!

^_^


Salah seorang Doktor (yang lelaki ini) di Badeeah Hospital.

Waktu ni Mahera dapat peluang khas untuk clerk patient and handle few procedures sebab dia sorang bawak stetoskop. Huhu. Bertuah badan~ =p



Hasil Caesarean section! =D

* Tahun 6 memang asyik tengok surgery je kalau ada. Kalau dulu selalu merungut payah nak dapat, ha tahun enam ni tengok la puas-puas sampai muak *


Baby XY

Fresh from the womb ~


Ini Hospital Princess Badeeah - tempat khas untuk Obstetric and Gynaecology


saja tak de kerja ambik gambar orang uniform. 
Waktu ni tengah melepak dekat luar bangunan sebab doktor bagi balik awal, takde patient nak bersalin. Hummmph!

Ini gambar Dr M. Khatib - the head of deaprtment dekat Hospital Askari
a.k.a
our super senior batch ketiga JUST 
*kitaorang batch ke berapa puluh entah*

Terpaksa dikaburkan sebab beliau kerja dekat hospital askar. 
Askar-askar takleh clear sangat dekat public.

Tapi satu benda yang saya perasan,
doktor dalam baju uniform sangat cool and awesome! =)


Surgery Cystectomy dekat Askari.

Gambar ni diambil dengan arahan encik Medical Assistant yang bertugas. 
eh eh excited plak dia jadi model sambil bedah orang.


Inilah cyst yang dikeluarkan

kalau tak silap ukuran dia 7 x 10. Besar!



and that's us! - The pemerhati a.k.a penyibuk. 

Since doctor-doctor askari sangat baik, memang sakan la kitaorang buat bilik surgery macam bilik sendiri.

Nak duduk sedekat mana yang boleh pun okay selagi tak sentuh barang sterile.

Habis surgery nak lepak check semua benda pun orait. No hal. Awesome!


Ulangkaji Anaesthesiology.

I miss Anaest!

Do you want to be killed? -evil smirk-

*Dark Rose Doctor excited nak tembak orang guna picagari*


Semak data pesakit sebelum start pembedahan...

Tiba-tiba  ....... " I catch you!!! "  sergah seorang surgeon kepada Miss Photographer. 
Terus miss photographer terloncat.
kesian beliau, malu kena gelak dengan surgeon. hihihi


Sobahal ward~!! (Selamat pagi yang penuh bunga)  

Ok, pembedahan dah selesai Cik Pesakit.
 Sila bangun !
Jangan datang sini lagi yer kalau boleh... =D

Next !

* sementara tunggu patient, sembang dulu dengan Nurse Scrub *


Our Hero untuk hari ini - Dr Mahmud! 

Dr yang sangat baik dan kebapaan.

Bye Dr.

Kalau lah bukan sebab kami ada lecture pukul 1, sampai ke tengah malam pun kami sanggup tunggu untuk buat surgery dengan anda, Dr. 


Morning Meeting dengan seluruh Doktor dalam department


Clinic Session ~

Ultrasound . Ultrasound . Ultrasound

and Clinical Check-Up + Management Skill

> 100 patient per day 

*pengsan*



Dr Zakaria dekat Hospital Askari jugak.

Dr ini pun menarik. 
Cara mengajar yang unik - since dia punya klinik IVF tahap tinggi yang kitaorang tak paham apa. 

How?

Caranya :  Ada dua student je kan untuk satu klinik.

Sorang tengok patient, sorang lagi baca slide. 
Slide khas dalam galaxy tab doctor. 
Takkan dijumpa dekat luar kecuali dalam klinik beliau sahaja. Huiyo.
Ada soalan, tanya. 

Pergh, panjang benar nama kelulusan beliau.... @_@


Kertas hudhur ghiab (kehadiran)

Ahad - Khamis.  
Yes, dah habis!


since exam nak dekat, maka belajarlah kita beramai-ramai dekat library.

Ini library baru. 5 tahun setengah baru siap bina. 
Nasib baik sempat pakai

- sebagai super senior tahun 6, terasa macam jadi budak baru pulak bila masuk library baru ni. Takjub sebab tak pernah datang (kata Mahera and Arina) -

One day, tiba-tiba berlaku ribut pasir di kawasan University.
Mengucap panjang keluar kelas, terus nampak langit penuh debu. 

Dalam hati penuh doa, please la kalau nak jadi apa-apa seperti dekat Syria,
 kasi kitaorang semua selamat grad dulu. Amin.

Ini discussion session untuk bed side teaching minggu terakhir.

Masa untuk kena tembak dengan Doktor.

Dr Nael...!

Kelas beliau hari ini :
 3/4 bincang tentang patient
1/4 lagi bincang tentang Malaysia.

Dr Nael sangat kagum dengan Malaysia.
apatah lagi bila haritu time beliau pergi Malaysia, beliau solat berdekatan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dekat Masjid Putrajaya - dan beliau sangat respek bila takde bodyguard yang ramai deret-deret macam orang Arab selalu buat. Fuh, hebat! kata beliau

tapi paling poyo bila beliau aneh kenapa kami semua pernah pergi Putrajaya sekali dua kali sahaja seumur hidup walhal orang Malaysia. Isk doktor, kami duduk utara-utara, barat-barat, dan timur-timur belaka. Jauh tu. -_-'


Ini Doktor Haifa

One of the only 2 female specialist in Obs and Gynae KAUH.
Respek sangat-sangat.
Nak jadi macam beliau lah nanti.
Amin...~

eh! Baru perasan takde gambar clinical skill lab. Alamak...! T_T

Takpelah. Sob2. 

Gambar time exam lagi lah. Takde nyer nak pegang kamera waktu tangan tengah menggigil nak get ready OSCE n Mini OSCE yang susah tu. 

Bye Obs and Gynae.....

Jumpa lagi tahun depan time nak final. 

Semoga markah Obs n Gynae nanti keluar comel-comel belaka. 

Gonna miss all of you.
The doctors, the staff, the silibus,
the C2 group yang penuh Malaysian

and the most important part: 
the only department yang paling selamat nak study rileks-rileks.
*oh tidak!*

BYE...~






p/s:

- Selepas ini, bakal bermula rotation SURGERY.   *welcome to the hell*  >.<
- Esok nak pergi menghabiskan hari terakhir sebelum Surgery dengan bahagia. aiceh. 
- Tak dapat cerita banyak-banyak sangat. Ada benda kena simpan untuk 'Blazer Hitam'
- Baru bajet nak pergi Lubnan cuti ni, sekali hari ni Beirut kena bom plak. Adeh. Selamat tinggal la impian.
- Bakal cuti 2 minggu lepas start seminggu Surgery. Duduk rumah, menulis sudah.... kata seseorang. T.T


abah, mama - Insyallah, I'm doing fine. =)





Ma3assalamah ! 


Bonus datang lagi!


Assalamualaikum~


Bonus apa ya?

Bonus nak dapat tiket lebih dapat redha Allah! =)

Sekadar nak share peluang-peluang puasa sunat yang dah di-listkan supaya senang ingat. Boleh masuk terus dalam organizer siap-siap.

Rugi nih tak buat~




Segala dalil-dalil yang diperlukan untuk setiap puasa di atas ni, adalah sebaiknya kita cari sendiri buat masa ni. Bukan apa, sebabnya saya ada lagi selonggok nota tak habis baca. Tak sempat nak tolong carikan. Hehe. 

Tapi secara mudahnya bagi saya, kenapa kita digalakkan berpuasa adalah :

1. Awak nak pahala lebih dari biasa ? Maka berpuasalah - pahala puasa kan banyak~
2. Awak ada something yang awak teringin? Maka berpuasalah - doa waktu puasa mustajab tahu~
3. Awak rasa tak cukup bersyukur lagi? Maka berpuasa - bila puasa selalu senang ingat Allah~
4. Awak terasa banyak membazir sekarang? Maka berpuasalah - bila puasa senang ingat orang susah~
5. Awak rasa takutkan sesuatu ? Maka berpuasalah - xtahu kenapa, tapi saya rasa lagi rapat dengan Allah seharian bila berpuasa
6. Awak terasa sangat sukar tahan diri?  Maka berpuasalah - puasa kan boleh mencegah kemungkaran~

Dan sebab terakhir yang saya pernah terdetik teringat - Kalaulah tiba-tiba takdir tertulis akan mati dalam masa terdekat, alangkah indahnya kalau dicabut nyawa waktu tengah puasa~



** jangan risau, saya sendiri tahu susah betul nak puasa time semua orang tak puasa. Saya pun masih dalam fasa kena paksa diri kalau betul-betul nak puasa. Belum mampu puasa sunat banyak-banyak lagi secara sukarela dan senang hati. But never mind, yang penting kita cuba sahaja dulu. Allah dah ketuk kasi hidayah, kasi peluang, rugi lah tak buat~ 

** and bestnya puasa sunat ni, kalau tak tahan sangat, nak bukak pun takpe. Tak berdosa. Tapi kalau dah habiskan lagi lah amal kita jadi lagi power!

Ok, itu sahaja sharing kali ini.

Ha, tarikh puasa 1-8 zulhijjah tu mula esok. Siapa hendak, jom puasa~! =D

Esok saya dan kawan-kawan exam. Doakan ya!

Ma3assalamah~

-pergi sambung study group-

As gentle as doves

Salam




* dengar ceramah Dr Muhaya sambil menjawab soalan-soalan latihan OSCE *

.
.
.
.
.
.
.
.

kelembutan dalam hidup?

'small sigh...'
banyak lagi rupanya yang belum terbuat.

I'm getting 23 yet seriously rasa macam still a standard 3.
*nampak sangat tak cukup lembut lagi, Ainul*

Semoga Allah masih buka peluang untuk jadi lebih baik untuk kita.

Amin





main point :
1. sila selalu - Senyum , salam , sopan , santun , sapa
2. jangan buat - mengeluh, merungut, menyesal
3. hari ni nak buat apa : fikir baik, cakap baik, buat baik

paling terkesan dengan kisah Allah panggil nama di padang Mashyar khas untuk orang-orang yang memilih untuk memaafkan sedangkan dia mampu untuk membalas dengan kejahatan.

It's our life, it's our choice.

but our main target should always be Allah. =)




p/s:

Lagi sehari dua nak mula exam. 
17 & 18 October 2012
OSCE & Mini OSCE Obs n Gynae

Pohon doa dari kalian ya, doakan saya dan rakan-rakan semua dipermudahkan menjawab exam, dan semoga para doktor dilembutkan hati nak kasi markah tinggi-tinggi.

Amin..

(tengah-tengah exam ni la banyak idea nak keluar, banyak benda nak buat, banyak pilihan nak timbang, banyak perangai nak lawan. Cobaaannnnnn..~ )


Tiada yang Abadi

Salam

-nota kecil-



Uuiii~
kenapa kah muka kelat seharian macam cuka nak basi?
Ada masalah kah?

Bawak bertenang.

Jangan lah membazir sampai 24 jam asyik termenung teringatkan masalah. Nak cari penyelesaian bukan sekadar perlu bersedih sepanjang saat kan? Insyallah. Ada jumpa jalan keluarnya tu nanti. 

Semoga dipermudahkan semua urusan....... biar tenang semula hati..... dan comel semula muka. Kehkeh.


Nak pesan : Sedangkan hidup ni pun sementara, takkan lah masalah ada selamanya kan? ^_^

**tiada yang abad kini...... melainkan Allah**



(mempersembahkan........)

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. by :  OPICK yang femes

(....... penulis sedang patah pensel dan hilang kamus dalam diri...... k.o.s.o.n.g  )







*****************************************************************

Differential Diagnosis untuk Diri  (3D ) :

exam OSCE + Mini OSCE Obstetric n Gynae = 17 + 18 hb October 2012

 \(0_o)/



Doakan! Please~

*************************************************************



Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images