Akhi Albi

To Asyraf Syahmi! 

HAPPY BIRTHDAY~
(27 - 9 - 199x)

Semoga terus berjaya dunia akhirat
Semoga terus kekal tsabat dalam segala urusan 
Semoga terus membesar menjadi lelaki hebat untuk agama dan ummat.





Walaupun tiap-tiap kali cuti balik rumah adalah sama erti dengan bermula era peperangan baru, 
tapi still 
kak Ina sayang kamu! 














* notes*

Adik-adik lelaki ni banyak songeh betul lah!

Yang kecik mintak DSLR
Yang besar mintak Iphone

Apa ingat kakak diaorang ni mesin photostat duit ke?

Nasib baik ada dua je adik lelaki. Kalau tak, haru...~

Nampaknya kakak diaorang ni kena selalu doa supaya diri sendiri bertambah rezeki, 
biar boleh try dapat tunaikan angan-angan mat jenin adik-adiknya yang mengada-ngada


Aminnnnn~







The Last MHS


Assalamualaikum..

19 - 22 September 2012 : Minggu Haluan Siswa 2012/2013

name tag


 group adik-adik berlatih choral speaking 

(kredit gambar : eida )



.
.
.
.

Minggu lepas,
dalam seminit dua keluar iklan siapa nak jadi fasi, tangan ni laju je isi borang.
Konon lama benar tak berprogram. Bosan.
Dalam hati insyallah yakin ada je senior-senior rajin lain yang bakal join sama.

Sekali....
bila keluar list fasi, nama ni sorang senior tahun 6 akhawat yang jadi fasi
Allah! Habis aku...~
Segannya... -_-''


Datang program, macam yang dijangka banyak sangat soalan keluar.
" Eh, akak tak busy ke? "
" Wa... rajin nya akak turun program junior..." 
blablablalablablalaa......

* malunya ya rabbi.. macam kena perli je rasa *


tiap kali dalam hati macam nak terdetik rasa menyesal join
mesti suara Kak Aziah MPMMJ time raya MSD haritu datang balik
 -  Ainul, give something untuk adik-adik. Ini kan tahun akhir awak..

Yosh, ganbatte Ainul! 
Give and Gain ~


dan


Alhamdulillah!
- The Last MHS -
4 hari berkampung di Dewan Kindi
banyak rupanya teguran yang senior lama ni dapat dari adik-adik


Bila adik-adik tanya pengurusan masa akak macam mana?
Baru lah nak muhasabah balik betul ke pengurusan masa aku nih nak kasi kat adik-adik


Bila adik-adik beria-ia susun impian dan matlamat sepanjang duduk Jordan,
Baru lah nak muhasabah balik matlamat tahun 1 aku semua dah tercapai ke semua eh?


Bila bincang dengan adik-adik isu-isu seputar mahasiswa dan mualamat,
Baru lah nak muhasabah balik aku dah pass ke belum semua isu-isu sepanjang duduk sini


Tengok adik-adik semangat nak mula tahun satu,
Baru nampak betapa belum cukup semangat nya aku nak habiskan tahun enam


Mengajar adik-adik untuk ready hidup di bumi Jordan
secara tak langsung tolong sedar kan diri sendiri, dah ready belum nak tinggalkan Jordan?


eh, tiba-tiba cuak pulak...




Minggu Haluan Senior takde ke eh? 
( mengajar hidup secara post grad ke... >0< )










An Obs n Gynae World

Salam


Terasa gambar entry lepas macam depress semacam la pulak. Jadi better kita update kasi ceria sikit ...

Ok, dah masuk 4 minggu jadi pelajar tahun 6 lepas cuti panjang. Gear dah naik sikit dari awal-awal dulu. Jadi boleh lah kita nak update cerita-cerita tahun 6 untuk kenang-kenangan sendiri dekat sini.

Minggu Pertama

King Abdullah Univeristy Hospital (KAUH)

Ter-miss hari first sebab flight.

Jordan University of Science and Technology


Pertama kali masuk kelas, kawan-kawan dah pesan morning report sila datang awal sebab sharp pukul 8, memang pintu bilik dah kunci. And yes! It's true. The doctors sangat particular about time. Tambah kalau dapat doktor yang memang strict, you come at 8.01 pun - get out. Dah la morning report ada laporan kedatangan khas.

Morning report selalunya bincang sesama doktor-doktor je kes-kes oncall. Student dengar, and boleh tanya kalau rajin. Kadang-kadang je kalau doktor rasa itu level kita, yang student pun bakal kena tanya jugak.

Habis morning report, ada bed side teaching. Student kena pergi ambil history dan dalam pukul 10 pagi, berkumpul dekat bilik discussion untuk sesi disscussion dengan doctor.

First few days, kami ambil full history. Tapi last-last Dr mintak bentang summary sahaja. Last day of the week, saya kemalasan - jadi hanya ambik summary. Tup-tup nama Ainul Arina jadi pilihan pertama Dr Isam untuk bentang history full hari tu, adeh kantoi! T_T  *tak berani dah ambik summary je lepas tu*

Bed side teaching sepanjang minggu tu - Dr Haifa, Dr Zouhair, Dr Ouqbah, Dr Isam dan Dr Fahim. Overall ok la. Lebih kurang je macam time tahun 5. Cuma tahun ni digalakkan untuk ambik history sorang-sorang. Mmm.. kitaorang ambik je dua-dua. Nak selamat, ambil dengan group lain. Tapi kalau dengan Dr Ouqbah, better dari dua orang dari satu group, kang ada yang kena sound kenapa tak habis buat Physical Exam semua.

history taking

Tapi paling haru bila teringat tahun ni Dr Ouqbah kasi kami ceramah panjang lebar tentang betapa isolate nya budak melayu dekat Jordan - mungkin triggered by the group itself yang disusun sampai 9 orang melayu dari total 12 orang dan maybe jugak sebab kami yang selalu hilang ayat arab bila takut dengan doktor punya muka. Haih. Dr, kenapalah selalu miss waktu-waktu kami bersama orang Arab? Kawan Arab rapat kami ramai apa... cuma selalu tak dapat tunjuk depan doktor je. x(  Takpelah, ambik je  jadi nasihat..

Oh, group kali ni : Saya, Mai, Akmal, Qisti, Leen, Ilmi, Mahera, Arina, Qayyim, Ahmad, Farouq dan Murad. The last 3 are the only arabian. Tersusun oleh doktor ketua jabatan. Nak tukar, tak dibenarkan so terima je la. Insyallah kheir.

By the way, sangat rindu dengan group lama. Excited jumpa diaorang tengah jalan. Izzah, Aisyah, Maha, Hana, Jana, Mawadda, Rana, Hazem, Anas, Owais, Mutasem, Ibrahim, Mahmud, Joud, Sami, Mut3ab dll.

Habis discussion dalam pukul pukul 11-12. Then balik rumah. Minggu pertama lecture petang takde.

Ok, done 1st week.

Minggu Kedua

Minggu Rotation. Sorang student akan dapat sorang Dr Specialist dan juga sorang M.O (medical officer). m/o kat sini kita panggil Muqim. Kalau H/O kita panggil Imtiyaz. Rotation ni ke-best-an dia bergantung kepada doktor yang kita dapat dan usaha kita sendiri nak approah doktor ke tak. Nasib baik dah diasuh sejak tahun 5, so insyallah kheir. Dan untuk rotation ni, ada borang evaluation (sign) untuk doktor.

Morning report macam biasa. Tapi lepas morning report kita ikut Specialist kita punya jadual. Jadi. jadilah saya macam 'little lamb' Doctor macam waktu elektif dulu. Seharian dengan doktor sampai doktor lepas wkatu tengahari. Then petang ada kelas lecture. Since ada 3 kali sesi, so kadang-kadang ada 3 kali ambik kehadiran. JUST memang strict.

Rotation = Saya dapat Dr Fahim.  *Fuh, alhamdulillah! Selamat dapat Dr kebapaan. Lega*

Ahad- Klinik Pagi .
Masuk bilik klinik Dr Fahim yang penuh pesakit tunggu turn nak buat ultrasound. Saya student sorang-sorang. Muqim Dr Fahim adalah Dr Ala' - alhamdulillah, dia doktor yang suka involve kan saya jugak dalam klinik. Takdelah melangut saya macam tunggul dekat situ. Hari first ni sekadar tengok-tengok dan belajar sikit-sikit benda penting dalam ultrasound. Dalam puluhan ultrasoud yang kami usyar haritu, saya paling excited bab teka jantina baby. Hehe. Seronok tengok ibu-ibu ni excited dengar bunyi jantung baby mereka =)

labour room


Isnin - Labour Room
Best atau tak Labour Room adalah ikut nasib. Patient ramai dan dah dilate > 7cm, best la. Kalau patient sikit, tambah-tambah baru dilate sekadar 1-2 cm, Allah macam menunggu buah tak jatuh. Lama betul! Last-last kerja kami jadi ambil history sahaja. Sambil melangut tunggu siapa nak beranak. Bosan. Nak kacau Doktor pun, doktor macam busy.

Oh, Dr Ala' hari ni sangat stressful oh. Tetiba je kena sedas tertinggi suara bila saya lambat pickup arahan dia suruh tutup handset nurse atas meja waktu dia tengah busy buat VE dekat patient - aih doktor, saya mana reti pakai handset jenis tu. isk. Nasib baik semalam Dr baik, so ok la saya cuba untuk memahami doktor tension hari ni. Time sorang patient dah nak bersalin, tetiba ramai plak nurse dengan doktor lain serbu masuk bilik labor, dah kitaorang student kena tolak keluar since ini bukan 1st time tengok labor. Huuuu... Balik lah macam nih. Patient pun dah takde yang lain.

Selasa - Klinik Petang
Pagi kosong. Dr Fahim suruh join sesiapa yang lain. Tapi takjadi. Better pergi library study, walaupun errr last-last terstado (study sambil selang-selang tidur) je. Jet lag? Hihi.. Petang, lepas kelas terus pergi klinik. Ok, Klinik Ultrasound lagi. Tapi menariknya kes-kes petang ni banyak kes abnormality. Dalam satu petang ni je, jumpa banyak kes ectopic pregnancy, retroverted uterus, bicornuate uterus, IVF pregnancy, Chocolate cyst, cyst and fibroid & macam-macam lagi lah.

Dan paling best bila Dr bagi peluang untuk saya sendiri buat check ultrasoud untuk patient tanpa bantuan sesiapa. Yeay! Baru ingat nak merajuk sebab Dr Ala' buat dono je waktu saya try mintak, sekali rupanya dia tengah tunggu Dr Fahim datang untuk tanyakan boleh tak saya pakai mesin tu buat kat patient. Hehe... Thanks doc! Bukan senang nak dapat buat procedure kat sini. Nurse-nurse pun baik plak petang ni siap belanja air lagi. Dan Dr A'la juga sangat over-kind hearted bila dia sign habis semua borang evaluation sampai ke hari Khamis sebab takut busy tak terjumpa. Aik, doctor ni nak kasi can ponteng kah? Hohoho... *evil grin*

wad IVF

Rabu - Klinik IVF
Hari yang kosong. Sebab naik tingkat 12, sekali kakak nurse kata hari ni takde patient IVF. Doktor pun takde. Lorh....
Jadi, duduk library je la study. Get ready untuk lecture punya kuiz setiap petang kalau ada.

Khamis - Oncall
Pagi yang errr kosong lagi sebab Dr Fahim hilang dari radar. Semalam terlupa tanya jadual dia pergi mana hari ni. Dr A'la pun tak sure kat mana. Pusing-pusing wing hospital sampai 4-5 kali tak jumpa gak, ok lah bye~ Patutnya petang ni saya ada oncall. Tapi bila check list patient, takde sorang pun nak bersalin. Hek eleh. Asal nak tunggu orang bersalin je takde orang nak bersalin. Tension betul. Nak duduk, semua orang suruh balik. D pun suruh balik.  So since pagi kosong, petang kosong, lecture pun takde - pukul 9 dah cabut. Haha. Thanks! Selamat borang pun dah penuh sign, boleh pass ke ketua group siap-siap.  =)

Minggu Ketiga

It's been 3 weeks~!

Ok, tak stress sangat. Doctor pun takde lah malignant sangat. And unfortunately jadi tak rajin sangat. Oh no!

Minggu ketiga tukar hospital. Princess Badee'ah Hospital.

morning report

Minggu pertama dekat Badee'ah (ada 2 minggu) adalah bed side teaching. Sama macam dekat KAUH. Morning report, history, discussion. Tambah kadang-kadang pergi jugak la jumpa patient dengan doktor.

Badee'ah agak longgar sikit dari KAUH. Morning report mula jam 8.15. Lambat pun still boleh masuk. Kalau tak masuk pun, boleh duduk luar sebab kehadiran diambil lepas semua doktor keluar je. Fine, ramai sungguh datang lambat hari-hari. I don't like it much. Macam kurang berdisplin. Tahun 6 dah kan...

Baby Rayyan 

Bed side teaching Badee'ah ok, macam KAUH jugak. Banyak juga benda baru yang dapat belajar. Tapi since dekat sini satu hari hanya bincang satu kes, tak macam KAUH yang bincang semua 4-6 kes sekali harung satu hari, jadinya kadang-kadang boleh peram kes sampai seminggu selagi patient tak balik. Kalau nak berlatih ambil history baru, tanya-tanya gitu je la. Asah skill history taking je lebih. Tapi so far okay la. Rileks sikit.

The only thing yang perit sikit time ni adalah duit yang mengalir laju sebab kena pergi naik teksi/coster/bas merata-rata terutama ke Mujammak Amman -  since Mujammak Sheikh Khalil tak de bas lagi sebab student lain belum start kelas. Naik Mujammak Amman pun mau 1 dinar lebih sehari. Tu belum campur kalau nak balik rumah naik teksi sebab panas giler. Oh, kopak duit. Cepat la balik adik-adik oii~

Minggu Keempat

Yeah, minggu rotation lagi! Ni rotation untuk Badee'ah pulak. I love rotation~ =)

Kalau rotation KAUH hanya sorang student per satu rotation, dekat Badee'ah dia letak 3 student per rotation. Group kecik kali ni - Saya, Akmal, Qayyim

Ahad - Labor + Oncall
Masuk bilik labor jam 8.45 pagi. Alahai, ada dua patient je. Sabar je lah. Sorang baru 2.5cm, sorang lagi baru nak buat emergency C/S. Ok, jadik la dapat tengok satu C/S. Tapi tu pun berapa minit je doktor buat. Tak sampai setengah jam, dah habis. Lepas tu takde apa dah. *bosan* Tapi yang bestnya, dapat sign doctor  pun dalam 9.45 pagi. Then boleh balik. @_@ Eh.eh. ada kelas petang lah. Plus ada oncall, harap maklum ye (even ikutkan kalau doktor dah sign, maksudnya tak yah datang oncall dah). Habis kelas petang, sekali kawan pergi check labor room, doktor suruh balik je takyah oncall. Aih, bahagia nya jadi budak OnG. Alhamdulillah~

Fresh from Womb 

Isnin - Operation
Hari ni boleh tahan menarik dari semalam. Ada 3 kes C/S dan satu kes D&C. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya dapat jugak dengar penerangan detail pasal instrument D&C dan tengok satu-satu cara nak buat. Dan uniknya bila sekali dari proses D&C tu baru tahu yang rupanya patient tu ada cystocele sama. Wah, first time nampak sendiri prolapse kes! Sambil-sambil doktor buat operation, nurse hari ni baik hati nak kasi kami buat insert line dekat patient. yeay!

Told ya, it's not easy to get the chances to do any procedure here. Kalau bernasib baik je staff-staff kasi buat, that's why rasa harini sangat best even takde la gempak mana pun benda tu. Takpe, yang penting dapat. Kira ok la tu dari semalam takde apa-apa sangat, dan dibandingkan plak dengan kawan yang rotation labor harini sampai 5-6 orang patient diaorang dapat, haih. Ok, rezeki masing2. Sila redha. =)  harini takde kelas. yes, boleh balik awal!

ultrasound

Selasa - Out Patient Klinic
Alamak, doktor-doktor klinik harini semuanya muka garang-garang. Aih. Takut plak nak masuk. Bilik pertama, doktor perempuan ni dah dengan garangnya cakap " Only one student here! ". Ok, saya lari dulu dari bilik ni! *gulp* Terus masuk bilik ketiga yang ada dua doktor - Dr Husin (specialist) dan Dr muqim. Nampak macam serius jugak, tapi far more ok dari riak tension doktor perempuan tadi. Fine, kita masuk sini. Tapi alhamdulillah tak lama lepas tu ada kawan lain join sama sebab bilik no.2 takde doktor agaknya. Lega sikit ada kawan, tak tahu kenapa hari ni rasa nak ready tak nak menghadap doktor.

Ok, and It turns out that these 2 doctor are not garang at all. They are quite funny and interesting. Ajar pun ajar la sikit-sikit bila dia rasa perlu dan penting untuk kita tahu. Klinik kali ni pun banyak ultrasound checkup je. Tapi tadi ada join doktor buat speculum test. Ya rabbi! Apa macam azab je tengok test ni. T_T Orang bersalin pun rasanya macam saya tak jadi setrauma ni. Dengan dua doktor lelaki yang handle plus the patient yang emmm maybe over rection menjerit kuat ya amat, saya sebagai the only pemerhati dan chaperone ni plak yang jadi seram sejuk macam nak pitam. Pucat muka rasa keluar bilik terbayang-bayang. Adeh, macam mana nak jadi pakar OnG nih? Dah takut plak. Hesh, cool Ainul cool. Rileks. Small matter je tu~  *pejam mata rapat-rapat*  - sambil balik awal jugak sebab kelas petang cancel.

cuba study 
Rabu - Emergency
- akan di update nanti since saya menulis waktu Selasa Malam, lepas habiskan preparation untuk pembentangan seminar esok. Doakan! -

Khamis - Labor and Oncall lagi semula
- Juga di update nanti. Oncall takde dah kot sebab sekali seminggu je. But please! Harap-harap ramai nak bersalin khamis ni. It's better dari kebosanan melangut di labor room dan terus malas study. ^^, -

done!

hah 4 weeks in 1 entry siap~

dah macam laporan lengkap dah rasa ni untuk orang-orang Malaysia since asyik tak sempat nak call. hehe.

woops....., it's already past 12 midnite. Esok ada pembentangan. jumpa lagi!

Ma'assalamah~

Dawn's Dwelling

Salam

budak hebat tension study...and definitely this is not me. ^^,

Pernah sekali dalam rotation Obstetric and Gynaecology ni, saya terjumpa dengan seorang pesakit yang mengalami masalah kehamilan yang saya kira agak menyeksakan. Recurrent abortion sampai 9 kali berturut-turut. Allah hai... teruknya. Tak sempat saya nak bersembang banyak dengan dia. Cuma saya perasan, riak wajah dia kekal tenang untuk kehamilan kali ini.

Teringin saya nak tanya : Macam mana dia terus bersemangat nak hamil jugak walaupun susah?

Bila bersembang dengan kawan, kami decide untuk ambil salah satu kebarangkalian jawapan yang kami rasa paling sesuai - Don't Dwell Too Much On The Past.

Betul jugak. Tak mungkin ibu tadi akan terus bersedia untuk mencuba kalau dia tak bangun-bangun dari ujian yang dia dapat sebelum tu kan? Kuatnya dia, ya Allah..

Secara tak langsung, apa yang kami nampak hari tu macam ketukan jugak untuk diri sendiri.

Ada orang pernah cakap yang Allah ni beri kita ujian HANYA bila Dia rasa kita dah cukup layak dan mampu untuk tempuhi ujian tu. Tak kisah la macam kita teruknya kita kena. Dia tetap tahu yang sebenarnya kita akan selamat untuk lalu, mungkin masa dan cara kita je kadang-kadang yang ambil masa sikit untuk dapat jalan keluar. Kalau tak, Dia takkan zalimi kita biar kita longlai sorang-sorang.

Cuma ia bergantung pada kita jugak sama ada kita kuat semangat untuk teruskan berjuang sampai ke tahap ujian tu akhirnya jadi pengalaman terbaik untuk kita.

.
.
.
.
.
.


Heh, cakap memang senang kan?

Dah kena sebijik baru tahu pahit mana dia cekau dalam tekak kita...... menggigil ok nak telan!

Apatah lagi kalau selama ni benda yang kita selalu cakap kat orang tiba-tiba kena lempang balik ke muka sendiri. Aduh, rasa macam....

1. Menyesalnya aku pernah cakap macam tu dulu... Macam ni rupanya rasa dia
2. Tak nak jumpa dah orang yang kita pernah cakapkan benda ni dulu. Bersalah sangat rasa.
3. Kenapa aku plak yang kena kali nih?
4. Nak lari! Nak lari!
5. Confirm sampai bila-bila pun takkan lupa benda ni jadi and aku pernah cakap besar (kot) pasal ni

Tapi takkan sebab risiko macam ni kita tak nak cakap apa-apa nasihat langsung dah ?

No. No. No. That's worst.

Why don't we think that this is what Allah want us to feel, to experience and to learn?

dan supaya kita tahu apa sebenarnya yang orang lain pernah rasa so that dalam hati kita takkan ada rasa macam 'hek eleh, benda ni je pun... kacang je. apa la korang...' pada orang lain.

Yup, that's it!

.
.
.
.
.


Okay, since benda dah jadi ... let the gone be bygone.

Move on la, wahai diri sendiri.

You can't start the next chapter of your life if you keep re-reading the last one........ except for future precaution, then it's okay to re-read for a while. But don't dwell. Don't dwell  3x *dengan effect bergema*

and the moral of the story :

Restart. Make a fresh one, again and again sampai bila-bila.  walaupun selalu tersilap langkah.

macam yang patient kat atas tadi cakap bila dia perasan muka kita dah terkejut dengar cerita dia.......

" aku takkan berhenti mencuba dan jadi lebih baik sebab mana tahu lepas ni terus okay ke... " 

cool. You are awesome, mommy!
Thanks for the lesson.

 May Allah ease all your difficulties. Amin..

Semoga tahun akhir ni Jordan akan kasi 1001 cerita best untuk saya catat di sini, sebagai seorang pelajar perubatan and seorang hamba tuhan yang tengah meneruskan perjalanan.

Doakan ya!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

(notes)

1. My few weeks of tunggang langgang, get off!
2. Jumpa satu cara baru diri sendiri untuk hilangkan ingatan pasal satu masalah - iaitu tambah masalah! haha. The more the merrieer. Okay, Ainul zombie! Have fun being busy! *Gosh, Dr Ali, help me!*
3. Psss... don't bother me being there with the 'babies'. It's my escapism.
4. I'm not that optimist, I'm just trying to ketuk-my-own-problematic-personality.
5. Form now on, I'm gonna be better in handling these kind of problem. Insyallah. Yosh!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

ma3assalamah



Meniup Dandelion

Salam

Alhamdulillah, Dandelion sudah terbang dan kini telah pun berada di tangan-tangan pencinta ilmu di merata dunia. Tak sangka menghasilkan buku ni kerjanya cukup rumit. Hampir setahun jugak nak habis. Penat nak 'meniup' Dandelion yang satu ini... 

Di bawah ni saya copy paste artikel rakan sekerja saya dalam mengabdikan pengalaman sebagai penyelenggara buku. Satu pengalaman yang sangat menarik untuk berkerja bersama mereka - Rasydan, Iqbal dan abang Hazwan di bawah seliaan Senior Fahd. 

Walaupun saya rasa saya tidak terlalu banyak menyumbang dalam kerja-kerja teknikal seperti yang lain (saya banyak menguruskan bahagian penyuntingan dan bahagian berkaitan peserta sahaja), tapi melihat gerak kerja sebagai penyelenggara daripada semua yang terlibat sedikit sebanyak membuka mata saya tentang banyak perkara baru mengenai penghasilan buku.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan daripada semua yang terlibat. Dan 1001 penghargaan saya ucapkan untuk semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan kepada masyarakat awam terutamanya kepada mereka yang menyumbangkan puisi di sini.

Ia satu penghargaan yang sangat besar bagi saya untuk bertugas bersama kalian. 

Saya doakan semoga usaha ini sedikit sebanyak akan menjadi saham kita kelak untuk menyumbang ke arah pengislahan masyarakat dengan lebih baik. 

Dan saya juga doakan semoga ini bukan hasil kerja yang terakhir dari kita semua. Amin, insyallah.. =)

Selamat membaca!


*********************************************************************************

Pengalaman Menjadi Angin (kredit : RASYDAN FITRI)

Berita Harian, 5 September 2012
Alhamdulillah, sudah lebih sebulan Dandelion diterbitkan. Untuk pengetahuan pembaca, Dandelion merupakan antologi puisi yang diselenggarakan oleh saya bersama tiga lagi teman dari Grup Karyawan Luar Negara, iaitu Ainul Arina dari Jordan, Muhammad Iqbal A. Ghani dari Ireland (kini di Malaysia) dan terakhir, Hazwan Ariff Hakimi dari UK (yang juga menerbitkan kumpulan puisi solonya yang pertama bertajukSasterawanara Keraton).

Bermakna, sudah lebih sebulan juga tugas saya sebagai penyelenggara tamat. Kami bermula sejak hujung 2011 lagi. Awalnya tidaklah begitu bermasalah. Tetapi pada penghujung bulan Ramadhan 2012, sebelum dan ketika dibawakan softcopy Dandelion ke penerbitan, pelbagai masalah timbul. Berjaga siang malam untuk menyempurnakan softcopy yang bermasalah. Tidak seperti antologi Trem ke Pintu Syurga (TKPS - antologi cerpen juga terbitan GKLN) yang hampir tiada masalah melainkan kesalahan ejaan. 

Namun istilah 'berjaga' ini tidaklah teruk sangat sebenarnya kerana secara tidak langsung memang saya perlu jaga pada waktu-waktu tertentu. 

Sebabnya, semasa Ramadhan di UK, jadual tidur saya tidak seperti biasa, kerana saya tidur pada jam 12 malam (terawih tamat jam 12) dan perlu bangun pada jam 3 pagi untuk bersahur. Kemudian tidur semula pada jam 7 pagi dalam 3 jam atau lebih.  Mujurlah jadual tidur yang tidak berterusan ini dan waktu siang yang panjang membolehkan saya sentiasa kemaskini softcopy tersebut apabila timbul masalah tidak kira waktu malam atau siang di UK. Terganggu mungkin cuma sesekali tapi itulah pengalaman. Alhamdulillah, walaupun sedikit penat di hujungnya, akhirnya saya berjaya menyempurnakan fail PDF untuk dibawa ke syarikat percetakan.

1 September lalu, buku-buku yang telah saya sebutkan, tiga buah semuanya, bersama sebuah buku dari persatuan rakan penulis, Legasi Oakheart telahpun berjaya dilancarkan secara rasmi di Rumah Pena, Kuala Lumpur. Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang menjadi perasmi, dan naskhah Dandelion ini telah diulas oleh Cikgu Shamsuddin Othman. Puan Nisah Haron juga datang untuk mengulas antologi cerpen TKPS. Majlis tersebut juga dihadiri oleh penulis mapan seperti S.M Zakir dan Fahd Razy.

Okey, bunyinya macam laporan akhbar pula. (ya, bercakap pasal suratkhabar, berita tentang majlis pelancaran ini ada dimuatkan di dalam Berita Harian semalam, di bahagian sastera. Syukur)

*************

Selain pengalaman manis mengumpul dan menyusun puisi-puisi pelajar luar negara untuk Dandelion, saya juga diberi peluang untuk mewarnakan rupa buku tersebut bersama dengan TKPS. Merekabentuk kulit buku memang satu perkara yang sangat saya minati, mungkin disebabkan saya sendiri memang suka menilik buku berdasarkan kulitnya terlebih dahulu. Atau sebab lain, barangkali saya minat menterjemah teks ke dalam bentuk grafik dan cuba memberi wajah terhadap latar karya dalam bentuk yang lebih ringkas.

(Saya suka kulit buku yang bersifat minimalis, atau berilustrasi tangan (hand-drawn), dan itu cuma sebahagian yang saya dapat fikirkan buat masa ini)

Saya lebih enjoy dalam merekabentuk kulit TKPS berbanding Dandelion sebenarnya - mungkin kerana cerpen lebih mudah diterjemah dalam bentuk ilustrasi. Banyak elemen yang boleh dipilih untuk mewakili cerita. Untuk Dandelion, tak mungkin saya akan meletak sebuah gambar bunga dandelion begitu sahaja. Tidak salah, dan mungkin sesuai kerana ada yang tidak tahu apa itu dandelion, tetapi antara peraturan desain kulit buku yang pernah saya dengar dari Chip Kidd (seorang graphic designeryang saya suka di Knopf, sebuah syarikat penerbitan di Amerika), sebolehnya jangan letakkan gambar yang literal, kerana ini juga memberi peluang untuk pembaca berfikir dan mentafsir, secara tidak langsung mengangkat kebolehan pembaca, bukan merendahkannya.

Untuk kedua-dua antologi saya cuba menjadikan desainnya selari, meminjam konsep siri buku seperti Hadiah Sastera Utusan sebagai contoh terdekat. Bukan saja lebih kemas dan elok bila dipamerkan bersama, bagi saya keselarian itu menampakkan bila buku-buku tersebut diterbitkan.

Berikut antara idea awal/proses rekabentuk yang mungkin tidak seberapa dan tidak begitu profesional (in terms of progress, concept etc):
Proses rekabentuk kulit antologi puisi Dandelion
Proses rekabentuk kulit antologi cerpen Trem ke Pintu Syurga

Bagi yang belum mendapatkan naskhah-naskhah ini, bolehlah menempah, selagi stok masih ada (setakat ini hanya satu cetakan sahaja!) di laman ini: http://karyawanluarnegara2012.blogspot.co.uk/ Dapatkan dua antologi ini beserta kumpulan puisi Sasterawanara Keraton dengan harga kombo RM50. Murah kan?

Dan istimewa untuk pembeli dan pembaca blog ini, saya ada desain dua buah penanda buku yang sepadan dengan buku Dandelion dan TKPS yang boleh dimuat turun, cetak dan potong sendiri untuk digunakan bersama naskhah-naskhah ini tentunya :) (Boleh muat turun di sini. Cara muat turun - klik option 'File' di sebelah atas kiri dan skrol kebawah dan klik 'Download'. Saiz sebenar: 15cm x 3.5cm. Garis panduan untuk memotong ada disertakan dalam fail tersebut.)


Susah mencari quotation yang sesuai untuk menggambarkan cerpen TKPS, tetapi ini hasilnya. Selamat menikmati penanda-penanda buku ini!

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Semoga pengalaman menjadi angin dengan menyebar benih dan mewarnakan panorama ini akan menjadi perkara berharga yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Juga, selamat menikmati buku-buku ini dan menyampaikan mesejnya!

helaianrindu: Paling manis tentunya, apabila tajuk puisi saya terpilih (dalam undian) untuk menjuduli antologi puisi tersebut. Walaupun sebenarnya hanya kalah dengan beberapa tajuk lain dengan 1 atau 2 undi sahaja. Selain puisi Dandelion, puisi saya bertajuk 'Pentas' juga dimuatkan dalam buku ini.






********************************************************************************


p/s:

Bagi diri saya sendiri, buat buku sesungguhnya adalah sesuatu yang sebenarnya sangat susah. Selalu sangat cepat rasa nak putus asa. Tambah-tambah bila banyak masalah timbul atau bila kering idea nak menulis apa. 

Aduh, maaf kawan-kawan kalau saya lambat macam siput. Semoga kita sentiasa saling bahu-membahu bersama untuk terus bergerak. Insyallah saya akan cuba juga yang terbaik walaupun susah. Harap tak putus asa dengan saya lagi. 

Yosh, mari bersemangat kembali! 

Imah, come back! 


----> Dr Khaled Jadallah pesan sila banyakkan baca buku bukan medic untuk menjadi doktor yang bagus. Be a round person~ ok? ^^,

Pegang hati, ikat akhlak

Assalamualaikum 




O Majestic tinkle of euphony
Vanishing off the dark
Come and spell me a lullaby
Let the magical sparks ....



Puisi atas ini adalah salah satu ilham yang pernah datang waktu saya sedang merawat perasaan serba tak kena. Rasa stress dan rasa tak suka semua benda. Dan lebih malang apabila waktu yang sama sebelumnya, saya hilang deria untuk menulis. Rasa macam kotak yang membengkak. Buntu.

Nak cari jalan keluar saya tak tahu nak mengadu pada siapa selain daripada Allah. Bukan semua boleh kita ceritakan pada manusia kan?  Jadi macam mana? 

Salah satu cara yang saya perolehi adalah dengan membaca dan melihat sesuatu yang indah dan menyenangkan. Macam alam sekeliling atau apa-apa gambar yang cantik. Dan lagi damai kalau di samping gambar tersebut ada kata-kata untuk kita hadam dan kita fikirkan. Tak kisah lah ayat Quran atau ayat pujukan biasa dari sesiapa. 

Sebab hati manusia ni kan sangat senang berbolak balik, jauh lagi cepat daripada buih air yang mendidih. Jadi kita kenalah cepat cari jalan supaya kita cepat stabil. Apa jua cara sekali pun. Pintu keluar tu kan sentiasa dah ada, cuma Allah nak kita cari dengan sabar dan usaha. 

Dan bagi diri saya sendiri yang selalu ada masalah yang sama (bila stress, bila down, bila tension, bila dah ada rasa yang saya mungkin ada meletup bila-bila masa tak kira lah marah atau sedih secara tiba-tiba), saya akan cuba pastikan saya cepat kawal diri balik. 

Kalau saya tak mampu nak bercakap dengan orang sekeliling dan juga tak mampu untuk menulis panjang-panjang peringatan untuk diri sendiri di sini atau tak mampu nak membaca buku secara lapang macam biasa, saya prefer untuk diam dan melihat poster-poster peringatan yang ada. 

(Jemput sama ke Tension Management site saya:  A place to ponder, a time to track and A love to learn

Bukan apa...

Saya rasa macam tak sesuai kalau bila kita tertekan, kita luahkan secara kasar/terang di tempat yang terbuka. Facebook misalannya. Dengan kata-kata yang tak sedap di dengar. Punah habis akhlak kita di mata manusia, apatah lagi di mata Allah. Lagi payah bila tindakan luar sedar kita tu menyebabkan orang kecil hati atau jadi bermusuh. 

Sebab itu, saya rasa penting sangat-sangat untuk kita berpegang dengan akhlak jangan sampai berkecai. Kalau iya pun dah terlampau tak tahan, carilah alternatif lain yang lebih elok dan lebih terjaga. Saya juga tahu perasaannya bila kita dah macam terhimpit, tapi saya bersyukur ada orang di sekeliling saya yang selalu ingatkan saya yang pelupa bahawa 'kayu kalau dipaku, bila paku dibuang kesannya masih ada'. Kalau tak ada yang ingatkan pada anda, biar saya yang tekankan balik di sini. 

Apa-apa pun, get grip of ourself betul-betul. 

Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. 

Allah itu kan ada.

Put our trust in Him...

Dan sentiasalah beringat untuk memegang hati dan menggenggam akhlak walau apa jua keadaan

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
( Surah al Anaam: 73)





** pesanan untuk diri sendiri juga yang selalu problem, Ingat ya Ainul! **




Redha itu bila....

salam



Dalam surau perempuan ground floor KAUH....


Kawan Melayu : Boleh tak bagi aku nasihat? Apa-apa je lah....

Kawan Arab : *fikir*  Ha! Cuba teka dekat dunia kita sekarang, syurga dunia dekat mana?

Kawan Melayu : Hmmm..... ntah.

Kawan Arab :  jawapannya........ 

.
.
.
.
.
.


Jawapannya ----->  syurga dunia itu kat sekeliling kita bila kita sentiasa redha!  =D


Betul la kan? Kalau kita sentiasa redha, kita akan memandang dunia ni dengan bebola mata yang sangat happy. Susah senang semua insyallah takkan terlalu merunsingkan kita. Malahan kalau nak dibandingkan dengan sabar yang perlukan lebih kekuatan jiwa yang tinggi, redha tu jauh lebih hebat sebab dia boleh buat hati kita lapang jauh lebih luas dari lautan.


Tapi macam mana nak redha? Susah la.


Redha tu cuma boleh dapat bila kamu betul-betul ithar dengan Allah. Betul-betul percaya dengan perancangan Allah. Betul-betul berserah kepada Allah. Betul-betul dalam hati kamu penuh dengan rasa 100% yakin dengan Allah. 

So, sekarang ni kalau aku belum redha maksudnya aku belum percaya 100% kat Allah la nih?

oppss! 



** Terima kasih untuk 2 sahabat ini, hilang mengantuk saya tengahari tadi. Malu betul rasa bila teringat pagi tadi kepala sesak dengan macam-macam masalah remeh yang sebenarnya tak ada apa-apa sangat. 

Dan sekarang makin sedaya upaya memandang dengan pandangan yang lebih redha.

Yosh.


Fight for Redha~ 



** Minggu depan semua orang insyallah dah mula sekolah. Yes! Ahlen2~



Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images